>

Tuesday, March 1, 2011

basi

beberapa kali mad gelakkan aku. sebab aku tak ada pengalaman dalam bercinta berpasangan. banyak kali sebenarnya.

"biasa lah tu. mana pernah orang bosan kalau dah dengan boipren."

"semua orang yang kapel buat macam tu."

"tu lah kau. sape suruh tak kapel. kan dah tak tau."

grr. tensyen aku dengar semua-semua ni. serius aku tak tahu, kalau berpasangan KENA buat macam tu. *mujurlah aku tak berpasangan*

mujur juga mad dah insaf. baru lah dia terbuka untuk bercerita kisah hitam zaman bercinta. cuba kalau dia masih bercinta. mahu dia cerita yang laki tu sengal? yang laki tu gatal? yang laki tu taste perempuan bandar? yang laki tu waktu dating tak pergi solat? yang...?

ce fikir satu situasi lain.

anda ada anak adik. adik anda tak pernah naik roller coaster. dan selalunya, bila lalu dekat fun fair, dia akan teruja tengok kanak- kanak lain main roller coaster. setiap kali dia pergi fun fair, anda cuma izinkan dia main marry-go-round saja.

jadi, bila lagi sekali anda pergi panpe fun fair, anda rasa mainan yang mana akan membuatkan dia lebih teruja, lebih gembira, dan lebih menghargainya? tentunya roller coaster. sebab apa? sebab dia tak pernah main roller coaster. sebab selama ni nafsu dia untuk bermain roller coaster tertahan.

macam tu juga couple-couple ni. kalau sekarang dah siap pegang-pegang tangan, anda rasa lepas kahwin nanti akan wujud kah perasaan kasih dan sayang bila anda pegang tangan lagi sekali? mustahil. sebab dah basi.

tapi cuba kalau selama ni anda cuma melihat pasangan halal bersentuhan dan berkasih sayang. pasti akan wujud satu keinginan untuk berbuat demikian. setelah dapat, pasti kita akan lebih teruja, lebih gembira, dan lebih menghargainya kan? sebab selama ni kita tak pernah dapat. sebab selama ni nafsu kita tertahan.

nafsu siapa yang boleh tahan weh. dosa mengalir keluar seperti air selama kita berpimpinan tangan dengan suami. pahala ibadah berganda bagi mereka yang berkahwin. fuh. siapa tak mahu?

nak lagi info. baca sini dan sini. terasa nak kahwin pulak buat post begini. keh3.

9 comments:

Anonymous said...

TU LA KAU XPERNAH KAPEL MNE NK TAU !!! HAHAHAHAH HAMEKKK

~PENCHENTA~ said...

ceh. ingat aku tak taw tu kau?? haha

Bijen M. said...

Isk.
Lagu apa kat blog kau ni?
Lagu apa?

~PENCHENTA~ said...

lagu aku ah. sedap enn aku nyanyi? kah3.

Menusuk Hati said...

terasa ingin bercinta2 dgn si dia..hihi.

~PENCHENTA~ said...

wah. piwit. selamat bercinta bro! tak lama dah. haha.

*cemburu. cemburu. cemburu.

ishk. bila nak boleh kahwin ni? haha

Menusuk Hati said...

hoi..hoi..apa ni mengata budak math?nak kena flykick?(blm publish dh komen..hahaha!)

Anonymous said...

nak kawen~nak kawen~nak kawen haha

nak potong kuku suami, nak gosok baju suami,nak masak untuk suami~

~PENCHENTA~ said...

menusuk hati. eh3. nasib baik sempat padam post tu. haha. tak best lah post tu. mem'poyo' sangat. tu yang delete balik. maaf ya.

anon. nak3. grr. hehehehh. :p

sadid sigaraga