>

Saturday, June 23, 2012

Siapa kata muslimah tak boleh berfesyen?

Sebelum apa- apa, aku nak cakap awal-awal, ni bukan lah post macam aweks-aweks Yuni atau Hani Tajimi suka sebut. Baca sampai habis dulu lah ye. Peace yaw! :P

*******

Sebagai seorang perempuan, aku dah faham sangat kes-kes 'aweks-disekat-kebebasan'. Yelah, orang lelaki katanya boleh pakai cantik-cantik, hensem-hensem, kita ni perempuan TAK ADIL lah kalau nak kena pakai warna orang tua, tak ceria, oh kamon, this is our life, we have to put some colors on it! Ewah!

Maka keluarlah fesyen-fesyen yang macam parti harijadi kanak-kanak. Atas merah, tengah biru, bawah hijau. Dan mata pakwe sebelah sana terjuling sekejap, maka mereka perasan 'Oh! Mereka suka lihat aku begini!'

Dan part paling hebat, bila keluar kata-kata 'Hey, kami muslimah berfesyen. Muslimah moden.'

Stop. Mari betulkan sama-sama semua ni.
Tapi, jangan buang dulu baju parti harijadi tu. Sebab?

Sebab saya tak kata kamu tak boleh pakai semua tu, cuma betulkan cara, tempat, masa, dan kaedahnya saja. :)

Saya pakai tudung lilit-lilit warna warni sebelum solat. Saya pakai di bahagian dalam telekung. Biasanya, orang dulu-dulu pakai anak tudung 'lusuh-berbau', yang kalau boleh depan pakwe pun taknak tunjuk. Tapi kita ubah, kita pakai cantik-cantik, depan yang Haq.

Saya pakai minyak wangi sebelum solat. Supaya saya seronok bersolat. Supaya saya yakin bila nak 'jumpa' Pakwe saya. Oh ya, tapi kalau solat di luar, jangan buat ya. BAHAYA!

Saya pakai bedak, dan sapu celak sebelum solat. Biar Dia lihat saya lebih indah berbanding yang orang lain lihat.

Jadi? Siapa kata muslimah tak boleh berfesyen? Tak boleh cantik?

***Ini cuma applicable untuk orang bujang saja. huks***

11 comments:

s a r said...

assalamualaikum penchentaqu :)

~akak datang sini nak bagi saddiq segaraga makan je :P

tapi dah tertekan ruang komen kan, maka komen jugak la.

akak lagi suka WARNA ORANG TUA than WARNA PELANGI. ~MERIAHLAH SANGAT ;D

fuad ansari said...

Sebuah kecantikan jika diletak pada tempatnya, tinggi nilainya.. (",)

dan semestinya padangan Allah itu lebih tinggi nilainya dari pandangan manusia...

secara jujur, terpaksa diakui, seindah hiasan adalah wanita solehah... ingat, cantik itu subjektif.. (",)

Norsha said...

bagus2, suka n3 ni....la ni tudung ada macam2 gaya, konpius dibuatnya...:D

~PENCHENTA~ said...

IsmiIjmi, sengih. Sengih. :DD

KakSARkuu, Hehehe. Sampai hati lebihkan sadid dari tya. Patutlah Sadid dah gemok. Huks.

Meriah kan warna2 tu. Haha. :P

EncikFuad, yep. Cantik tu subjektif. Ukuran terbaik adalah dari pandangan Allah. Kenapa sibuk nak meraih pujian manusia, sedangkan pada Allah, kita bukan siapa2? Sobs.

KakNorsha, haha. Post ni applicable untuk org bujang jee. Bini orang dah ada tempat yang lagi spesel nak pamer kecantikan. Hiks. :D

نور توفيقة ادريس said...

Comel lah tya~

Akak was requested untuk tegur sorang niqabi yang saaaangat berfesyen.
Pakai warna warni and even blink2..
Perhaps tya boleh tolong akak.
Nanti akak share je post tya. Hee:P

Cik Beah said...

subhanallah!
suka sangat post nih. hihi^^
jom chantek2 depan Dia!

p/s: rindunya dekat awak!

~PENCHENTA~ said...

KakPqa, Bg tya kan, tuntutan untuk berniqab, berpurdah, datang seiring dengan tuntutan untuk merendahkan pandangan orang terhadap kita kan? Apa guna pakai purdah, pakai niqab, tapi mata 'cantik' sangat? Huks.

CikBeahFufuler, hehehe. Rindu jugak!

Mindaberbisa said...

Selamat hari raya cik Tya. Minta maaf zahir dan batin. Saya rasa bersalah sebab jarang ke sini.

Abu Zarim Mohamad said...

style2...:)..hihihi

Abu Zarim Mohamad said...

org bujang la sngt,,haish..:p

~PENCHENTA~ said...

PencariAllah, memang wajar lah. Kita pun dah tak jenguk. >.< Heheh.

AbuZarim, Tang mana yang nampak macam tak bujang tu? Hahaha. :P

sadid sigaraga