tag:blogger.com,1999:blog-63591365364896100432024-02-19T22:10:29.937-08:00..:DARI HATI:..ikhlasnya hati, gambaran pada mata...~PENCHENTA~http://www.blogger.com/profile/11205280267660532043noreply@blogger.comBlogger160125tag:blogger.com,1999:blog-6359136536489610043.post-72940635480272592212015-09-03T18:38:00.002-07:002015-09-03T18:38:40.874-07:00Pengalaman Temuduga 1 (HSBC)Post ini ditulis untuk menceritan pengalaman menghadiri temuduga supaya sahabat-sahabat boleh mengambil sedikit pengajaran untuk membentuk keyakinan (kekonon dah tahu apa bakal jadi waktu interview nanti) Eceh. Kalau dapat kerja, jangan lupa belanja noh. (Lebih dari belanja doa plishhh) Ehek.

Permohonan pekerjaan dilakukan melalui dalam talian, lebih spesifik melalui jobstreet. Post tersebut adalah Anti Financial Crime Executive (kalau tak silap. dah lama benar rasanya aku apply).

Pagi esoknya (ya, memang cepat) aku dapat call dari seorang lelaki yang dari dialeknya aku rasa dia bukanlah lelaki tempatan. Bukan Cina, bukan India, bukan juga Melayu. Disebut bahawa dia dari HSBC dan ingin melakukan temuduga dalam talian (on call interview). Kalau tak free, sila mention pada dia awal-awal. Takyah nak rasa "ehh, sayang kot lepas peluang". Sebab takde lepas peluang pun. Bagitaw pada dia masa dan tarikh yang anda lebih selesa dan minta dia call semula. Lebih kukuh kalau cakap "Sorry, I'm driving. Do you mind to call back in 30 minutes time?" Haa.

So waktu tu, apa sahaja aku cakap, aku dengar dia tengah typing. Tup tap tup tap. Sampai aku tanya "Did you get it?" hahah. Takut dia tak sempat tulis punya pasal. Kih kih kih.

Memula, macam biasa dia mintak perkenalkan diri dan cerita sikit pasal background. Then dia tanya kenapa nak kerja dengan HSBC. Buatlah ayat sedap-sedap. Tipu pun takpe. Tipu sunat. (Sape tipu kena sunat) Hahh.

Dah habis guna ayat gempak begitu bagai, dia tanya "Do you have any idea about financial crime?" Jeng3. Sape tak tahu, habislah. TAPI. Yang penting, jangan mengalah. Mention sahaja apa-apa asalkan tak nampak stupid. Contoh: Kes orang bank keluarkan duit customer etc. Jangan pulak kes kau mintak duit kat mak, mak ketuk tangan kau kata crime. Haa. Tup tap tup tap dengar lagi dia menaip.

Then, dia cakap "CONGRATULATIONS, you have successful in this on call interview. Bla bla bla...."

Waktu tu dia tanya bila kita free untuk next interview. Datang ke HSBC Processing Centre Cyberjaya, dan ada test. Test bukan sikit. Banyak. Haha. Confirmkan email sekali lagi. Dan tunggu email.

Dalam email tu baik jugak lah HR, sebab bagi details untuk test nanti. Ada English test (grammar, listening, comprehension), logical test (budak math senang lah ni) dan tak lupa financing and banking terms (payah bhai kalau tak tahu langsung bab ni. Logical test tu siaplah tanya "Kalau orang tu gaji banyak ni, dia deposit bulan-bulan banyak ni, kerja itu ini, then setahun tiga kali hantar duit pergi timur tengah. Apa agaknya jangkaan kita? Normal atau tak normal?" Maka, jawablah semua soalan berdasarkan logik masing-masing. Yang penting, logik okay!

Parking waktu tu dekat luar. Dalam penuh katanya. Melainkan hangpa bawak kereta VIP lah. Setakat kancil kita tu memang kena park luar la. -.-" Datang jam 10 habis pukul 5 baq hang. Pukul 2 dia bagi break sampai 3. Pergi lah kome cari makan. Please takyah kelam kabut taknak makan ye. Nanti perut tak selesa mood tak ada interview tak berjaya. Gitu pantun tiga kerat.

So untuk face-to-face interview, bacalah pasal AMLA (Anti Money Laundering Act), Money Laundering, banking dan tanyalah soalan yang best-best dekat interviewer. Contoh: kome fikir la sendiri. Hahah.

Sekian. Semoga berjaya buat pembaca.~PENCHENTA~http://www.blogger.com/profile/11205280267660532043noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-6359136536489610043.post-53059635694314171392014-12-08T06:26:00.001-08:002014-12-08T06:26:28.514-08:00Dia WanitaDia wanita.

Sebelum hadir seorang lelaki bernama suami untuk dicintai, Allah pernah pinjamkan kepadanya ibu dan ayah untuk disayangi dan dihormati.

Sebelum tiba lamaran untuk diterima, Allah pernah pinjamkan permintaan ibu ayah untuk ditunaikan.

Sebelum tiba debar menjadi isteri, Allah pernah pinjamkan hati ibu dan ayah untuk dipelihara. Jangan biar terjentik sedikit pun!

Sebelum hati terikat dengan cinta suami, Allah pernah mengizinkan hati ibu dan ayah melimpahkan kasih sayangnya.

Sebelum tangan suami boleh disentuh, Allah telah izinkan kita untuk mencium dua tangan ibu dan ayah.

Adik-adik, sebelum kita diberi tanggungjawab baru, Allah pernah beri kita ruang untuk bertanggungjawab tanpa tekanan. Kita tak sedar pun bila tanggungjawab untuk mencintai ibu ayah itu datang. Ia terdidik dengan sendiri. Tapi, kalau sebelum kita menggalas tanggungjawab baru pun kita masih tak mampu untuk benar-benar menghadapi tanggungjawab lama, bagaimana kiranya hayatmu akan di habiskan dengan manusia yang perlu kau cintai dalam masa suntuk?~PENCHENTA~http://www.blogger.com/profile/11205280267660532043noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6359136536489610043.post-74839216607107805102014-04-22T22:56:00.006-07:002014-04-22T22:56:53.737-07:00Tukang jual.Minggu lepas adik aku yang berumur 11 tahun minta dibuatkan 'tempat dagu'. Mintanya satu. Tambah dengan permintaan adik yang seorang lagi, jadi saya jahitkan 2 helai.

Esoknya adik balik sekolah, jumpa saya dan berkata, "Esok aku nak lagi 2 helai tau. 2 orang kawan aku tempah sama". Wah, hebat promosi dia ni, cuma dalam hati. Yang terzahir cuma sengih senget tanda kagum.

"Kau jual berapa kat kawan kau?", terus aku bertanya. Kerana seingat aku, aku cuma tolong buatkan untuk dia. Ya lah, kain pun baki tudung lama dahulu. Takkan dengan adik sendiri pun mahu berkira begitu sekali kan?

"RM4.50. RM4 kau punya. Aku punya 50 sen", jawab dia laju.

"PEH" cuma itu reaksi aku.

Teringat zaman aku sekolah dahulu. Aku mula menjual dah lama. Sejak dari darjah 6 kalau tak silap. Jual apa?

Ni. Tak tahu nama apa. Belon gam? Entah..

Satu paket ada sepuluh. Harganya RM1 (oh murahnya zaman dulu!) Aku jual satu-satu. Satu 20 sen. Sekali ganda kan? Ya lah, kalau jual dalam paket, nampak mahal sangat untuk budak darjah 6. Takkan lah mereka mahu belanja RM2 dari wang saku semata untuk beli belon?

'Bisnes' semakin maju. Pulang sahaja dari sekolah, aku akan minta Waleed untuk singgah di Pasar Mini Nas untuk menampung 'stok' esok. Aku bahagia. Tabung aku lebih cepat penuh berbanding tabung kakak aku (eh, ke kakak aku takde tabung? haha)

Tapi suatu hari, 'bisnes' aku terhenti. Kenapa?

"Eh, kenapa semua orang main belon ni?" Ustaz Huda nampak terkejut sewaktu dia tiba-tiba masuk ke kelas kami.

"Bagi sini semua belon. Kat sekolah mana boleh bawa mainan", tegas beliau lagi. Terus belon-belon yang ada pada rakan-rakanku dirampas. Aduh!

"Ustaz, dia yang jual...", tiba-tiba aku dengar satu suara yang agak tidak puas hati bila belon mereka dirampas. Jarinya terus tertuju ke arah aku.

"Ha, awak. Mana belon-belon semua?"

"Dah habis.." Alhamdulillah juga, aku tak rugi hari tu. Semuanya habis dijual sebelum 'pihak berkuasa' datang serbu. Hehe.

Tapi esoknya aku tak datang dengan tangan kosong. Aku cari lukisan kartun yang boleh diwarnai. Aku cetak banyak-banyak. Aku jual sekeping 20 sen. Hahh! Siapa suruh cikgu malas masuk kelas? Cikgu ingat kami suka duk melanguk?

Ya, saya pun tak suka duk melanguk. Saya suka duk melanguk sambil duit masuk. Hehe.

Maaf kalau post kali ni tak seperti kebiasaan. Cuma hari ni terimbau kisah lama. Seronok jadi kanak-kanak. Ya, dan lagi seronok jadi kanak-kanak yang tabungnya penuh. :P

*tempat dagu:

Macam yang orang belakang pakai. Untuk menutup bawah dagu. Kewajipan untuk menutupnya adalah perkara khilafiah. Keluar dari khilaf adalah sunat. Tapi siapa yang berpegang pada hukumnya adalah wajib, maka wajiblah untuk dia menutup kawasan tu ya. WA

*credit pic: ujie, facebook

~PENCHENTA~http://www.blogger.com/profile/11205280267660532043noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-6359136536489610043.post-24016802624649512512013-11-03T01:56:00.002-08:002013-11-03T01:56:48.606-08:00Jadi Wanita.Sejak rumah ni kakak masukkan Astro, makin banyak ilmu yang aku dapat. Khususnya ilmu memasak. Rancangan wajib tonton antaranya adalah baking. Chef Anna Olson paling best. Tersangat banyak ilmu dan tips. Dari aku tak tahu meringue tu apa, sampai boleh buat hari-hari (cewah). Dan kalau takat creme brulee tu, sebenarnya mudah kalau kita tahu tekniknya.

Dulu rumah ni tak ada oven. Jadi niat nak mem'baking' tak membara sangat. Lepas Waleed beli oven, hari-hari rasa nak mem'baking'. Buat pizza dah umpama rutin dah. Asal bosan je, adun doh pizza. Sejam setengah satgi siaplah. Haha. *Mudah je kalau datang mood. (And of course, kalau Allah izinkan).

Dan terima kasih jugak pada mereka- mereka yang rajin share resipi online. Hakikatnya, sejak tukar guna smartphone ni, semua bookmark dan saved pages adalah recipe. Hehe.

Suka aku nak share blog Masam Manis ni. Sarat dengan ilmu yang mudah diaplikasi. Tips untuk google resipi:

1. Cari resipi dari blog/ page dalam negara. Supaya tak susah untuk kita cari bahan-bahan.

2. Tapi, untuk teknik memasak, boleh cuba google blog/ page luar negara. *Luas sikit pemandangan. Haha. Baca banyak-banyak blog. Dah hadam baru buat. Jadi taklah tersilap langkah.

Hey, jom jadi wanita! Haha. ;)~PENCHENTA~http://www.blogger.com/profile/11205280267660532043noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-6359136536489610043.post-29212334211577036222013-09-03T20:49:00.001-07:002013-09-03T23:43:48.684-07:00Siapa tahu..
19 Ogos 2013.

Hujan perlahan- lahan membasahi kereta. Melintasi susur ke Sekolah Sri Puteri, Cyberjaya hujan betul- betul lebat.

Pagi itu aku ditemani mak, menuju ke sekolah lama adik. Mahu bercerita tentang kehidupan di Mesir kepada junior katanya. Mak memang takkan mahu menolak permintaan anak-anaknya. Meredah kebanjiran orang- orang yang mahu menuju ke pejabat masing- masing. Tak sangka jalan ke Banting masih kekal dalam ingatan. Dua tahun lalu kerap sangat kami mengharungi jalan ini. Menghantar barangan keperluan kepada adik tiap- tiap minggu.

Sebelum keluar rumah tadi, mak sangat bergegas. Adik sudah menunggu katanya. Sekarang mak sudah tertidur di kerusi kiriku. Di lorong paling kanan, pedal minyak aku tekan sedikit. Adik sedang menunggu.

Tiba- tiba kereta lari dari laluannya. Seakan mahu merempuh pokok pembahagi jalan kanan.

"Astaghfirullah.. Ummi.. Ummi...."

Semua arahan aku diabaikan oleh kereta ini. Aku kilas ke kiri, mahu mengelak pokok di kanan jalan. Kereta berpusing. Laju. Semua terlintas serentak dalam fikiran. Solat zohor sudah aku tunaikan, alhamdulillah. Kalau ini cara aku mati ya Allah, aku redha. Saat itu, aku cuma menunggu di mana kereta ini akan menghentak supaya ia berhenti berputar.

Damm. Langgar pembahagi kiri jalan. Berhenti. Allahu. Tak sangka mata ini masih celik. Aku pandu kereta ke bahu jalan. Menangis. Allah. Aku masih hidup. Aku masih diberi peluang. Allah. Untuk setiap dosaku, aku menangis.

Segera aku paling untuk melihat Ummi. Ummi bergerak, alhamdulillah. Tapi mulutnya penuh darah. Aku menangis lagi. Semakin tak keruan melihat Ummi dalam kecederaan begitu. Sedih, kasihan, serba salah, semuanya datang sekali gus.

"sorry, Ummi. Sorry..."

Kita takkan tahu bila kita akan dipanggil Dia. Bersyukurlah atas setiap detik yang Dia anugerahkan untuk kita. Dan semoga kita gunakan setiap detik sebaiknya. Waktu di dunia ni saja yang kita ada untuk beramal. Di sana nanti waktu menunggu balasan. Allah.

~PENCHENTA~http://www.blogger.com/profile/11205280267660532043noreply@blogger.com5tag:blogger.com,1999:blog-6359136536489610043.post-39038418618966097592013-06-26T02:07:00.001-07:002013-06-26T02:07:51.991-07:00E-DayHari ini harinya. Cinta yang lama disulam tak bertali, kini akan diikat dengan persetujuan kedua belah keluarga. Baju cantik sudah ditempah. Penuh manik di badan. Melekat menampakkan bentuk tubuh. Apa guna ada tubuh yang cantik kalau tak diperaga bukan? Lagipun ini cuma majlis bersama keluarga kami dan keluarga lelaki sahaja. Bedak, celak, eye shadow, eye liner semuanya siap dioles mak andam dari pekan. Cantik. Memang cantik. Kalau hari ini tak jadi bertunang pun, pasti boleh dapat calon yang lain, kerana cantik.

Tak lupa, pelamin untuk bergambar nanti sudah siap dipasang. Sedondon semuanya dengan baju, dan barangan hantaran. Dua bentuk cincin telah disiapkan oleh pihak lelaki. Cincin merisik, dan cincin bertunang. Kami dah sepakat, waktu berbincang nanti si lelaki tak perlu hadir. Menggatal namanya kalau datang juga. Dah tak sabar sangat nanti nampaknya. Bila dah selesai semua barulah dia datang, menjamu selera bersama.

Usai sahaja perbincangan kedua belah pihak, kaum adam pakat keluar. Di tinggalkan saja anak-anak perempuan dan kaum hawa di dalam rumah. Tinggal 'kerja orang perempuan' saja. Sarung cincin, bergambar, dan sebagainya. Sebelum si lelaki pergi menjamu selera, rakan-rakan kami semua mengusik. Diajak si lelaki masuk dahulu, bergambar. Jurugambar pun tak kurang hebatnya, disuruh duduk repat-rapat, untuk simpanan keluarga masing-masing sahaja katanya. Disuruh pegang tangan, kami pegang. Di suruh anjak ke jambak bunga, kami anjak. Dia lebih pakar tentang fotografi. Kami ikutkan saja.

Hmm. Ada rasa pelik tak? Rasa macam tak pelik. Tapi rasa mintak pelempang. Haihh. Trending orang sekarang bertunang. Menyampah rasa. Patutnya tukar jadi majlis akad je terus. Grrr. Maaf ye, marah minggu lepas tengok sepupu bertunang tak habis lagi. Sampai tok wan, pak long, semua nampak betapa marahnya aku. Pada semua aku tanya, kenapa buat itu, kenapa buat ini. Benda-benda yang tak patut semua dibiarkan saja. Sampai aku rasa majlis kahwin aku nanti semua orang boikot. Haha.

Adat kemain diangkat oleh ummat hari ini. Sedih. Banyak benda yang perlu diubah pada adat harini. Kenapa si lelaki tak perlu hadir waktu perbincangan sedangkan yang akan berlangsung nanti adalah majlis untuk dia? Kenapa kaum adam tinggalkan isteri dan anak-anak perempuan tak terjaga selepas habis perbincangan? Biarkan mereka lalai dan mengizinkan perkara yang tidak halal? Kenapa disusahkan badan dengan menggubah hantaran yang selepas itu cuma akan dibuang? Purata wang gubah hantaran sekarang RM90 satu dulang. Dan selepas dijamah isinya, bunga-bunga, bakul, riben pada hantaran cuma dibuang. Sedih. Lain kali balut dengan pembalut hadiah saja. Tak perlu timbul rasa riak kemudian hari, tak perlu banyak pembaziran lagi lain kali. Allahu.

Semoga yang membaca semua dapat tarik nafas, fikir panjang-panjang tentang masa hadapan. :)~PENCHENTA~http://www.blogger.com/profile/11205280267660532043noreply@blogger.com12tag:blogger.com,1999:blog-6359136536489610043.post-8854596569414024702013-06-14T07:03:00.001-07:002013-06-14T07:03:42.179-07:00Mahu sedekah, mahu duit bertambah.Aku cemburu lihat ayah yang boleh menghulur pada siapa pun, lebih-lebih lagi kepada rakan-rakannya. Dan pada hemat aku, kawan-kawannya bukanlah yang jenis baik-baik yang boleh untuk aku anggap sebagai teman sehidup semati. Kerana hakikatnya, bila dia senang, dia akan pergi bersama teman-teman yang lain. Bila waktu 'kering', senyum kerang busuknya akan banyak kelihatan timbul dari lautan kesamaran.

Tapi ayah tetap ayah. Dia masih memberi.

Hati ini keras. Di simbah banyak mana hadis tentang bersedekah sekalipun, aku tetap aku. Duit yang aku cari, aku yang punya. Tapi entah bagaimana, suatu hari aku berniat mahu memberi. Aku memberi secara dalam talian. Aku masih ingat amaunnya, dan wang itu aku salurkan buat seseorang yang menghidap penyakit. Dan kemudian, wang seterusnya aku salurkan buat satu badan dakwah.

Dahulu aku menunggu pulangan satu dibayar sepuluh yang Allah janjikan buat mereka yang memberi. Lama aku tunggu. Buat penawar hati keras yang aku patahkan sedikit untuk cuba memberi, aku menunggu lagi.

Dompet aku tidak juga penuh. Mana pergi duitnya?

Suatu hari aku dan kawan-kawan menuju ke medan selera, mahu makan malam. Kami memang selalu bungkus saja, makan di bilik lebih selesa. Waktu dalam perjalanan pergi, aku meluahkan rasa..

"Hari ni nak makan kuey tiow. Nak mintak telur mata lah. Mahal tak jadinya? Kalau dapat double pulak, hai sedapnya."

Ya, aku memang cerewet tentang wang. Mungkin sebab itu juga aku berat untuk memberi. Sampai di kedai, aku minta seperti yang aku mahu. Kuey tiow dan telur mata, bungkus.

Naik ke bilik, kami berkumpul untuk makan bersama di ruang tengah bilik. Buka saja polisterin, aku terkejut. Betul telur double! Ini lah nikmat sebenar. Bukan pada wang.

Menangis sikit dapat telur double tu. Romantik betul Dia buat seprais gini. Hehh. :)~PENCHENTA~http://www.blogger.com/profile/11205280267660532043noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-6359136536489610043.post-12486970389840726282013-06-13T00:21:00.002-07:002013-06-13T00:21:38.090-07:00Kerana dia lelaki itu.Dia pernah mengayuh basikal selepas usai solat Isya' di surau sana. Bukan untuk pulang ke rumah. Tetapi kerana mahu teruskan usahanya. Rumah kanak-kanak di hujung kampung belum dia jejak untuk hari ini. Mengajar fardhu 'ain untuk anak-anak kampung. Siapa yang tinggal di kawasan Kulim dan Serdang pasti tahu betapa seramnya melalui jalan kampung Kulim-Selama, tiada lampu, dan jarang ada kenderaan menggunakannya. Itu sekarang, bayangkanlah bagaimana situasinya 20 tahun lalu. Tapi, demi agamanya, dia rela.

Suatu hari, aku ternampak dia berborak lama dengan seorang pakcik tua di surau di Serdang sana. Bila ditanya, siapa lelaki tua tersebut, dia cuma jawab itu kawan lamanya. Aku tergelak. Aku sangka lelaki tua tersebut adalah sahabat ayahnya. Tapi tidak! Itu adalah sahabatnya.

Dia pernah kata "kawan Waleed dulu semuanya tua-tua. Pak bilal, Tok Imam, pak cik- pak cik..". Katanya, dia tak reti cara berborak orang muda. Ya, aku kagum dengannya. Kalau mahu dibandingkan hidupnya dengan aku sekarang, jauh sangat bezanya. Dia dulu hidup susah. Banyak benda yang dia mahu, tapi tak dapat. Kesannya sampai hari ini aku rasakan. Apa sahaja yang kami minta, pasti dia cuba untuk tunaikan. Kerana dia tak mahu kami merasa kecewa sepertinya dulu.

Ya, dia ayahku. Lelaki istimewa dalam hidupku.

Lama selepas aku berubah dulu, dia pernah cerita. "Waleed dulu malu nak jalan dengan anak-anak Waleed kalau kamu semua pakai seluar. Orang perempuan tak manis berseluar." Ya, kata-kata itu aku pegang sampai hari ini. Jeans yang dulu semua aku buang. Untuk memakai seluar track pun, aku berfikir banyak kali. Tapi itu juga hakikat yang kita sama-sama perlu lalui. Sekolah mana hari ini yang pelajar perempuannya tidak berseluar, cuma memakai kain dalam setiap aktiviti? Tidak ada. Sebab itu juga aku terbiasa dengan suasana berseluar dahulu. Pergi sekolah pun, dalam kain pakai seluar panjang.

Hinanya aku menjadi anak bagi insan sebaik dia. Ya, hinanya aku.

Kerana dia lelaki itu, takkan aku mahu terus begini?

~PENCHENTA~http://www.blogger.com/profile/11205280267660532043noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-6359136536489610043.post-85923433557130727932013-05-30T09:46:00.001-07:002013-05-30T09:46:13.267-07:00Being generous.Pasar Malam.

Sepasang suami dan isteri yang cacat penglihatan dapat ku lihat dari jauh. Mana tidaknya, mereka duduk di tengah jalan. Aku lihat pada wang yang ada, wajah pakcik tadi dan gerai ayam goreng silih ganti ku pandang. Ah. Kalau aku bagi pakcik tu, tak dapat beli ayam goreng nanti. Serta merta aku berlagak tidak perasan pada pasangan tadi semasa melintasi mereka. Tapi di dalam hati, aku harap tidak ada manusia yang perasan, lalu mengatakan aku kedekut. Padahal sebenarnya memang itu yang sebenarnya.

Jejantas Komuter Serdang.

Siapa sahaja yang biasa dengan tempat ini pasti kenal dengan pakcik berbangsa india yang kudung kakinya. Dari aku Asasi lagi, dia sudah sedia duduk di situ. Itu kira-kira 4 tahun yang lepas. Dan hujung kaki kudungnya masih dibalut. Kadang-kadang dengan tompokan merah darah. Kalau mahu dihitung dengan akal waras, tak mungkinlah lukanya masih belum sembuh. 4 tahun! Dan dia cuma duduk di situ, memegang sebuah bekas plastik, diisi dengan beberapa keping wang syiling supaya dapat mengeluarkan bunyi apabila digoncang. Dan bila saja ada yang menghulurkan wang kertas, dia akan terus menyimpannya. Lalu apa yang perlu aku fikirkan selain 'pak cik tu pemalas'? Maka, untuk aku turut menghulurkan sedikit wang, jauh sekali.

Bazaar Ramadhan, Seri Serdang.

Tempat ini adalah tempat kegemaranku sepanjang berpuasa di kolej. Ini lah tempatnya untuk menghadap selain dari nasi goreng tawar, menghidu selain dari ayam kering, dan kemudiannya menjamah selain dari tomyam minyak. Di celah-celah orang ramai, ada seorang kanak-kanak berjalan dengan sekeping kertas, beg silang, dan wajah yang sayu. Wajah itu sangat aku kenali. Wajah memohon belas. Wajah itu selalu aku lihat di kaca tv, popular dalam tempoh bercakap tentang sindiket kanak-kanak yang dipaksa untuk meminta sedekah. Memikirkan perkara yang sama mungkin terjadi pada kanak-kanak tersebut, tak mungkin aku mahu turut terlibat untuk menggalakkan sindiket begitu. Jadi kanak-kanak tersebut turut aku abaikan.

Akhirnya, pada siapa aku mahu memberi kalau tiap kali aku lari? Sedangkan janji Allah itu pasti. Satu kita bagi, sepuluh pulangan dijanji. Siapa aku untuk merasa sombong dengan tawaran sehebat itu? Sudah banyakkah pahala? Sudah penuhkah amalan? Sudah tersediakah syurga?

Allahu.

Sungguh aku lemah. Fikiran akal tidak selalunya benar. Kerana kita cuma manusia. Fikiran akal dari jiwa yang penuh keimanan saja mampu menjadi penunjuk jalan.

Yang utama adalah niat kita. Kalau pun kita ditipu, penanggung dosa tersebut bukan kita. Tapi kalau mereka tidak menipu? Mahukah kita cuma melihat?

~PENCHENTA~http://www.blogger.com/profile/11205280267660532043noreply@blogger.com5tag:blogger.com,1999:blog-6359136536489610043.post-17642215315312840012013-01-12T07:42:00.001-08:002013-01-12T07:42:48.366-08:00Rindu lagi.

Saya rindu mahu menulis!

Tiap kali menulis, pasti semuanya sekerat jalan. Kemudian ctrl+A, dan delete. Entah kenapa. :(

Saya sangat rindu pada semua. Rindu mahu tulis laju-laju. Rindu mahu kongsi rasa, kongsi ilmu. Tapi mana hati? Siapa ada jumpa hati saya, sila pulangkan ya. :(

~PENCHENTA~http://www.blogger.com/profile/11205280267660532043noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-6359136536489610043.post-18841635443628804422012-06-23T11:47:00.002-07:002012-06-23T11:49:31.226-07:00Siapa kata muslimah tak boleh berfesyen?Sebelum apa- apa, aku nak cakap awal-awal, ni bukan lah post macam aweks-aweks Yuni atau Hani Tajimi suka sebut. Baca sampai habis dulu lah ye. Peace yaw! :P

Sebagai seorang perempuan, aku dah faham sangat kes-kes 'aweks-disekat-kebebasan'. Yelah, orang lelaki katanya boleh pakai cantik-cantik, hensem-hensem, kita ni perempuan TAK ADIL lah kalau nak kena pakai warna orang tua, tak ceria, oh kamon, this is our life, we have to put some colors on it! Ewah!

Maka keluarlah fesyen-fesyen yang macam parti harijadi kanak-kanak. Atas merah, tengah biru, bawah hijau. Dan mata pakwe sebelah sana terjuling sekejap, maka mereka perasan 'Oh! Mereka suka lihat aku begini!'

Dan part paling hebat, bila keluar kata-kata 'Hey, kami muslimah berfesyen. Muslimah moden.'

Stop. Mari betulkan sama-sama semua ni.

Tapi, jangan buang dulu baju parti harijadi tu. Sebab?

Sebab saya tak kata kamu tak boleh pakai semua tu, cuma betulkan cara, tempat, masa, dan kaedahnya saja. :)

Saya pakai tudung lilit-lilit warna warni sebelum solat. Saya pakai di bahagian dalam telekung. Biasanya, orang dulu-dulu pakai anak tudung 'lusuh-berbau', yang kalau boleh depan pakwe pun taknak tunjuk. Tapi kita ubah, kita pakai cantik-cantik, depan yang Haq.

Saya pakai minyak wangi sebelum solat. Supaya saya seronok bersolat. Supaya saya yakin bila nak 'jumpa' Pakwe saya. Oh ya, tapi kalau solat di luar, jangan buat ya. BAHAYA!

Saya pakai bedak, dan sapu celak sebelum solat. Biar Dia lihat saya lebih indah berbanding yang orang lain lihat.

Jadi? Siapa kata muslimah tak boleh berfesyen? Tak boleh cantik?

***Ini cuma applicable untuk orang bujang saja. huks***~PENCHENTA~http://www.blogger.com/profile/11205280267660532043noreply@blogger.com11tag:blogger.com,1999:blog-6359136536489610043.post-76977376681323348832012-06-11T10:15:00.003-07:002012-06-11T10:15:54.738-07:00Mengejar Doktor.Waktu di sekolah dahulu, cita- cita aku mahu menjadi doktor. Doktor apa, aku pun tak tahu. Yang pasti, aku suka bila bergaul dengan kanak-kanak. Dan waktu tu, ada saja orang kata "yang pegang- pegang baby tu bukan kerja doktor. Jadi nurse jelah!" Entah. mungkin waktu tu belum cukup terdedah dengan situasi kerja sebenar. Biarlah.

Tapi, sepanjang meniti liku- liku SPM, memang doktor saja yang ada dalam kepala. Dan bila keputusan keluar, alhamdulillah. Cumanya, sewaktu mengisi borang UPU, hati aku dibolak- balikkan lagi. Aku rasa belum cukup kuat untuk melihat darah, dan berhadapan dengan ujian yang berkisar nyawa manusia. jadi aku ubah pada saat akhir, aku letakkan Asasi Pertanian yang paling atas. Kerana waktu itu, aku fikir paling tidak, aku masih dengan ilmu Biologi. Ya, aku sangat suka pada Biologi. Kerana Puan Noorzehan rasanya, guru komited.

Dan akhirnya aku diterima untuk memasuki Asasi Sains Pertanian, UPM. Tapi entah kenapa, ummi pula yang bertanya tentang program perubatan di Mesir. Aku tahu, dengan duit insyaAllah aku diterima. Tapi,,,, entah. Hingga akhirnya, pasport siap, sijil- sijil semua sudah diterjemah, dengan RM50 setiap keping, borang KPT pun siap diisi. Tapi sebelum borang dihantar, aku mengusulkan kepada ummi, tak perlu lah ini semua. Di UPM pun ada program perubatan. Lama lagi perjalanan kalau ke Mesir. Dan akhirnya, semuanya dibatalkan. Aku masuk ke UPM.

Waktu itu, UPM terkenal dengan program Veterinarnya. Jadi, aku memasang angan- angan, kalau tidak jadi doktor manusia pun, jadi doktor lembu pun okay apa. At least, lembu mati tak seteruk manusia mati. Cetek betul fikiran waktu tu.

Tamat sahaja Asasi, aku isi borang ke Program Ijazah UPM. Paling atas, perubatan. Kerana aku masih mahu merealisasikan impian ibu ayah, jadi aku usahakan juga. Biarpun orang kata CGPA waktu itu hanya atas pagar untuk program perubatan. Di nombor dua, veterinar, impian aku pula. Di tangga ketiga, matematik. Sebelum aku hantar borang tersebut, ada seorang sahabat meminta untuk melihat borang aku. Aku izinkan.

Semua program yang kami minta sama. Cuma susunan sahaja yang lain. Jadi dia mencadangkan aku ubah, mengikut susunan dia, nanti dapat keputusan sama- sama, belajar sama- sama. Oh, waktu tu sangat teruja!

Serta merta aku ubah. Saat keputusan keluar, dia telah dipanggil untuk temuduga program perguruan, dan aku terikat pada matematik. Doktor pergi ke mana, veterinar pergi ke mana. Allahu.

Mungkin saat ini, cuma tinggal gelaran 'Dr' yang mampu aku kejar. Entah.

p/s:

1. Aku masih sedih bila ada kawan- kawan yang melihat sijil SPM aku, dan mengatakan "hei, dengan keputusan macam ni, kau boleh amik course doktor tahu?". Ya, aku tahu. Tapi aku kena lupakan.

2. Adik sekarang sedang dalam proses untuk ke Mesir. Kursus Syariah, insyaAllah. Dan aku masih tacing bila ummi sebut "tak tahu Kerajaan Selangor ada biasiswa pergi Mesir. Kau isi lah borang doktor tu lagi, mana tahu dapat. Tambah lah sikit berapa tahun study..." Allah. Allah.

~PENCHENTA~http://www.blogger.com/profile/11205280267660532043noreply@blogger.com7tag:blogger.com,1999:blog-6359136536489610043.post-82511503360507870812012-05-28T04:09:00.002-07:002012-05-28T04:09:44.269-07:00Tak faham!1. Berada dalam sebuah seminar 'keusahawanan', semua berpakaian indah, berwarna- warni sini sana. Aku cuma diam, mengharapkan saat aku membuka mata dari kerlipan, aku sudah kembali ke rumah. Tapi hampa. Tiba-tiba seorang Kak Sumayyah (sedapkan namanya?) menegur,

"Tya, macam mana kalau akak cakap dulu akak pun muslimah macam Tya?"

2. Aku turun dari bilik pensyarah, terlihat kelibat seorang kawan lama yang pernah berada dalam satu kelas dengan aku. Seperti biasa, aku masih berpakaian begini. Sambil ketawa, dia bertanya,

"Woi, bila kau nak gi haji ni?"

Sudahlah, aku sudah penat melayan dunia. Aku harap, bila aku merajuk dengan dunia, dunia akan melayan aku dengan lebih baik. Sobs.
~PENCHENTA~http://www.blogger.com/profile/11205280267660532043noreply@blogger.com9tag:blogger.com,1999:blog-6359136536489610043.post-56398898216238042132012-05-06T12:19:00.000-07:002012-05-06T12:19:02.349-07:00KamuRasanya dah terlalu lama saya 'berehat' dari menulis. Rindu pun ada, tapi perasaan mendatar lebih banyak rasanya.

Saat ini, mutiara dari langit sedang lincah menujah Bumi.

Dan manusia lain makin seronok dalam dakapan selimut.

Tapi hati sebenarnya sangat rindu pada zat si hujan.

Rindu pada sejuknya.

Rindu pada manisnya.

Rindu pada jernihnya.

Dahulu aku penanti setia pada sang hujan.

Pantang saja dengar dentuman dari sahabatnya,

aku pasti siap menadah nikmat.

Dan titis pertamaya pasti tiba padaku dahulu sebelum sampai ke Bumi.

Tapi usia membataskan semuanya.

Tak mungkin untuk aku membalas rangkulan bayu dingin.

Tak mungkin untuk aku berlari mengejar titis pertama lagi apabila panahan manusia lebih pantas dari titis hujan.

Saya rindu kamu.

~PENCHENTA~http://www.blogger.com/profile/11205280267660532043noreply@blogger.com7tag:blogger.com,1999:blog-6359136536489610043.post-4334720838425998112012-04-11T21:55:00.002-07:002012-04-11T21:55:58.054-07:00Please.Semester ni aku daftar satu subjek Pengucapan Awam. Kelasnya cuma seminggu sekali, tiap malam rabu, jam 8-11 malam. Kebanyakan pelajar di dalam kelas akan berpakaian lebih santai, berseluar slack, seluar track, t-shirt, atau baby tee, disarung sweater sendat. Dan tiap-tiap minggu juga aku cuma berpakaian 'begitu'. Semoga anda faham maksudnya.

Tiba-tiba minggu lepas ada rakan baru menyapa.

"Bila mula berubah?"

Aku rasa dia sudah mula perasan. Setiap minggu aku cuma berpakaian 'begitu' sahaja.

"Awal semester lepas. Harap-harapnya dapat istiqamah"

"Saya dulu pun dah berubah. Hampir-hampir mahu berpurdah. Tapi tak kuat. Banyak perkara yang terasa berat. Saya masih sayang benda-benda tu. Saya masih mahu berpantun, berdebat, dan benda-benda tu akan hadkan batasan saya." Jawapan dia mengejutkan aku sebanarnya.
Cuma perbualan yang berlangsung di dalam kelas tu tak dapat berjalan dengan baik. Terpaksa berhenti saat pensyarah memandang, takut jadi popular tiba-tiba.

Dan hingga ke akhir kelas, rupa-rupanya itulah penamat perbualan kami. Kelas di larut malam takkan merelakan kami berbual panjang. Pantang pensyarah menyatakan 'class dismiss', semuanya berebut mencapai tombol. Ishk.

Aku mahu cakap padanya, betapa pentingnya meletakkan batas. Betapa batas dalam diri lah yang terbaik. Betapa kalau diri sendiri pun kita tak mampu ubah, jangan harap dunia bakal berubah. Please kawan.... :'(~PENCHENTA~http://www.blogger.com/profile/11205280267660532043noreply@blogger.com8tag:blogger.com,1999:blog-6359136536489610043.post-73420875901682309162012-03-21T10:42:00.002-07:002012-03-21T16:53:15.832-07:00TerbaikPagi tadi ayah hantar saya ke kelas. Sejujurnya saya bagai terimbau dengan keadaan lebih kurang 4 tahun dahulu. Saat ayah akan selalu bangun awal dan menghantar kami sebelum sinar mentari kelihatan bersama kereta buruknya. Kereta kami waktu itu memang buruk. Sedangkan adik yang baru setahun setengah waktu itu pun beria-ria tidak mahu mengikut kami menaiki kereta. Kerana kereta itu buruk!

Dahulu sebelum turun dari kereta, wajib untuk kami mencium tangan dan pipi ayah. Dan saat pulang, wajib pula untuk kami melemparkan senyuman, untuk melempiaskan kegembiraan untuk dibawa pulang petang itu.

Tapi sekarang semuanya lain.

Aku pandu sendiri ke kelas. Dengan kereta serba baik. Ayah takkan benarkan aku pandu kereta buruk. Aku tahu, ayah takkan.

Sebelum melangkah keluar rumah, aku tidak rajin mencari tangan yang dahulunya hari-hari singgah di bibir. Sungguh aku tidak rajin. Cukup mencium tangan ibu. Dan aku lantas keluar rumah.

Saat aku pulang, sebuah senyuman itu kini aku rasa sangat berat. Bersertakan 'pertempuran' di atas jalan sepanjang perjalanan pulang, sepotong ayat dengan nada tinggi dirasakan lebih 'seronok'.

Maka dalam perjalanan tadi Allah tunjukkan aku dengan seorang lelaki yang membawa anaknya menaiki motor. Si anak lengkap berpakaian tadika. Dan si ayah memakai beg berwarna merah jambu, bergambar watak kartun. Pasti beg itu kepunyaan si anak. Aku ketawa. Kelakar bagi aku.

Dan ayah cuma menjawab "Ayah dia cuma mahu anaknya selesa..."

Allah, ajarkan aku cara menikmati anugerahMu ini sebaiknya.~PENCHENTA~http://www.blogger.com/profile/11205280267660532043noreply@blogger.com13tag:blogger.com,1999:blog-6359136536489610043.post-83582225573970811002012-03-14T11:46:00.000-07:002012-03-14T11:46:57.962-07:00Kawan-kawan!Entah kenapa, saya sudah kurang ada 'hati' untuk menulis. Huk.

Sedangkan banyak saja benda yang mahu dikongsi.

Aaa.

Apa masalah saya ni? Ishk.~PENCHENTA~http://www.blogger.com/profile/11205280267660532043noreply@blogger.com10tag:blogger.com,1999:blog-6359136536489610043.post-52966823617151409892012-02-28T07:38:00.000-08:002012-02-28T07:38:01.302-08:00Berapa laju?Kita fikir, kita sudah cukup pandai.

Pandai mengukur kelajuan pada setiap perubahan jarak yang kita lalui.

Tapi kita lupa. Andai kita berada dalam suatu sistem, dan di luar ada sebuah sistem yang lain, kita perlu mengukut pada bingkai rujukan (frame of reference) yang lain.

Contohnya, kita berada dalam sebuah kereta api. *Ini sememangnya suatu contoh yang biasa.

Kita berlari pada kelajuan 5km sejam. Dan kereta api bergerak pada kelajuan 80km sejam.

Untunglah kalau kita dan kereta api bergerak pada arah yang sama. Kerana jumlah kelajuan kita adalah 85km sejam.

Tapi bagaimana kalau kita sebenarnya melawan arah kereta api? Oh!

Kita sebenarnya makin perlahan.

Hasil kelajuan kita dan kereta api cuma tinggal 75km sejam.

Koma.

Jangan lupa, Allah ciptakan dunia ini ada jalan yang perlu kita lalui bersama.

Jalan menuju syurga namanya.

Untunglah buat siapa-siapa yang berjalan searah dengannya.

Semoga kamu laju menuju syurga.

Dan buat siapa-siapa yang rasanya sudah berjalan melawan arah jalan asal kita,

pastikan kita semakin perlahan.

Supaya jumlah perbezaan semakin sedikit.

Dan semoga kita dapat berhenti sebentar.

Sedut udara nyata.

Dan kembali ke jalan menujuNya.

;)~PENCHENTA~http://www.blogger.com/profile/11205280267660532043noreply@blogger.com7tag:blogger.com,1999:blog-6359136536489610043.post-32313069954267291432012-02-20T07:09:00.000-08:002012-02-20T07:09:30.943-08:00Rokok?Ada seorang kawan kongsi gambar yang dilukis oleh si anak. Kelakar katanya. Inilah gambarnya.

Kelakar kan?

Kelakar bila ada orang rasa menjadi pembunuh tu kelakar.

Kelakar bila ada orang rasa menginfakkan harta pada rokok tu kelakar.

Ya Allah.

Ayah, tolonglah jadi bertanggungjawab atas apa yang Dia dah amanahkan buat kamu.

Ayah, tolonglah sayang pada benda yang Allah sayang.

Apetu?

Apa yang Allah sayang?

Allah sayang kita!

Jadi sila sayang diri sendiri juga ya.~PENCHENTA~http://www.blogger.com/profile/11205280267660532043noreply@blogger.com6tag:blogger.com,1999:blog-6359136536489610043.post-16040058475966901532012-02-08T07:34:00.000-08:002012-02-08T07:34:44.058-08:00Ebbyt Marcelo. :P

Masuk cepat. Feri dah nak jalan.

Okay cari tempat masing-masing.

*Masing-masing dah besaq. Tak muat dah*

Haa. Telinga pun dah panjang. Dah boleh piat dah. :P

Smile! Oops. Tunjuk muntut pulak. >.<

~PENCHENTA~http://www.blogger.com/profile/11205280267660532043noreply@blogger.com13tag:blogger.com,1999:blog-6359136536489610043.post-4838887481553980082012-02-07T02:43:00.000-08:002012-02-07T02:43:05.256-08:00KeperluanDahulu zaman masih ada facebook, aku pernah terfikir,

"Letak gambar dalam facebook bukannya apa pun. Asalkan kita tak letak gambar yang tak tutup aurat, etc kira takpe lah."

Tapi rupanya aku silap. Zaman teknologi sekarang bagaikan tiada sekatan langsung.

Kata sahabat,

"Sedangkan wanita berjilbab pun boleh dibogelkan."

Terbukti lepas aku jumpa ni.

Ya Allah. Takut aku jadinya.

Sekadar buat pesanan. Aku rasa dah ada keperluan untuk wanita benar-benar 'sembunyi'. Kalau tak, takkan lah Rasulullah (Sollu Alaih) boleh kata yang wanita ni sebesar-besar fitnah. :(~PENCHENTA~http://www.blogger.com/profile/11205280267660532043noreply@blogger.com12tag:blogger.com,1999:blog-6359136536489610043.post-66355863405894657612012-02-02T04:10:00.000-08:002012-02-02T04:10:26.462-08:00AnakOkay. Teka ada apa dalam ni?

Jeng jereng!

Baby Renab!

Cik Renab dah bersalin haritu. Ni dah dekat 2 minggu dah. Telinga je tak panjang-panjang. Kena piat selalu kut. Haha. 7 ekor semua. Suka peluk-peluk. Grr.

Sesi penyusuan.

Ada sekor yang agak terpinggir. Dia lahir dulu. Tapi dia jenis mengalah. Tak mahu berebut susu dengan adik-adik yang lain. Akhirnya dia saja yang kurang membesar. Kurang fluffy. Tapi masih disayangi, insyaAllah. ;) Oh, dan dia saja yang nampak betul-betul macam anak mak ayah. Sebab bulu dia mix warna mak dan ayahnya.

Post ni saja menggedik. Tak mahu geram sorang-sorang. Haha. Cumanya nasib baik aku masih tak berani nak angkat binatang berbulu. Setakat ni cuma mampu usap dan angkat untuk 2 saat. Perlukan training lagi. Haa.~PENCHENTA~http://www.blogger.com/profile/11205280267660532043noreply@blogger.com14tag:blogger.com,1999:blog-6359136536489610043.post-37806618518992545562012-01-31T22:49:00.000-08:002012-01-31T22:49:38.855-08:00Wanita PemintalBersumberkan buku "Imam Hanbali Penegak Kebenaran. Abdul Latip Talib. Terbitan PTS Litera Utama Sdn. Bhd."

Wanita ini menceritakan kisahnya kepada Imam Hanbali.

"Wahai Imam Hanbali, dengarkanlah kisahku ini. Semoga dirimu dan diriku mendapat keampunan Allah," kemudian dia terdiam.

"Sesungguhnya saya ini perempuan yang miskin. Saya tidak mempunyai apa-apa kecuali tiga orang anak yang masih kecil. Hidup saya sungguh melarat, hinggakan kami tidak mempunyai lampu untuk menerangi rumah," sambungnya.

"Bagi menyara hidup kami anak beranak, saya bekerja sebagai pemintal benang. Saya akan memintal pada waktu malam dan akan menjualnya pada siang hari,"sambungnya lagi.

"Di manakah suami kamu?" tanya Imam Hanbali.

"Di antara mereka yang menentang Khalifah Al-Muktasim yang zalim itu. Dia gugur syahid dalam satu pertempuran dengan pasukan tentera yang hendak menangkap mereka. Sejak itu, hidup kami melarat," jawab wanita itu.

"Teruskan cerita kamu," pinta Imam Hanbali.

"Disebabkan rumah kami tidak ada lampu, maka saya terpaksa menunggu sehingga bulan mengambang barulah saya dapat memintal benang," kata wanita itu. Kemudian dia menyambung ceritanya.

"Pada suatu malam, kafilah dagang dari Syam datang lalu singgah bermalam berhampiran dengan rumahku. Mereka membawa lampu yang banyak sehingga menerangi rumahku. Saya mengambil kesempatan untuk bekerja memintal benang di bawah cahaya lampu mereka. Pertanyaan saya ialah, apakah wang hasil jualan benang yang saya pintal daripada cahaya lampu milik kafilah itu halal untuk saya gunakan?"

Imam Hanbali berasa kagum mendengar cerita wanita itu lalu bertanya," Siapakah kamu wahai wanita muda yang begitu mengambil berat tentang hukum agama di saat umat Islam lali dan kikir terhadap harta mereka?"

" Saya adalah adik perempuan kepada Basyar Al-Hafis yang meninggal dunia," jawab wanita itu dengan kerendahan hatinya.

Mendengar jawapan itu, Imam Hanbali berasa sebak lalu menangis tersedu-sedu. Ini disebabkan beliau memang mengenali Basyar Al-Hafis itu, seorang gabenor yang beriman dan beramal soleh. Setelah tangisannya reda, maka Imam Hanbali pun berkata,

" Sesungguhnya saya sangat takut pada azab Allah. Kerana itu, berilah saya masa bagi menjawab pertanyaan kamu itu. Baliklah ke rumah kamu dahulu dan esok kamu datang ke sini lagi,"

Imam Hanbali memang tidak mahu terburu-buru memberikan jawapan. Tambahan pula sekiranya menyentuh hukum halal dan haram. Pada malam itu, beliau berdoa, bermunajat serta memohon petunjuk daripada Allah SWT.

Keesokan harinya, wanita muda itu datang lagi bagi mendengar jawapan daripada Imam Hanbali.

"Wahai wanita yang solehah. Sesungguhnya kain penutup muka yang kamu pakai itu lebih mulia daripada serban yang aku pakai. Kami ini tidak layak untuk disamakan dengan orang tua yang telah mendahului kita. Sesungguhnya kamu seorang perempuan yang berhati luhur, bertakwa dan penuh rasa takut kepada Allah,"

"Wahai tuan Imam Hanbali. Bagaimana dengan pertanyaan saya semalam?" tanya perempuan muda itu.

" Berkenaan pertanyaan kamu itu, sekiranya kamu tidak mendapat izin daripada rombongan kafilah dagang itu, maka tidak halal bagimu menggunakan wang daripada hasil jualan benang itu," jawab Imam Hanbali.

Wanita ini berasa sangat susah hati selagi tidak mendapat keizinan daripada rombongan kafilah dagang itu. Beliau sanggup menemui mereka seorang demi seorang bagi mendapat keizinan. Berita tentang wanita solehah itu akhirnya sampai ke pengetahuan Khalifah Al-Mutawakkil. Beliau sungguh kagum dengan wanita tersebut lalu menberinya wang sebanyak 10 ribu dinar.

Perempuan muda itu menemui Imam Hanbali sekali lagi lalu bertanya tentang wang hadiah khalifah.

" Adakah wang itu halal baginya?"

" Khalifah juga pernah memberika saya wang sebanyak itu. Tetapi saya sedekahkan kepada fakir dan orang miskin yang saya temui di jalan," jawab Imam Hanbali.

Wanita itu pun memberikan wang tersebut kepada fakir dan orang miskin. Dia cuma mengambil sedikit untuk membeli lampu bagi menerangi rumahnya.

Kadang-kadang, banyak benda yang kita tak ambil peduli dalam hidup ni. Soal halal dan haramnya, terutama. Kita tak setegas Khalifah Umar dalam pemerintahannya yang sanggup menutup lampu apabila mahu berbincang dengan si anak, kerana wang itu wang kerajaan katanya. Ya Allah.

Entah berapa banyak antara kita yang online dengan menggunakan jaringan kampus, tetapi sekadar berfacebook, berblogging, atau mencari jodoh semata?

Pernah tak terfikir bahawa semua itu halal atau tidak bagi kita. Yang lebih rumit lagi adalah bagi mereka yang bekerja mencari nafkah untuk hidup. Sedangkan dalam pekerjaannya yang berbayar itu terselit waktu tidur, waktu mengumpat dan sebagainya.

Pernah? Pernah?

Sedangkan wanita pemintal ini, soal cahaya pun masih dirisaukan. Yang kita ni, pergi tumpang lampu orang sebelah duk baca buku, duk minum kopi ingat free? Oh.
~PENCHENTA~http://www.blogger.com/profile/11205280267660532043noreply@blogger.com15tag:blogger.com,1999:blog-6359136536489610043.post-18470248105889060052012-01-18T07:04:00.000-08:002012-01-18T08:45:07.978-08:00Syair
Kata Abu Bakar As-Siddiq, seorang pakar dalam ilmu syair,

"Setiap orang sering disambut dengan doa

Pada waktu pagi oleh keluarganya

Padahal maut lebih hampir kepadanya

Daripada tali kasutnya."

Koma.

Pada setiap syair yang berkesan, akan mengingatkan pembaca kepada Tuhannya.

Betapa aku lemah.

"Kamu mahu

Sajak pasal cinta

Kamu tulislah sendiri

Kamu bacalah berulang kali

Hanya kamu yang akan suka

Orang lain tidak akan peduli" -AY
~PENCHENTA~http://www.blogger.com/profile/11205280267660532043noreply@blogger.com15tag:blogger.com,1999:blog-6359136536489610043.post-53124390582727889632012-01-12T05:40:00.000-08:002012-01-12T05:40:03.647-08:00Maaf, ibu saya cacat, tapi sempurna."Ummi tak payah lah pergi sekolah aku, nanti kawan aku gelakkan." -Bushra.

Kata-kata dari kanak-kanak yang tak pernah menipu selalu membuat aku terdiam.

Waktu tu mak aku cuma senyum.

Waktu tu, mak aku masih berkerusi roda.

Kakinya masih tidak kuat menampung badan sendiri, walaupun beratnya jauh berkurangan dari sebelumnya.

Dengan ayah yang masih jauh di sana, dia terpaksa memanggil aku untuk ke tandas tiap kali.

Sesekali, hati aku membentak juga.

Kenapa dia tidak mahu berlampin sahaja. Kan lebih mudah.

Tapi perkara itu pasti akan mengingatkan aku pada peristiwa di hospital dahulu.

Waktu itu, adik aku menggantikan aku menjaga mak, sementara aku pulang ke bilik hotel menunaikan keperluan harian.

Bila aku pulang, adik bisik.

"Tadi ummi kata nak berak", aku faham mak memang kerap berak cair kerana badannya banyak dimasukkan air, malahan makannya juga semua dalam bentuk air.

"Habis, kenapa ummi tak berak?" Aku tanya padanya.

"Ummi kata, Ummi kesian nanti Tahieyah kena basuh"

Waktu tu laju air mata mengalir.

Sesungguhnya, dia takkan mahu menjadi beban kepada aku.

Jadi bagaimana aku boleh merasa terbeban dengannya?

Walaupun dia cuma bermata satu, tapi dia mampu menyediakan banyak ruang pada hatinya. Dan semuanya untuk 9 orang anaknya.

Bila fikir-fikir macamni, aku jadi takut kalau keperluan untuk berkahwin nanti datang bersama kewajipan untuk meninggalkan mereka.

Sedangkan diri ini pun terlalu banyak hutang padanya.

Mohon doa kalian untuk dia :)

Walaupun bermata satu, masih gigih menjahit masa ini. Walaupun benang susah sekali menembusi lubang pada jarum, tapi hatinya tetap tega demi tanggungjawab. Allah. :')~PENCHENTA~http://www.blogger.com/profile/11205280267660532043noreply@blogger.com24