Thursday, September 3, 2015
Pengalaman Temuduga 1 (HSBC)
***************
Permohonan pekerjaan dilakukan melalui dalam talian, lebih spesifik melalui jobstreet. Post tersebut adalah Anti Financial Crime Executive (kalau tak silap. dah lama benar rasanya aku apply).
Pagi esoknya (ya, memang cepat) aku dapat call dari seorang lelaki yang dari dialeknya aku rasa dia bukanlah lelaki tempatan. Bukan Cina, bukan India, bukan juga Melayu. Disebut bahawa dia dari HSBC dan ingin melakukan temuduga dalam talian (on call interview). Kalau tak free, sila mention pada dia awal-awal. Takyah nak rasa "ehh, sayang kot lepas peluang". Sebab takde lepas peluang pun. Bagitaw pada dia masa dan tarikh yang anda lebih selesa dan minta dia call semula. Lebih kukuh kalau cakap "Sorry, I'm driving. Do you mind to call back in 30 minutes time?" Haa.
So waktu tu, apa sahaja aku cakap, aku dengar dia tengah typing. Tup tap tup tap. Sampai aku tanya "Did you get it?" hahah. Takut dia tak sempat tulis punya pasal. Kih kih kih.
Memula, macam biasa dia mintak perkenalkan diri dan cerita sikit pasal background. Then dia tanya kenapa nak kerja dengan HSBC. Buatlah ayat sedap-sedap. Tipu pun takpe. Tipu sunat. (Sape tipu kena sunat) Hahh.
Dah habis guna ayat gempak begitu bagai, dia tanya "Do you have any idea about financial crime?" Jeng3. Sape tak tahu, habislah. TAPI. Yang penting, jangan mengalah. Mention sahaja apa-apa asalkan tak nampak stupid. Contoh: Kes orang bank keluarkan duit customer etc. Jangan pulak kes kau mintak duit kat mak, mak ketuk tangan kau kata crime. Haa. Tup tap tup tap dengar lagi dia menaip.
Then, dia cakap "CONGRATULATIONS, you have successful in this on call interview. Bla bla bla...."
Waktu tu dia tanya bila kita free untuk next interview. Datang ke HSBC Processing Centre Cyberjaya, dan ada test. Test bukan sikit. Banyak. Haha. Confirmkan email sekali lagi. Dan tunggu email.
Dalam email tu baik jugak lah HR, sebab bagi details untuk test nanti. Ada English test (grammar, listening, comprehension), logical test (budak math senang lah ni) dan tak lupa financing and banking terms (payah bhai kalau tak tahu langsung bab ni. Logical test tu siaplah tanya "Kalau orang tu gaji banyak ni, dia deposit bulan-bulan banyak ni, kerja itu ini, then setahun tiga kali hantar duit pergi timur tengah. Apa agaknya jangkaan kita? Normal atau tak normal?" Maka, jawablah semua soalan berdasarkan logik masing-masing. Yang penting, logik okay!
Parking waktu tu dekat luar. Dalam penuh katanya. Melainkan hangpa bawak kereta VIP lah. Setakat kancil kita tu memang kena park luar la. -.-" Datang jam 10 habis pukul 5 baq hang. Pukul 2 dia bagi break sampai 3. Pergi lah kome cari makan. Please takyah kelam kabut taknak makan ye. Nanti perut tak selesa mood tak ada interview tak berjaya. Gitu pantun tiga kerat.
So untuk face-to-face interview, bacalah pasal AMLA (Anti Money Laundering Act), Money Laundering, banking dan tanyalah soalan yang best-best dekat interviewer. Contoh: kome fikir la sendiri. Hahah.
Sekian. Semoga berjaya buat pembaca.
Monday, December 8, 2014
Dia Wanita
Sebelum hadir seorang lelaki bernama suami untuk dicintai, Allah pernah pinjamkan kepadanya ibu dan ayah untuk disayangi dan dihormati.
Sebelum tiba lamaran untuk diterima, Allah pernah pinjamkan permintaan ibu ayah untuk ditunaikan.
Sebelum tiba debar menjadi isteri, Allah pernah pinjamkan hati ibu dan ayah untuk dipelihara. Jangan biar terjentik sedikit pun!
Sebelum hati terikat dengan cinta suami, Allah pernah mengizinkan hati ibu dan ayah melimpahkan kasih sayangnya.
Sebelum tangan suami boleh disentuh, Allah telah izinkan kita untuk mencium dua tangan ibu dan ayah.
Adik-adik, sebelum kita diberi tanggungjawab baru, Allah pernah beri kita ruang untuk bertanggungjawab tanpa tekanan. Kita tak sedar pun bila tanggungjawab untuk mencintai ibu ayah itu datang. Ia terdidik dengan sendiri. Tapi, kalau sebelum kita menggalas tanggungjawab baru pun kita masih tak mampu untuk benar-benar menghadapi tanggungjawab lama, bagaimana kiranya hayatmu akan di habiskan dengan manusia yang perlu kau cintai dalam masa suntuk?
Tuesday, April 22, 2014
Tukang jual.
Esoknya adik balik sekolah, jumpa saya dan berkata, "Esok aku nak lagi 2 helai tau. 2 orang kawan aku tempah sama". Wah, hebat promosi dia ni, cuma dalam hati. Yang terzahir cuma sengih senget tanda kagum.
"Kau jual berapa kat kawan kau?", terus aku bertanya. Kerana seingat aku, aku cuma tolong buatkan untuk dia. Ya lah, kain pun baki tudung lama dahulu. Takkan dengan adik sendiri pun mahu berkira begitu sekali kan?
"RM4.50. RM4 kau punya. Aku punya 50 sen", jawab dia laju.
"PEH" cuma itu reaksi aku.
*************************************
Teringat zaman aku sekolah dahulu. Aku mula menjual dah lama. Sejak dari darjah 6 kalau tak silap. Jual apa?
Sunday, November 3, 2013
Jadi Wanita.
Dulu rumah ni tak ada oven. Jadi niat nak mem'baking' tak membara sangat. Lepas Waleed beli oven, hari-hari rasa nak mem'baking'. Buat pizza dah umpama rutin dah. Asal bosan je, adun doh pizza. Sejam setengah satgi siaplah. Haha. *Mudah je kalau datang mood. (And of course, kalau Allah izinkan).
Dan terima kasih jugak pada mereka- mereka yang rajin share resipi online. Hakikatnya, sejak tukar guna smartphone ni, semua bookmark dan saved pages adalah recipe. Hehe.
Suka aku nak share blog Masam Manis ni. Sarat dengan ilmu yang mudah diaplikasi. Tips untuk google resipi:
1. Cari resipi dari blog/ page dalam negara. Supaya tak susah untuk kita cari bahan-bahan.
2. Tapi, untuk teknik memasak, boleh cuba google blog/ page luar negara. *Luas sikit pemandangan. Haha. Baca banyak-banyak blog. Dah hadam baru buat. Jadi taklah tersilap langkah.
Hey, jom jadi wanita! Haha. ;)
Tuesday, September 3, 2013
Siapa tahu..
19 Ogos 2013.
Hujan perlahan- lahan membasahi kereta. Melintasi susur ke Sekolah Sri Puteri, Cyberjaya hujan betul- betul lebat.
****
Pagi itu aku ditemani mak, menuju ke sekolah lama adik. Mahu bercerita tentang kehidupan di Mesir kepada junior katanya. Mak memang takkan mahu menolak permintaan anak-anaknya. Meredah kebanjiran orang- orang yang mahu menuju ke pejabat masing- masing. Tak sangka jalan ke Banting masih kekal dalam ingatan. Dua tahun lalu kerap sangat kami mengharungi jalan ini. Menghantar barangan keperluan kepada adik tiap- tiap minggu.
****
Sebelum keluar rumah tadi, mak sangat bergegas. Adik sudah menunggu katanya. Sekarang mak sudah tertidur di kerusi kiriku. Di lorong paling kanan, pedal minyak aku tekan sedikit. Adik sedang menunggu.
Tiba- tiba kereta lari dari laluannya. Seakan mahu merempuh pokok pembahagi jalan kanan.
"Astaghfirullah.. Ummi.. Ummi...."
Semua arahan aku diabaikan oleh kereta ini. Aku kilas ke kiri, mahu mengelak pokok di kanan jalan. Kereta berpusing. Laju. Semua terlintas serentak dalam fikiran. Solat zohor sudah aku tunaikan, alhamdulillah. Kalau ini cara aku mati ya Allah, aku redha. Saat itu, aku cuma menunggu di mana kereta ini akan menghentak supaya ia berhenti berputar.
Damm. Langgar pembahagi kiri jalan. Berhenti. Allahu. Tak sangka mata ini masih celik. Aku pandu kereta ke bahu jalan. Menangis. Allah. Aku masih hidup. Aku masih diberi peluang. Allah. Untuk setiap dosaku, aku menangis.
Segera aku paling untuk melihat Ummi. Ummi bergerak, alhamdulillah. Tapi mulutnya penuh darah. Aku menangis lagi. Semakin tak keruan melihat Ummi dalam kecederaan begitu. Sedih, kasihan, serba salah, semuanya datang sekali gus.
"sorry, Ummi. Sorry..."
****
Kita takkan tahu bila kita akan dipanggil Dia. Bersyukurlah atas setiap detik yang Dia anugerahkan untuk kita. Dan semoga kita gunakan setiap detik sebaiknya. Waktu di dunia ni saja yang kita ada untuk beramal. Di sana nanti waktu menunggu balasan. Allah.
Wednesday, June 26, 2013
E-Day
Tak lupa, pelamin untuk bergambar nanti sudah siap dipasang. Sedondon semuanya dengan baju, dan barangan hantaran. Dua bentuk cincin telah disiapkan oleh pihak lelaki. Cincin merisik, dan cincin bertunang. Kami dah sepakat, waktu berbincang nanti si lelaki tak perlu hadir. Menggatal namanya kalau datang juga. Dah tak sabar sangat nanti nampaknya. Bila dah selesai semua barulah dia datang, menjamu selera bersama.
Usai sahaja perbincangan kedua belah pihak, kaum adam pakat keluar. Di tinggalkan saja anak-anak perempuan dan kaum hawa di dalam rumah. Tinggal 'kerja orang perempuan' saja. Sarung cincin, bergambar, dan sebagainya. Sebelum si lelaki pergi menjamu selera, rakan-rakan kami semua mengusik. Diajak si lelaki masuk dahulu, bergambar. Jurugambar pun tak kurang hebatnya, disuruh duduk repat-rapat, untuk simpanan keluarga masing-masing sahaja katanya. Disuruh pegang tangan, kami pegang. Di suruh anjak ke jambak bunga, kami anjak. Dia lebih pakar tentang fotografi. Kami ikutkan saja.
***********
Hmm. Ada rasa pelik tak? Rasa macam tak pelik. Tapi rasa mintak pelempang. Haihh. Trending orang sekarang bertunang. Menyampah rasa. Patutnya tukar jadi majlis akad je terus. Grrr. Maaf ye, marah minggu lepas tengok sepupu bertunang tak habis lagi. Sampai tok wan, pak long, semua nampak betapa marahnya aku. Pada semua aku tanya, kenapa buat itu, kenapa buat ini. Benda-benda yang tak patut semua dibiarkan saja. Sampai aku rasa majlis kahwin aku nanti semua orang boikot. Haha.
Adat kemain diangkat oleh ummat hari ini. Sedih. Banyak benda yang perlu diubah pada adat harini. Kenapa si lelaki tak perlu hadir waktu perbincangan sedangkan yang akan berlangsung nanti adalah majlis untuk dia? Kenapa kaum adam tinggalkan isteri dan anak-anak perempuan tak terjaga selepas habis perbincangan? Biarkan mereka lalai dan mengizinkan perkara yang tidak halal? Kenapa disusahkan badan dengan menggubah hantaran yang selepas itu cuma akan dibuang? Purata wang gubah hantaran sekarang RM90 satu dulang. Dan selepas dijamah isinya, bunga-bunga, bakul, riben pada hantaran cuma dibuang. Sedih. Lain kali balut dengan pembalut hadiah saja. Tak perlu timbul rasa riak kemudian hari, tak perlu banyak pembaziran lagi lain kali. Allahu.
Semoga yang membaca semua dapat tarik nafas, fikir panjang-panjang tentang masa hadapan. :)
Friday, June 14, 2013
Mahu sedekah, mahu duit bertambah.
Tapi ayah tetap ayah. Dia masih memberi.
Hati ini keras. Di simbah banyak mana hadis tentang bersedekah sekalipun, aku tetap aku. Duit yang aku cari, aku yang punya. Tapi entah bagaimana, suatu hari aku berniat mahu memberi. Aku memberi secara dalam talian. Aku masih ingat amaunnya, dan wang itu aku salurkan buat seseorang yang menghidap penyakit. Dan kemudian, wang seterusnya aku salurkan buat satu badan dakwah.
Dahulu aku menunggu pulangan satu dibayar sepuluh yang Allah janjikan buat mereka yang memberi. Lama aku tunggu. Buat penawar hati keras yang aku patahkan sedikit untuk cuba memberi, aku menunggu lagi.
Dompet aku tidak juga penuh. Mana pergi duitnya?
Suatu hari aku dan kawan-kawan menuju ke medan selera, mahu makan malam. Kami memang selalu bungkus saja, makan di bilik lebih selesa. Waktu dalam perjalanan pergi, aku meluahkan rasa..
"Hari ni nak makan kuey tiow. Nak mintak telur mata lah. Mahal tak jadinya? Kalau dapat double pulak, hai sedapnya."
Ya, aku memang cerewet tentang wang. Mungkin sebab itu juga aku berat untuk memberi. Sampai di kedai, aku minta seperti yang aku mahu. Kuey tiow dan telur mata, bungkus.
Naik ke bilik, kami berkumpul untuk makan bersama di ruang tengah bilik. Buka saja polisterin, aku terkejut. Betul telur double! Ini lah nikmat sebenar. Bukan pada wang.
Menangis sikit dapat telur double tu. Romantik betul Dia buat seprais gini. Hehh. :)