>

Wednesday, March 21, 2012

Terbaik

Pagi tadi ayah hantar saya ke kelas. Sejujurnya saya bagai terimbau dengan keadaan lebih kurang 4 tahun dahulu. Saat ayah akan selalu bangun awal dan menghantar kami sebelum sinar mentari kelihatan bersama kereta buruknya. Kereta kami waktu itu memang buruk. Sedangkan adik yang baru setahun setengah waktu itu pun beria-ria tidak mahu mengikut kami menaiki kereta. Kerana kereta itu buruk!

Dahulu sebelum turun dari kereta, wajib untuk kami mencium tangan dan pipi ayah. Dan saat pulang, wajib pula untuk kami melemparkan senyuman, untuk melempiaskan kegembiraan untuk dibawa pulang petang itu.

Tapi sekarang semuanya lain.
Aku pandu sendiri ke kelas. Dengan kereta serba baik. Ayah takkan benarkan aku pandu kereta buruk. Aku tahu, ayah takkan.
Sebelum melangkah keluar rumah, aku tidak rajin mencari tangan yang dahulunya hari-hari singgah di bibir. Sungguh aku tidak rajin. Cukup mencium tangan ibu. Dan aku lantas keluar rumah.
Saat aku pulang, sebuah senyuman itu kini aku rasa sangat berat. Bersertakan 'pertempuran' di atas jalan sepanjang perjalanan pulang, sepotong ayat dengan nada tinggi dirasakan lebih 'seronok'.

*******
Maka dalam perjalanan tadi Allah tunjukkan aku dengan seorang lelaki yang membawa anaknya menaiki motor. Si anak lengkap berpakaian tadika. Dan si ayah memakai beg berwarna merah jambu, bergambar watak kartun. Pasti beg itu kepunyaan si anak. Aku ketawa. Kelakar bagi aku.

Dan ayah cuma menjawab "Ayah dia cuma mahu anaknya selesa..."

:')

Allah, ajarkan aku cara menikmati anugerahMu ini sebaiknya.

Wednesday, March 14, 2012

Kawan-kawan!

Entah kenapa, saya sudah kurang ada 'hati' untuk menulis. Huk.

Sedangkan banyak saja benda yang mahu dikongsi.
Aaa.

Apa masalah saya ni? Ishk.

sadid sigaraga