>

Monday, December 8, 2014

Dia Wanita

Dia wanita.
Sebelum hadir seorang lelaki bernama suami untuk dicintai, Allah pernah pinjamkan kepadanya ibu dan ayah untuk disayangi dan dihormati.
Sebelum tiba lamaran untuk diterima, Allah pernah pinjamkan permintaan ibu ayah untuk ditunaikan.
Sebelum tiba debar menjadi isteri, Allah pernah pinjamkan hati ibu dan ayah untuk dipelihara. Jangan biar terjentik sedikit pun!
Sebelum hati terikat dengan cinta suami, Allah pernah mengizinkan hati ibu dan ayah melimpahkan kasih sayangnya.
Sebelum tangan suami boleh disentuh, Allah telah izinkan kita untuk mencium dua tangan ibu dan ayah.

Adik-adik, sebelum kita diberi tanggungjawab baru, Allah pernah beri kita ruang untuk bertanggungjawab tanpa tekanan. Kita tak sedar pun bila tanggungjawab untuk mencintai ibu ayah itu datang. Ia terdidik dengan sendiri. Tapi, kalau sebelum kita menggalas tanggungjawab baru pun kita masih tak mampu untuk benar-benar menghadapi tanggungjawab lama, bagaimana kiranya hayatmu akan di habiskan dengan manusia yang perlu kau cintai dalam masa suntuk?

Tuesday, April 22, 2014

Tukang jual.

Minggu lepas adik aku yang berumur 11 tahun minta dibuatkan 'tempat dagu'. Mintanya satu. Tambah dengan permintaan adik yang seorang lagi, jadi saya jahitkan 2 helai.

Esoknya adik balik sekolah, jumpa saya dan berkata, "Esok aku nak lagi 2 helai tau. 2 orang kawan aku tempah sama". Wah, hebat promosi dia ni, cuma dalam hati. Yang terzahir cuma sengih senget tanda kagum.

"Kau jual berapa kat kawan kau?", terus aku bertanya. Kerana seingat aku, aku cuma tolong buatkan untuk dia. Ya lah, kain pun baki tudung lama dahulu. Takkan dengan adik sendiri pun mahu berkira begitu sekali kan?

"RM4.50. RM4 kau punya. Aku punya 50 sen", jawab dia laju.

"PEH" cuma itu reaksi aku.

*************************************

Teringat zaman aku sekolah dahulu. Aku mula menjual dah lama. Sejak dari darjah 6 kalau tak silap. Jual apa?

Ni. Tak tahu nama apa. Belon gam? Entah..

Satu paket ada sepuluh. Harganya RM1 (oh murahnya zaman dulu!) Aku jual satu-satu. Satu 20 sen. Sekali ganda kan? Ya lah, kalau jual dalam paket, nampak mahal sangat untuk budak darjah 6. Takkan lah mereka mahu belanja RM2 dari wang saku semata untuk beli belon? 

'Bisnes' semakin maju. Pulang sahaja dari sekolah, aku akan minta Waleed untuk singgah di Pasar Mini Nas untuk menampung 'stok' esok. Aku bahagia. Tabung aku lebih cepat penuh berbanding tabung kakak aku (eh, ke kakak aku takde tabung? haha)

Tapi suatu hari, 'bisnes' aku terhenti. Kenapa?

"Eh, kenapa semua orang main belon ni?" Ustaz Huda nampak terkejut sewaktu dia tiba-tiba masuk ke kelas kami. 

"Bagi sini semua belon. Kat sekolah mana boleh bawa mainan", tegas beliau lagi. Terus belon-belon yang ada pada rakan-rakanku dirampas. Aduh!

"Ustaz, dia yang jual...", tiba-tiba aku dengar satu suara yang agak tidak puas hati bila belon mereka dirampas. Jarinya terus tertuju ke arah aku. 

"Ha, awak. Mana belon-belon semua?" 

"Dah habis.." Alhamdulillah juga, aku tak rugi hari tu. Semuanya habis dijual sebelum 'pihak berkuasa' datang serbu. Hehe. 

Tapi esoknya aku tak datang dengan tangan kosong. Aku cari lukisan kartun yang boleh diwarnai. Aku cetak banyak-banyak. Aku jual sekeping 20 sen. Hahh! Siapa suruh cikgu malas masuk kelas? Cikgu ingat kami suka duk melanguk? 

Ya, saya pun tak suka duk melanguk. Saya suka duk melanguk sambil duit masuk. Hehe. 

**************************

Maaf kalau post kali ni tak seperti kebiasaan. Cuma hari ni terimbau kisah lama. Seronok jadi kanak-kanak. Ya, dan lagi seronok jadi kanak-kanak yang tabungnya penuh. :P

*tempat dagu:
Macam yang orang belakang pakai. Untuk menutup bawah dagu. Kewajipan untuk menutupnya adalah perkara khilafiah. Keluar dari khilaf adalah sunat. Tapi siapa yang berpegang pada hukumnya adalah wajib, maka wajiblah untuk dia menutup kawasan tu ya. WA

*credit pic: ujie, facebook

sadid sigaraga