kelmarin aku singgah menunaikan kewajipan sebagai muslim di Restoran Jejantas Ayer Keroh. waktu tu waktu maghrib. memang penuh. jadi aku segerakan urusanku. ambil wudhu' dan terus solat selepas memastikan auratku ditutup sempurna. sedang elok aku habis membaca Al-Fatihah dengan tenang, kekhusyu'an ku terganggu dek bisikan wanita di belakang.
'eh, dia tak pakai telekung. tak de telekung ke?'
ya, memang aku tak pakai telekung. sebab aku kesian tengok akak-akak yang pakai baju kecik, yang lengan tiga suku, yang baju lutsinar, yang diri nampak pusat, tonggeng nampak pungkok tuu. sat lagi depa nak solat macam mana. telekung wakaf bukan banyak.
BETULKAN MINDSETperkara pertama yang anda perlu faham ialah aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. jadi, pakailah apa sahaja asalkan aurat anda ditutup dengan sempurna.
jadi, ini bukan perihal telekung siapa yang paling labuh, telekung siapa yang paling putih, telekung siapa yang paling wangi, atau telekung siapa yang paling mahal. ini persoalan adakah aurat anda ditutup ataupun tidak.
baiklah, bagi memudahkan pemahaman, anda jawab soalan ini. kalau telekung anda paling labuh, paling putih, paling wangi, paling mahal, tetapi jarang, adakah aurat anda tertutup dengan sempurna?
TIDAK. jadi sekarang, yang mana penting? anda solat pakai telekung, atau aurat yang ditutup sempurna?
lagi satu, kalau anda rasa anda solat tanpa bertelekung tu tak tutup aurat, maknanya anda keluar tu pun tak tutup aurat lah. cuba fikir kembali..
p/s: ini juga boleh dijadikan checklist sebelum anda keluar rumah. kalau rasa2 pakaian tu sesuai dibawa solat, maknanya anda sudah menutup aurat dengan sempurna, insyaAllah.
p/s2: isu kebersihan pakaian juga perlu diambil kira. jadi, sparekan satu stoking untuk anda bersolat, kot2 lah ada yang terpijak najis.. keh3.
WA..