Semester ni aku daftar satu subjek Pengucapan Awam. Kelasnya cuma seminggu sekali, tiap malam rabu, jam 8-11 malam. Kebanyakan pelajar di dalam kelas akan berpakaian lebih santai, berseluar slack, seluar track, t-shirt, atau baby tee, disarung sweater sendat. Dan tiap-tiap minggu juga aku cuma berpakaian 'begitu'. Semoga anda faham maksudnya.
Tiba-tiba minggu lepas ada rakan baru menyapa.
"Bila mula berubah?"
Aku rasa dia sudah mula perasan. Setiap minggu aku cuma berpakaian 'begitu' sahaja.
"Awal semester lepas. Harap-harapnya dapat istiqamah"
"Saya dulu pun dah berubah. Hampir-hampir mahu berpurdah. Tapi tak kuat. Banyak perkara yang terasa berat. Saya masih sayang benda-benda tu. Saya masih mahu berpantun, berdebat, dan benda-benda tu akan hadkan batasan saya." Jawapan dia mengejutkan aku sebanarnya.
Cuma perbualan yang berlangsung di dalam kelas tu tak dapat berjalan dengan baik. Terpaksa berhenti saat pensyarah memandang, takut jadi popular tiba-tiba.
Dan hingga ke akhir kelas, rupa-rupanya itulah penamat perbualan kami. Kelas di larut malam takkan merelakan kami berbual panjang. Pantang pensyarah menyatakan 'class dismiss', semuanya berebut mencapai tombol. Ishk.
Aku mahu cakap padanya, betapa pentingnya meletakkan batas. Betapa batas dalam diri lah yang terbaik. Betapa kalau diri sendiri pun kita tak mampu ubah, jangan harap dunia bakal berubah. Please kawan.... :'(
Slot Online Dengan RTP Tertinggi
5 days ago