>

Friday, December 23, 2011

Biasa biasa.

"The image formed in our eyes are real and inverted" -Science, Standard 6.

Selama lebih 6 tahun aku simpan persoalan tu. The image was inverted!
Sampai aku berkenalan dengan Encik Google. Dan dari apa yang aku baca, aku simpulkan:

-Semua yang kita nampak adalah hasil dari 'kebiasaan'. Para saintis percaya, di awal kelahiran manusia, setiap imej yang kelihatan adalah terbalik. Hingga satu saat kematangan organ mata, dan otak telah 'terbiasa' untuk memusingkan imej yang terhasil.

-An experiment was conducted. 'Bahan eksperimen' dipakaikan sepasang kanta yang meterbalikkan menebalikkan imej pada mata selama 7 hari. Pada hari ke-8, kanta tersebut dibuka. Dan?

Imej yang dilihat masih terbalik!

Kenapa? Sebab otak sudah biasa dengan imej yang terbalik tu. Dan beberapa hari kemudian, setelah 'bahan eksperimen' terpaksa pening lalat barulah imej tersebut kembali ke situasi asalnya.

***********

"Sebuah kebiasaan cuma dapat diubah dengan kebiasaan"

Sebabtu lah,

"Daripada A'isyah RadhiAllahu'anha, Nabi SAW bersabda: Wahai manusia, lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit." [HR Bukhari dan Muslim]"

Mu ingat mudah ke nak biasakan? Patutlah. Patutlah. Allah. Allah.

Biasakan sedekah untuk buang kebiasaan pandang hina kat orang.
Biasakan p masjid untuk buang kebiasaan bizi dengan dunia.
Biasakan study untuk buang kebiasaan buang masa. ERK!

Final exam insyaAllah mula 4 Januari 2012. Doakan ya kawan-kawan! :D

Tuesday, December 20, 2011

Oh Bulan

Hari itu bulan indah. Lebih indah berbanding hari lainnya.
Kata orang di pasar malam, bulan seakan memakai cincin.
Tapi kata orang di dalam kelas PHY3104, itu sekadar efek perubahan halaju cahaya dalam medium vakum.

Tidak kira apa pun, Habib tetap memuji bulan, setelah lama terpisah meninggalkan sahabatnya, Nordin.
Katanya, bulan sangat istimewa.
Saat manusia sesat di tengah malam, bulan tega menyuluh jalan.
Bahkan, saat manusia sedang kerinduan, bulan tetap menjadi tatapan.

Tapi hari itu Nordin menghantar gambarnya, dari bulan sana.

Habib kecewa.
Bulan yang disangka indah dipagari bintang berbagai warna tidak seindah gambaran pada hatinya.
Bulan ternyata berkawah, dan berlopak.

Saat kekurangan pada bulan kelihatan, saat itu juga bulan terpadam dari hati Habib.

Persoalannya, apakah cukup dengan satu kekurangan untuk kita terus menyalahkan?

p/s: Pinjam kisah Nordin dari belog ini. Tapi tak ada kena mengena pun. (Tak kena bayar royalti kan?)

Friday, December 16, 2011

Cukup.

Hari tu aku exam Fizik II. Lecturer dah bagitaw awal-awal nak guna sistem open book. Bukan setakat tu je. Siap dah cakap, soalan semua dari tutorial. PEH! Aku balik rumah, google jawapan semua tutorial. Sebelum exam, aku dah senyum. Sebab jawapan untuk odd question semua dalam tangan. Cuma soalan even question aku tak jumpa. Hah!

***********

Sampai ke saat yang terakhir, masih ada kelompongan pada kertas soalan. Lebih dua soalan aku tinggalkan. Dan yang dijawab tu pun semua tak tepat, aku tahu.

Waktu keluar dewan, aku hampir mahu menangis.

***********

Hari lain, walaupun aku kurang belajar, tapi aku masih boleh mendapat markah yang paling tinggi, atau paling kurang yang kedua tertinggi.

Untuk subjek Fizik II ini, aku terfikir, apakah aku memang tidak ditakdirkan untuk serasi dengannya atau apa?

Tapi aku dah tahu jawapan.

Semua tu sebab aku kurang yakin padaNya. Terlalu yakin pada pakcik Google, dan soalan bocor.

Akhirnya?

Fikirlah, banyak mana lagi kita nak letak kepercayaan pada hamba? Haih. Cukuplah sekali. Cukuplah.

Friday, December 9, 2011

Pilihan

"Cara paling mudah untuk buat keputusan adalah dengan tidak mencipta pilihan"

Faham tak?

"Aku nak makan Dabel Cis Beger ke nak Mek Ciken?"

atau

"Aku nak makan kat rumah je. Noktah."

Mana mudah? Haha.

Nak yang mudah pun kena susah dulu.

*Erk. Apasal semua ayat aku macam pusing-pusing je? Hah. Harap kalian faham bila dah memalam camni. Ishk. >.<

Macam mana untuk tidak mencipta pilihan?

Tetapkan satu pendirian. Tu je.

Dah, takkan semua nak kena bagitahu? Cuba fikir sendiri. Keh3.

*Anda-anda semua memang tak rasa curiga eh? Sebelum ni post kahwin. Sekarang post pilihan. Memang tak ada bau eh?


SENGIH.

Monday, December 5, 2011

Kahwin

'Aliyyah dan 'Ali belum pernah berjumpa. Bahkan dalam perkenalan pun meletakkan facebook sebagai orang tengah. Spesifiknya, di ruang soal jawab agama yang ditubuhkan oleh orang-orang tertentu.

Tiba-tiba 'Ali merisik, apakah 'Aliyyah sudah berpunya.

"Kalau betul-betul, datang rumah, jumpa mak ayah, bincang betul-betul"

Cuma itu jawapan 'Aliyyah.
'Aliyyah beranggapan itu cuma sebuah gurauan oleh sahabat alam maya.
Maklumlah, berjumpa pun tidak pernah.

Tiba-tiba riskan dari 'Ali benar-benar tiba dirumahnya.
Majlis serba ringkas, tiada ayam golek mahupun kambing panggang. Apatah lagi keluarga berpakaian sedondon.
Bapa 'Aliyyah berbincang dengan orang utama, iaitu 'Ali.

Waktu ini 'Ali nampak sangat macho.

Alhamdulillah, dengan ibu bapa yang cukup faham akan kehendak agama dan peraturan Allah, mereka meluluskan ujian secara lisan tadi. Maka risikan dan pertunangan dijalankan dalam satu majlis.

Selang dua bulan, majlis perkahwinan berlangsung.
Saat akad nikah, semuanya berjalan seperti biasa. Cuma tiada aksi cium dahi bagai tu.
'Ali memang sudah cakap awal-awal. Dia tidak mahu isterinya nanti jadi sangat murah. Baru dia tak rasa rugi bayar mahal-mahal nak dapat kahwin gini.


Hantarannya? 'Ali menghadiahkan sepasang niqab untuk 'Aliyyah pakai waktu majlis menyambut pengantin nanti. Dan lain-lain manisan untuk orang-orang 'belakang tabir' nikmati selepas selesai majlis nanti.

Dalam majlis tu, 'Ali dah pesan awal-awal.
"Jangan keluar. Orang ramai tu"

Dan bila ada sahabat yang mahu bergambar, 'Ali kata
"Rendahkan pandangan. Jangan pandang kamera"

--------------------------------------------------------------------------------
1. Yang lelaki muda setahun dari aku. Yang perempuan dua tahun muda dari aku. Jeles betul. >.<

2. Macam ni lah baru lelaki yang betul-betul kool. Lepas sahaja akad nikah, memang dosa perempuan sampai kat suami. Dah tu, masih nak suruh bini pakai baju jarang-jarang? Yelah. Takkan nak tunjuk kat member bini yang cuma nampak mata ye dak?

3. Yang perempuan ni dah ikut laki dia pergi Mesir, sambung belajar. Haa. Dahtu, yang korang yang dah kerja pun bebel-bebel taknak kawin sebab duit tak cukup tu apasal? Budak tengah study pun kool boleh siap bawak bini pi sambung stadi.

4. Ni kisah benar. Cuma bab hantaran niqab tu aku tambah. Haha. *kuat betul berangan*

5. Doakan mereka. DAN AKU JUGAK! :')











Serius JELES!

Thursday, December 1, 2011

Hujan dan air mata

1. Mesin basuh rosak. Baju bertimbun kena cuci dan perah guna tangan, dalam musim hujan begini. 

2. Malam tadi tidur dengan air mata sebab...... Tapi cuba untuk tak lagi buat macam tu sebab tak elok tidur dalam keadaan emosi terganggu. Syaitan mudah masuk dalam hati. :(

3. Driving meredah hujan lebat dalam keadaan kereta banyak bersama kereta manual sangat best. Serious! Oh. Lagipun bila bawak kereta manual sangat terasa macam dalam fast and furious. Hak hak hak.

4. Di langit, guruh masih berdentuman, menyambut ketibaan penghulu segala hari. 

"Abu Musa Al-Ash'ari (May Allah be pleased with him) reported: The Messenger of Allah (peace be upon him) said, 1. The believer who recites the Quran is like a citron whose fragrance is sweet and whose taste is delicious. 2. A believer who does not recite the Quran is like a date- fruit which has no fragrance but has a sweet taste.3. The hypocrite who recites the Quran is like a colocynth who fragrance is so sweet, but its taste is bitter.4. The hypocrite whi does not recite the Quran is like basil which has no fragrance and its taste is bitter. (Bukhari & Muslim)


Yang mana satu kita?

Wednesday, November 23, 2011

One step ahead.

Meninggalkan masa lampau untuk masa depan.
.
.
.
.
.
.
.
Dan pernah tak fikirkan apa garisan antara dua jarak masa tu?

HARI INI.

Ni kunun-kunun nak bagi hadiah dekat orang US. Winter dah dekat lah katakan. Tapi nampaknya Allah tak bagi sampai lagi kat dia. Ai pakai dulu eh kak eh. Hik3.

Thursday, November 10, 2011

Bila Kita Terlalu Lalai

Hari itu, hubungan mereka teruji. Dia pula adalah antara manusia yang rajin berkongsi perasaan di laman maya.

Dan esoknya, dia masih melayan cintanya kepada manusia lain, bernama lelaki.

Tanpa dia sedar, bahawa Tuhannya sedang mengatur sesuatu yang lebih utama, seperti yang dijanjikan. Maka bermula saat itu, tidak sampai sebulan dari tarikh itu.

Dan segalanya berada dalam ketentuannya. Tanpa kita ketahui...

Dan kemudian...

Waktu itu, penting lagi kah lelaki yang bermain perasaan dengannya?
Waktu itu, sanggup lagikah dia berfikir tentang cintanya terhadap manusia?

Dan tiba-tiba..

Saat ini dia telah tiada. Tapi apa yang lebih membuatkan aku sebak...



*********************
Rentetan ini menginsafkan aku. Betapa kita terlalu leka dalam mengejar duniawi, melakar perasaan pada hati seorang insan, bergembira atas kelalaian, dan betapa sikit pula ingatan kita untuk fasa yang mendatang.

Cuba imbas ke masa sebulan lepas, atau seminggu lepas, atau cukup semalam. Berapa banyak masa yang kita habiskan untuk duniawi? Dan berapa banyak pula masa yang kita habiskan untuk ukhrawi? Dan solan yang lebih penting, apakah kita sedia untuk perkara yang tidak kita jangka ini?

"Kalau kamu tanya semua mayat-mayat dalam kubur tu, mesti mereka pun cakap mereka tak tahu pun yang mereka akan mati saat itu"

Al-fatihah buat awrah. Semoga diringankan siksaanya, dan semoga kita mengambil iktibar. 

Tuesday, November 8, 2011

Soal hati

"Kenapa hitam?"

Seorang teman pernah bertanya. 

It was a drastic change I have made. Alhamdulillah, Allah tetapkan hati untuk istiqamah. 

Dalam hidup ni, kadang-kadang persoalan tak membuahkan jawapan. Cuba laluinya, then we will understand. 

"Saya pakai tudung labuh bidang 60", tutup aurat juga"

It's not about the hijab. It's about the feeling. 

In that uniform, kita rasa malu untuk angkat muka bila selisih dengan lelaki. 
In that uniform, kita rasa segan untuk bersuara lantang.
In that uniform, kita rasa tak selesa bila bergaul dengan lelaki.

Susah nak cakap. 

"Isteri aku tak secantik teman wanitaku yang lama. Tapi akhlaknya jauh berbeza. Dari hari ke hari, di mata aku dia semakin cantik. Entah apa yang Allah ubah. Wajahnya atau hati ini..."

Bila hati dah kata suka. :D


Sunday, November 6, 2011

Mali Kongsi.

*Ting*

Satu mesej baru diterima.

"Salam. Awak sihat? Tengah buat apa tu?"

Bibah senyum. Mesej dari Habib. Satu tu pun boleh membuat hati Bibah berbunga.

"Wassalam. Alhamdulillah, Allah bagi rezeki. Baru habis mengaji. Duduk- duduk tunggu Isya'"

"Alhamdulillah. Untunglah siapa dapat makwe ni. Heheh."

"Mengada. Hee"

Keadaan itu diteruskan. Hingga hati Bibah dan Habib masing-masing terputik cinta BUKAN MAHRAMNYA.

Betapa manusia zaman kini tertipu dengan teknologi.

"Ai tak berdua-duaan. Mesej je punn..."

"We all sembang pasal hafalan masing-masing. Dan diskusi masa depan anak- anak saja...."

"Dia bakal suami. Takkan tak boleh. Bukannya COUPLE pun..."

Cuma jawab soalan ini.
Saat anda berborak begitu, timbul atau tidak bayangan dia?
Saat anda berborak begitu, sudahkah dia halal untuk anda?
Saat anda berborak begitu, ada atau tidak makhluk ketiga? Check dulu makhluk tu manusia ke Encik Syai.

Dalam satu dimensi pula, aku sedar bahawa fasa menuju perkahwinan tu tak mudah. Saat tu, anda mahu kenali dia, tapi dalam pada masa yang sama, ada batasan bahawa dia tetap haram untuk menghuni hati.

Dan FITNAH TU BANYAK CABANGNYA.

Post untuk diri sendiri, dan untuk dikongsi, insyaAllah.

Tuesday, November 1, 2011

Buah Hati

Nabi Musa a.s. btny kpd Allah:
"Ya Allah, Engkau adalah Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Engkau ciptakan manusia dgn kuasaMu. Kemudian Engkau lindungi mereka sehingga tumbuh membesar. Engkau kurniakan kepada mereka rezeki berupa makanan, minuman, buah-buahan dan sebagainya. Tetapi mengapakah kemudian Engkau memasukkan mereka yang berdosa ke dalam neraka?"

Allah SWT tidak menjawab soalan itu, sebaliknya mengutus Jibril untuk memberi sekarung biji gandum kepada Nabi Musa a.s. Allah SWT memerintahkan Nabi Isa a.s. utk menanam biji-biji gandum itu.

Kemudian Nabi Musa a.s. menanam gandum itu dan menyirami serta membajainya setiap hari. Nabi Musa a.s. juga menjaga tanaman gandum itu drpd serangan haiwan perosak.

Selepas beberapa bulan, tanaman gandum itu siap utk dituai. Maka Nabi Musa a.s. diperintahkan oleh Allah SWT utk menuai gandum itu. Semasa menuai, sebahagian drpd gandum-gandum itu ada yang busuk dan tidak menjadi. Nabi Musa a.s. memisahkannya daripada yg baik dan kemudian membakar gandum yg busuk dan tidak menjadi itu.

Pada ketika itu Allah SWT berfirman kpdnya: "Hai Musa, mengapa engkau membakar gandum-gandum itu?"

"Ya Allah, yang ini busuk dan tidak menjadi. Gandum ini tidak berguna lagi maka lebih baik hamba bakar sahaja"

"Aku telah menempatkan mereka di sebuah tempat bernama bumi. Tempat itu cukup bagus utk kehidupan mereka. Telah Aku bekalkan di bumi itu dgn makanan, minuman dan pelbagai kesenangan utk mereka. Kemudian Aku berfirman kpd mereka agar menyembahKu dan mentaati perintahKu. Tetapi pada akhirnya, sebahagian dari mereka ada yang mematuhi perintahKu dan ramai pula yang derhaka kepadaKu. Bagi mereka yang taat kpd perintahKu, maka Aku kembalikan mereka ke dlm syurga. Manakala yang ingkar dan derhaka, sesungguhnya api neraka ialah tempat yang paling sesuai utk mereka."

-kitab Mukasyafatul Qulub karya Imam Al-Ghazali-(Ajarkan Buah Hati Mencintai Nabi)

p/s: Doakan sekali untuk manusia yang bakal melangkah ke usia 20 hari Khamis ni. Semoga dia tidak jadi gandum yang terbuang. :(

Monday, October 31, 2011

Bibah semakin berkeyakinan.

Malam sebelumnya.

Kepala Bibah semakin berdenyut-denyut. Mungkin kerana penyakit resdungnya semakin teruk. Doktor pernah pesan dahulu, disebabkan ada blockage pada ruang sinus, sakit kepala boleh berlaku. Dia cuma berdoa, kerana dia tahu bahawa doktor pun sebenarnya tidak tahu bagaimana sakitnya, CUMA ALLAH YANG TAHU.

Pagi.

Bibah ada ujian subjek MTH3200 hari ini. Bibah diam sahaja, kerana dia tahu malam tadi dia tidak sempat menyentuh semua nota kuliah. Bibah menyeluk begnya, mencari kotak pensel. ALLAH. Tak bawa!
"Mad, pinjam pen. Ada pensel lebih tak?"
"Nah. Aku ada satu je pensel."
"Takpelah. Pen pun boleh lah."
Bibah membawa pen yang sebatang itu ke tempatnya.
"Kalkulator! Macam mana aku nak kira variance, standard deviation, coefficient of variance semua tanpa kalkulator?"
"Cuba kau tanya budak-budak kelas lain yang tak ada exam. Pinjamlah sekejap."

Kelas kuliah di sebelah diintai Bibah. Kosong. Apa nak buat?
Dia pejam mata. Dia tahu ALLAH FAHAM.

"Dengan nama Mu, ya Allah..."

Mata Bibah terlihat seorang wanita yang sedang menaip di meja rehat di ruang legar Fakulti Sains.

"Kak, ada kalkulator tak?"
"Ada."
"Alhamdulillah.."

Petang.

Bibah memandu pulang ke rumah. Kebiasaannya dia tidak pulang ke rumah hingga selesai kelas jam 10 malam nanti. Tapi hari ini dia bercadang mahu berbuka di rumah. Selepas Maghrib nanti, dia akan bergegas ke kampus semula.

Tiba di simpang tiga, Bibah menekan brek. Setelah dipastikan tiada kereta yang hampir, Bibah menekan pedal minyak.

"Pummmmmmm!"

Allah. Bersepai cermin tingkap kirinya. Tapi kali ini dia semakin yakin di sisinya ALLAH TETAP ADA.

Sekarang Bibah sudah mampu tersenyum. Allah dah bantu permudahkan setiap hal.

Saturday, October 29, 2011

Tagged by Kak SARku~

Salam.

Disebabkan Kak Sar ada bagi soalan paksa rela, maka saya cuba jawab. Ehe. *Kalerful tak belog dia? Heheh.

1. Kenapa kamu berblogging?

Err. Sebab saya banyak cakap. Saya menulis dengan harapan si tangan dapat buat sebahagian kerja si mulut. :D

2. Kenapa ada diskriminasi dalam semua hal?

Diskriminasi macam mana untuk hal yang macam mana? *Jangan cakap diskriminasi wanita. Ai tak suka topik tu. :P

3. Cara terbaik nak cari jodoh selain solat istikharah? ~ahah

Haha. Gelak jugak. Emm. Solat hajat? Haha.
Cara terbaik nak mencari ialah tak perlu cari. Nanti Allah bagi. :D

4. Nama kamu paling suweet nak panggil :)

Hak hak hak. Panggil nama penuh. Taw tak nama penuh? :)))

5. Selain saya, Allah, parent, jiran, saudara sepupu sepapat, siapakah yang kamu sayang :P

Diri sendiri, dan kekasih Dia obviously. Haha. Terkena tak? *Siapa suruh tak tulis. Haha.

6. Pendapat cik/encik/puan mengenai blog saya dan saya :D

Rajinnya dia tukar-tukar kaler nak highlight something dalam belog. :D
Senior seUPM yang tak pernah jumpa yang suka bebel even dalam komputer. Haha. :)
Sayang kamu!

Tuesday, October 25, 2011

:D

Deepavali, 1991.

Kunci motornya dicapai. Cuma itu kenderaan yang mereka ada. Tak mungkin isterinya mahu diangkut menaiki motor buruk ini. Otaknya segera melukis peta ke Hospital Kulim. Dia perlu cepat.

Dia kecewa buat kali ini. Ya Allah. Bidan di hospital semuanya bercuti! Terpaksa digegarkan bahagian kecemasan. Akhirnya dia berjaya pulang bersama ambulan dan unit kecemasan.

Di rumah, bidan kampung sudah tiba. Unit kecemasan segera membantu. Dalam hatinya tetap berdoa semoga semuanya baik-baik.


Deepavali, 2011.

Dia masih berdoa semoga semuanya baik-baik. Tapi kini mungkin hatinya lebih tenang.

Saturday, October 15, 2011

Belajar di atas Jalan

Sudah lebih dua minggu rupanya. Bibah perlahan-lahan belajar menahan nafsu pada kakinya agar tidak melebihi kelajuan 100 kilometer sejam. Tapi terkadang, dia kecundang juga. Dia terimbau peristiwa tempoh hari.

Kelas Bibah Comel baru tamat jam 10 pagi tadi. Dan petangnya, kelas dibatalkan. Dia bercadang mahu kool-kool sahaja di jalan raya, memandangkan tiada apa yang perlu dikejar.

Jalan raya lengang pagi itu. Bibah beranggapan bahawa mungkin kerana semua warga kota sudah sibuk di pejabat bersama fail bertimbun. Padan muka. Bibah memandu di lorong tengah. Lebih luas cushion space.

Pap. Hati Bibah tersentap.
"Apahal pulah main cucuk-cucuk ni. Nak motong pegi sebelah lah brader. Lu ingat ni jalan bapak gua ke nak kena minta izin bagai? Haha. "

Sengaja kaki Bibah mengacah. Brek ditekan sedikit. Barulah kereta di belakang sedikit menjauh dan terus masuk ke lorong paling kanan.

Bibah tersenyum. Otaknya menyusun sesuatu.

Kereta cucuk tadi semakin laju untuk memotong Bibah. Bibah pula sengaja menambah lagi kelajuan. Tak mahu dipotong begitu mudah. Jarum di speedometer menunjukkan ke nombor 120. Saat Bibah memandang speedometer juga, matanya terlihat meter minyak. Setakuk minyaknya turun.

Pantas pedal minyak dilepaskan. Grr.

"Menekan pedal minyak ibarat membakar duit"

Haha!

Friday, October 14, 2011

Bila Allah Ajar Erti Kecewa

Dia mahu kita tetap percaya padaNya.

Sunday, October 9, 2011

Macam mana nak jadi baik?

Tajuk di atas memang sebuah soalan. Dan aku perlukan jawapan.

Situasi masa kini, di kampus-kampus para pensyarah sibuk mahu mengaplikasi Student Centered Learning (SCL) yang mana kebanyakan dari pelajar akan dibahagi dalam kumpulan untuk present topic given. Siap bersyarat lagi.

"Saya tak mahu kumpulan tu semuanya perempuan atau semuanya lelaki. Mesti campur. Ada Melayu, ada Cina. ada India."

Dan bila ada aktiviti ko-kurikulum, sibuk juga para fasilitator mahukan tepuk sorak dan lain-lain dari para peserta.

Jadi, macam mana aku nak aplikasikan "wanita yang baik tidak memandang dan tidak dipandang"? Dan macam mana malu boleh mengangkat martabat wanita kalau semua orang nak cakap

"Come on lah. Sporting lah sikit."

Aaaa. Tahu apa dalam kepala sekarang?
Berhenti belajar.

Thursday, October 6, 2011

Matematik

Ilmu tiada hadnya.

Prof Madya Dr Ghafurjan
"In Mathematics too. Tell me the first number. Zero? Minus one? It's infinity. And we don't even know the value. Only Allah knows.
Mathematicians seems to know everything, making equations and formula. But they don't actually know the real answer. They are just assuming."

"Mathematics is the only place where I found people buys 60 watermelons"-Anon. :)

Monday, October 3, 2011

ikhwan

Barisan hadapan.
Di situ memang tempatnya setiap kali kuliah PHY 3104.
Lengkap berkopiah setiap hari.

Di mana dia pergi, pasti akan ada hati yang hinggap.
Atau paling kurang, lirikan mata tanpa henti.

Buktinya, kini Adi menyulam perasaan sendiri.
Demi seorang insan, Super Junior ditolak ke tepi.
Katanya, "Siapa tak mahu orang macam tu."

p/s: Bukan mudah nak istiqamah berkopiah dalam setiap pekerjaan. Melihatkan dia, aku tabik.
p/s2: Akhir zaman gini, jejaka macam ni memang cepat laku. Jadi? Haha.
p/s3: Kepada Adi, semoga berjaya dalam persaingan dengan beratus-ratus classmate dan beribu-ribu colleague, termasuk aku.

EH! "Perempuan yang baik tak dipandang dan tak memandang."
Takpelah Mad, kau menang. :(

Saturday, October 1, 2011

Tepat!

1998

"Eh! Mana boleh duduk sini. Batal air sembahyang nanti."
Seorang kanak-kanak perempuan di awal persekolahan kelihatan memarahi seorang budak lelaki. Sambil di dahinya berbaris kerutan, petanda dia sangat marah.

2011

"Sini ada orang? Boleh duduk tak?"
Si cantik ayu bertutur manis. Lagaknya seperti memang tiada tempat kosong lagi di dewan kuliah itu hinggakan sebelah encik kacak budiman menjadi tumpuan.

Sangat berbezakan zaman kanak-kanak tanpa nafsu dengan usia dewasa yang sepatutnya mematangkan fikiran?

Tapi...

"Maaf. Sekarang memang tak ada orang. Tapi kalau awak duduk sini, nanti pasti akan ada yang duduk sama. Syaitan"

Tepat.

Thursday, September 22, 2011

kool brader kool

Tadi aku terbaca ni:

Tabik lah manusia-manusia yang mampu menanam perasaan menyampah macamni. Belajar bahasa arab dan tak suka bahasa arab? Yang guna 'you', 'I' ,'weols', 'uolls', segala tu high standard lah kan? Walaupun tak pernah dapat A Bahasa Inggeris. Ceh!

Sudahlah! Hang ingat mati nanti guna bahasa apa? Ceit! Aaaa. Kenapa dunia macamni? 

Monday, September 19, 2011

Bibah

Bibah memandu pulang seusai berjaya mendapatkan pelekat kenderaan dari bahagian keselamatan.

Pemanduannya tidak laju tetapi cekap. Cukup cekap.

Paling pantang baginya kalau ada kereta yang 'lemau' di jalan raya. Contohnya, mereka yang berada di lorong memotong, tapi dengan kelajuan yang cuma 40 km sejam. Dia berdoa semoga manusia begitu bernafsu sedikit ketika memandu. 

Bibah saat ini sedang berada di lorong memotong. Triton di belakang sibuk mencucuk kereta Comel si Bibah. Bibah geram. Di hadapannya berderet lagi kenderaan dek terdapat kenderaan 'lemau' di hadapan sana. 

Dia bertindak pantas ke lorong tengah. Dan terus ke lorong perlahan. Dia situ, tiada langsung kenderaan menghalang. Sebaik melepasi Kenderaan 'lemau' tadi, dia masuk semula ke lorong memotong dan memandu pulang dengan senyuman.

PAP. Polis trafik yang mengadakan speed trap turut tersenyum. 

Saat ini fikiran Bibah kusut. RM300 perlu dicari untuk membayar saman. HAIH!

Sunday, September 18, 2011

Mereka

Setiap kenangan cuma akan kekal sebagai kenangan.
Yang kita ada cuma masa depan untuk mencorak lagi kenangan untuk disimpan.


Kepada ex-roomates, aku sangat rindu kalian.


Saat kita tension belajar bersama.
Saat kita makan maggi bersama.
Saat kita sepahkan bilik bersama.


:'(
Air hujan yang dahulu tak mungkin sama lagi hari ini.


Bertemu dan berpisah kerana Allah.
Semoga kita dapat bersama lagi. :'(





Penghuni hati.
<3 <3 <3

Monday, September 12, 2011

Semester baru. Kekasih baru.

Penatnya hari ni. Kelas direct dari pukul 8 pagi sampai 10 malam. Semoga Allah kuatkan aku. Hee. :D


Maka hari ini kelihatanlah pelajar- pelajar yang jalan berpandukan peta di tangan.
Dan hari ini sahaja, dua kumpulan pelajar sudah menyerang aku, untuk bertanya jalan. 


Yang lebih seronok, melihat wajah- wajah baru yang innocent. 
Semuanya berbaju kurung dan bertali leher. 
"Eh, harini semua orang ada presentation ke?"
Tak lama mereka boleh tahan tu. Tunggu ada bazaar nanti, confirm semua dah rupa lain. Haih.


Dan harini juga, sempat aku berbisik pada coursemates,
"Semoga kalian tak muak tengok aku jadi Woman In Black sepanjang semester"


Semoga istiqamah. Doakan. :D

Thursday, September 8, 2011

Phir Milenge Chalte Chalte.

Rindu saat pertengahan Ramadhan lalu.
Saat meja makan tak muat.
Saat sejadah tak cukup.
Saat rumah menjadi sangat bising sampai tak tahu nak dengar yang mana.
Saat bila tiba malam, semua berebut bantal dan tilam.
:)

Kakak nak balik Kuantan.
Saadah dah balik Banting.
Thoyyib nak balik Dungun.
Husna dah balik Rembau.
Tasnim dah balik Gemencheh.

Last-last tinggal lima orang saja di rumah.
Waleed pun dah nak ke Singapura pula. :(

Perancangan Allah.
We will never know what next. :D
Hmm.

"hum hai rahi pyar ke, phir milenge chalte chalte"

:))))

Monday, September 5, 2011

post khas

Seminggu dari sekarang, pelajar-pelajar Tahun 6 akan menduduki peperiksaan UPSR.

Sebagai cikgu yang baik, aku nak mohon sumbangan doa' dari kalian buat mereka.

Hee. :D

Teringat lagi saat-saat bebelan seorang guru,
"Kalau nak main-main, tak payah datang. Duduk kat rumah p tengok tivi. Sekurang-kurangnya awak tak kacau orang"

Erk. Agak kasar rupanya. Harap mereka tak ambil hati. :(

Aku nampak harapan dan usaha pada mereka. Cuma waktu itu, belum tiba masanya untuk mereka merasa nikmat sebuah kejayaan. 

Akak tahu kamu boleh adik-adik! Ishk. Tacing lah pula.


Sebahagian dari mereka. Tamat separuh masa pertama, turun p mengaji. :)
Semoga jadi anak yang soleh dan solehah. :))


Semoga kita dapat berkumpul di masjid tu lagi nanti. Tapi bukan untuk dimarahi lagi. InsyaAllah, untuk dirai. :)

*Semoga Allah permudahkan kamu memahami ilmuNya dan menjawab di dewan nanti. Semoga kamu mendapat ganjaran setimpal dengan usaha kamu. Semoga setiap ujian yang kamu tempuh ini akan menguatkan hati dan iman. Semoga... Semoga.. Semoga.. :')

Saturday, September 3, 2011

teori

Dulu aku ada satu teori.

"Seorang lelaki selalu mahu isteri seperti ibunya. Dan seorang wanita selalu mahu suami seperti ayahnya"

Tahu kenapa?
Sebab lelaki yang paling dekat dengan seorang wanita adalah ayahnya. Dan wanita yang paling dekat dengan seorang lelaki adalah ibunya.

Tapi sekarang aku rasa aku perlu ubah teori tu.

Macam yang aku cakap dulu, dalam post ni.

Itu kisah ibu bapa yang wariskan iman.

Tapi, bak kata pepatung:
"Kita ni, anak-anak tak boleh ajar mak ayah. Tunjuk dengan akhlak. Baru mereka nampak."

Jadi, kata pepatung tu dah mematikan teori aku.

Kerja mewariskan iman tu hanya di tangan mak ayah. Anak-anak tak boleh ajar mak ayah.

Mak ayah yang kurang memuaskan hati tak bermaksud anaknya pun tak memuaskan hati kan?

p/s: Misi pencarian menjadi semakin sukar.

KAH KAH KAH.



Monday, August 29, 2011

rerasa reraya

dah setahun rupanya.
dari hari aku menemankan Ummi beraya di hospital.

Sejujurnya, tak best beraya di hospital.
Kecuali part Sultan dan Sultanah melawat dan beri duit raya.
Bayangkan, waktu tu lima orang masih berada di wad.
Setiap seorang dia bagi RM50.
Dan aku adalah banker.
WOW

Harapnya dengan tahun ni makin ramai member yang dah berkerjaya dan berkahwin, bolehlah aku tambah duit tabungan untuk kawin awal.
WOW tak idea tu?
Minta duit kat orang yang menabung nak kawin untuk tabungan kawin aku pulak.
Kah3.

Salam Syawal,
Taqabbalallahu minna wa minkum.

Akhir kata,
Teruskan amalan,
Tingkatkan iman.

dan WOW.

Sunday, August 28, 2011

tahlil

Dah jadi tradisi orang sekarang pepagi raya menziarahi kubur.
Waktu tu berjurai-jurai air mata dilabur, mungkin dengan harapan agar seksaan ahli kubur tu dapat dikurangkan. 


TAPI



Abu Hurairah ra menyatakan: “Telah bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan“.
(Hadith riwayat Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan Baihaqi)

Jadi, saat Syawal tiba nanti ahli kubur akan kembali diseksa. 

Kata Ustaz, 
"Jangan dok ikut-ikut orang. Kena betulkan semua tu. Rasulullah dulu takdak pi ziarah kubur pagi raya. Dari menziarah kubur pagi raya, lebih baik pergi selepas Asar hari sebelum raya. Pasal Maghrib nanti dah masuk Syawal, ahli kubur akan kembali diseksa. Doa'lah sebelum jatuhnya hukuman. Dah dihukum, tak dan nak buat apa lagi dah. Semoga hukuman mereka diringankan"

Dan semoga juga kehidupan kita di alam barzakh nanti dipermudah. :')

Thursday, August 25, 2011

merai kemenangan

Hari itu kita berniat mahu mengubah diri dari alam maksiat. Kita tetapkan mahu mengekang nafsu selama sebulan. Dan harapnya agar berkekalan setelah tamat 'tempoh latihan'.


Alhamdulillah. Kita berjaya mengekang nafsu hingga ke akhir bulan. Dan tiba saat untuk kita meraikan kejayaan. Apa mungkin kita meraikan usaha menjauhi maksiat dengan berbuat maksiat?


TAK.


Macam tu jugak Syawal nanti.


Sebulan dah pakai telekung-tutup-habis tiap-tiap malam, takkan sampai je Syawal nak raikan dengan adegan mendedah aurat dengan baju 'see-it-through'?


Sebulan dah makan sikit-sikit tiap-tiap hari, takkan sampai je Syawal nak bantai makan sampai tersandar?


Sebulan dah baca Quran tiap-tiap kali lepas solat, takkan sampai je Syawal taknak buka langsung dah?


Sebulan dah bangun malam tetiap malam, takkan sampai je Syawal Subuh pun terlajak?


Kalau betul macam tu, aku harap Syawal tak datang dan Ramadhan tak pergi. Aku harap.

Tuesday, August 23, 2011

hipokrit

Kelmarin Sultan datang melawat Masjid Taman Cheras Jaya, tak jauh pun dari rumah.


Beberapa hari sebelum tu, lampu-lampu jalan dibetulkan, jalan dicat, bendera selangor dipasang sepanjang jalan, kipas di masjid ditambah, lampu dibuka semua hingga Mak Cik Tidur pun takut nak tutup.


Aku kata: Memang cukai negara ni SULTAN YANG BAYAR UNTUK RAKYAT. Sebab tu bila dia datang baru jalan ada lampu. Kan?


Kelmarin juga Pak Cik Serabai mula berbaju melayu, siap bersamping. *Hari raya kah?*.
Dibarisan hadapan tiada lagi imam Al-Hafiz, diganti dengan imam bawaan Sultan. Lajunya tak payah cakap. Yelah, Sultan banyak kerja kan.
Di barisan hadapan yang sebelum ni rapat sangat juga kelihatan renggang, terutama di tempat sultan dan MBs. Yelah, Sejadah aku, sejadah aku. Kau punya pergi beli sendiri.


Aku kata: Kalau kita berpakaian kerana Sultan, solat kerana Sultan, agak-agaknya apa yang kita dapat?
Semalam Ustaz ada cakap, 
"Salah satu ciri orang yang bertaqwa adalah mereka yang mampu berkata benar walaupun kepada orang yang diharapkan bantuannya"
tapi akhirnya apa yang mampu kita buat? Apakah memang ini kejujurannya? 

Thursday, August 18, 2011

Berbuka dengan pakwe.

"Puasa jangan sampai tak solat"

FAHAM?

Bulan puasa ni, saat berbuka dengan pakwe mungkin sweet bagi mereka. Saat ni, perempuan yang tak puasa pun boleh berbuka. Keh3. 

Adegan satu air dua straw, buka puasa suap mulut orang lain dulu, dan sebagainya menjadi semakin popular. Grr.

Pelik tak. Kalau kat rumah, bila dengar azan terus licin pinggan. Bila berbuka dengan pakwe, makan sesuap pun dah kenyang. Ceh!

Yang lebih penting, jaga solat. Buka puasa sampai habis waktu maghrib. Lagi sekali grrr. 

Sunday, August 14, 2011

Separuh masa kedua.

"Bulan ramadhan ni sama macam suatu perlawanan bola sepak. Tempoh 30 hari sama seperti 90 minit perlawanan. Dan tempoh itu, setiap pemain akan bersungguh-sungguh menjaringkan gol. Dan begitu juga kita, sepatutnya.  
"Yang mengalami kecederaan pun akan sedaya upaya bangkit semula. Itulah semangat yang kita perlu ada.  
"Dan alangkan ruginya mereka yang dilayangkan kad merah sebelum tamat perlawanan. Mereka itulah orang yang 'dibuang padang' oleh Allah. Tapi ingat, maereka yang dibuang padang ini boleh kembali menjaringkan gol jika benar-benar taubat dan insaf atas kesalahannya yang telah lalu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
"Sekarang sudah masuk separuh masa kedua. Saat yang membangkitkan pasukan yang telah hampir kalah. Dan saat yang menambah semangat pasukan yang mungkin menang. 


AYUH! ;)


-Ust Hj Ismail Che Ku.

Wednesday, August 10, 2011

bonus!

Ewah! Lepas Kerajaan pusat bagi bonus setengah bulan gaji, kerajaan negeri pun ikut bagi jugak. Patutlah harini jalan tak jam. *erk, ada kaitan ke?* Mood semua orang tengah baik lettew!

Lepas dapat tahu nak dapat bonus ni, kerja belambak pun boleh nampak macam mudah kan? Dahsyat. Dahsyat.

Nak lagi dahsyat?

Ada bos tu nak bagi bonus seribu bulan gaji. Siapa nak?

Kalau nak, rerajin lah tambah ibadat di akhir ramadhan. Pehh! Seribu bulan tuuu. Siapa mampu kata taknak?

Monday, August 8, 2011

Cemburu lagi


Berbuku cemburu dek kisah ini. Allah. :')

Sunday, August 7, 2011

Erk!

"Dia bawa saya berjumpa keluarga dia waktu bulan puasa tahun lepas. Lepas berbuka tu saya terkejut sebab dia pergi tarawikh. Yelah, kita tak nampak dia waktu kat rumah macam mana kan. Tak sangka pula dia sealim tu."


Tutup tivi.


Terkejut sebab lelaki pergi tarawikh?


Aku lagi terkejut kalau lelaki tak pergi tarawikh. Erk.

Thursday, August 4, 2011

Wow. Next Cinta Islamic.

Buat perkongsian bersama teman-teman. Mari baca kisah ni. :)
Kisahnya mengenai 3 orang, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

Beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamik punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di Radix Fried Chicken (RFC). Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...
 
Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas,

dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas,

dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya.

Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya.

Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan,

dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.

Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya.

Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.

Ketahuilah ia adalah hati."


(Hadis riwayat lmam al-Bukhari dan Muslim.

Sumber: IbnuDDin

Wednesday, August 3, 2011

bila primary oocyte menjadi secondary oocyte

Ummi lekas menelefon Waleed,
"Nampaknya dah nak jadi atok".


Yang di asrama pun boleh online,


Yang baru umur 7 tahun pun boleh jadi Pak Su,
Yang umur 8 tahun pula tak mahu jadi Mak Cik,
"Alaa, nanti aku tak pandai bawak dia jalan-jalan dengan kereta.."

Semoga secondary oocyte selamat menjadi zygote, embryo dan seterusnya fetus.

Oh. Semoga jadi baby yang baik juga! ;)

Sila panggil saya Mak Ngah ya! :))

Monday, July 25, 2011

Doa budak kecik.

Tadi aku duduk sorang-sorang.

Baca Surah Al-Kafirun, Surah An-Naas, Surah Al-Masad etc.

Tiba-tiba datang si budak kecik.

"Entah apa-apa je baca doa budak kecik"

Err. Aku terdiam.

Adik, itu surat cinta dari kita kecik sampai dah tua. Itu ubat orang rindu dari kita kecik sampai dah tua.

Tapi tergugat jugak kan kalau dari kecik sampai sekarang, ayat yang sama juga kita baca. Tak teringin ke nak hafal banyak lagi. Okay terasa. :|

Thursday, July 21, 2011

28OGOS -Kejutan-

27 Ogos 2010.

7.30pagi.
Aku masih berkemas. Walaupun kata mereka, jam 8.00 pagi, semua mesti sudah ada di Pheonix. Entah, keadaan tidak tepat masa ini sudah menjadi kebiasaan untuk kami, keluarga debat. Serik menjadi yang pertama, biarlah kali ini aku pula yang lambat. steady.

Telefon berdering. Senyum. Nama adik lelaki aku tertera. Aku sudah dikhabarkan bahawa dia akan pulang hari ini, hingga raya nanti.

"Kau tak nak balik ke?" Soalan pertama darinya.

"Hmm. Nanti kot. Harini sampai 29 haribulan aku ada debat"

"Tak habis-habis debat tu. Orang jauh pun dah balik taw"

Senyum. Pasti dia sedang rindu aku. Tapi malu mahu mengaku. Senyum lagi.

10.00pagi.
Sudah tiba di tapak perkampungan debat. Hari masih awal. Masih banyak IPTA yang belum tiba. Kami mengemas pakaian dan berehat. Hingga tengah hari, barulah program bermula.

28 Ogos 2010.

7.40 pagi.
Tertera beberapa missed calls dari ummi. Aku cuba menelefonnya kembali. Panggilan pertama terbiar sepi, tiada yang menjawab. Aku cuba lagi.

"Buat apa tu?" Soalan ummi yang pertama.

"Err. Tak ada apa. Kejap lagi baru nak pergi dewan."

"Yah, orang kampung telefon. Diorang kata Pokde sakit. Dah tenat."

"Allah. Ummi nak balik kampung lah ni?"

"A ah. Kalau apa- apa jadi, kau boleh balik tak?"

"Boleh rasanya."

"Nanti kau balik naik bas lah. Suruh Pakitam ambik dekat Tangkak."

"Yelah. Nanti apa-apa ummi bagitaw lah."

3.00 petang.
Di dewan masih riuh. Penceramah masih belum tiba. Aku sempat memindahkan lagu-lagu raya dari teman-teman. Ahh. Tak sabar rasanya mahu pulang. Tiba-tiba aku jadi tersangat rindu.

Telefon berdering lagi. Nama Waleed pula tertera. Aku senyum lagi. Jangan kata Waleed pun sudah rindu.
Aku berlari keluar. Dengan kebisingan peserta debat, tidak mungkin aku dapat bercakap dengan jelas.

"Yah, diorang macam mana?" Soalan pertama Waleed.

Aku masih samar. Diorang siapa? Macam mana apa?

"Hah?"

"Lah. Kau tak tahu ke?"

Waktu itu otak aku terimbau perbualan aku dan Ummi pagi tadi. Allah! Pokde meninggal?

"Diorang accident!"

Kejutan yang amat membuatkan aku terdiam. Perlahan-lahan air mata jatuh. Lain yang aku fikirkan, lain pula yang terjadi. Allah!

"Diorang macam mana sekarang?"

"Tak tahu. Pak Itam tak bagitahu. Waleed call diorang semua tak jawab. Kau kat mana ni?"

"Ada debat. Tak ikut diorang balik kampung pagi tadi."

"Tak pe lah. Nanti waleed call Pakitam."

Terasa pantas perbualan tadi. Tak tahu apa yang perlu aku lakukan. Aku masuk semula ke dewan. Mata sudah bengkak dek air mata.

Orang pertama yang perasan adalah Kak Syebbi. Belum sempat aku buka mulut, dia ajak aku keluar kembali. Aku mula bercerita kepadanya dalam emosi yang tak terkawal. Kerisauan aku mendesak Kak Syebbi untuk menghantar aku pulang ke kampung. Segera dia menelefon 'Senior atasan' untuk meminta izin.

Aku, Kak Syebbi dan Kak Fizah segera menuju ke Hospital Muar, di mana ibu, adik-beradiik, dan makcik ku ditempatkan.

5.00 petang.
Kami singgah di Sekolah Menengah Sains Rembau untuk menjemput adik aku pulang dari asrama. Ya, hari itu bukan hari untuk pelajar asrama pulang. Tapi aku terpaksa.

"Telefonlah warden. Cakap nak bawak aku balik" Cadang adik aku.

"Mana nombor dia? Kau ada?"

"Mintak lah kat Ummi."

Allah. Aku terdiam mendengar nama Ummi. Tak mungkin Ummi akan membalas mesej dalam keadaan sekarang ini. Maka aku terus masuk ke dalam kereta. Dan Husna cuma menurut. Dia belum ku beritahu tentang kemalangan tersebut. Aku tak mahu emosinya pula yang terganggu nanti. Biar nanti setelah tiba di hospital baru aku ceritakan kepadanya.

6.30 petang.
Hospital Muar. Waktu aku tiba, Mak Long sudah berada di pintu masuk utama. Sewaktu dia terlihat aku dan Husna, terus dia cakap..

"Mak kau diorang dah bawak pergi Hospital JB. Baru kejap tadi pergi. Kakak kau kat Wad 8, adik kau pun. Yang Saadah tu dengan Tasnim. Mak Cik Salmi pun kat situ. Adik kau yang lelaki kat Wad 6. Yang kecik tu dekat Wad 3, dengan Shefa'."

Waktu itu satu pun tidak tercatat di fikiran aku. Yang aku risaukan adalah Husna. Pasti dia terkejut. Belum sempat aku khabarkan padanya, Maklong pula sudah 'terlalu jujur'. Waktu itu Husna sudah menangis.

Terus aku bawanya masuk ke dalam. Di lobi, aku terjumpa Pakitam dan Makndak. Makndak sudah menangis. Dan Moksu datang memeluk aku. Dia masih tersedu-sedu.

"Kenapa jadi macam ni?" Dalam esak tangis, dia sempat mengadu.

"Sabar lah, doa banyak-banyak."

Aku terus menuju ke Pakitam dan Makndak.

Menurut cadangan mereka, aku mungkin lebih perlu untuk adik yang kecil, di Wad 3. Untuk yang lain-lain, mereka boleh bantu uruskan. Lagipun, sudah dua kali si kecil itu muntah darah. Takut pula apa-apa terjadi kepadanya sewaktu orang lain tiada.

Maka aku melangkah ke Wad 3 ditemani sepupuku. Mungkin sesuatu yang tidak ku fikirkan berlaku lagi........

Sunday, July 17, 2011

WOW. Cinta Islamic.

Ketika Cinta Bertasbih
Di Atas Sejadah Cinta
Tahajud Cinta
Bla, bla, bla..


Entah kenapa, saat orang lain bercerita
'Sweetnya laki tu, bla bla bla..'

'Ahh, aku mahu bercinta begini, bla bla bla..'


Boleh tak kalau aku tak suka cerita-cerita begitu?


Entah. Bagi aku, ia seakan menghalalkan perbuatan meletakkan makhluk di hati, lebih tinggi dari Allah.


Tadi aku menonton Tahajjud Cinta. Siaran ulangan sebenarnya. Keadaan berjalan berdua-duaan sahaja sudah membenihkan suasana tidak seronok. Hinggalah ke tahap seorang lelaki menyelak purdah wanita terbabit. Saat itu, hati mula berbisik, 


'bukan ini yang aku perlu.'


Ya, anda mungkin akan berkata, 
'kan perempuan tu dah marah..'


Oh, baik anda ulang sekali lagi. Marahnya kepada lelaki tersebut atau kepada dirinya kerana berjalan berdua-duaan dan terus membiarkan lelaki tersebut memegang tangannya?


Dan hingga lelaki tersebut dilanggar kereta, masih wanita itu yang meniti di bibir lelaki terbabit. Yang pertama diingat adalah


'saya sayang awak..'


Dan kemudian? Baru lah Allah diingatinya. Jadi anda jawab, siapa yang pertama dihatinya? 


Ingat, bukan orang yang perlu menjadi ikutan kita. Apalagi siaran televisyen. Biar Al-Quran dan Sunnah yang menjadi panduan. 


Oh. Marah aku masih belum hilang sebenarnya. 

Oh. Lagi satu, maaf lah kepada peminat cerita-cerita cinta 'Islamik' kononnya tu. Err. Aku bukan tempat untuk berkongsi 'sweetness' si hero. 

Tuesday, July 12, 2011

sekolah

Disebabkan dulu aku bersekolah di sebuah sekolah rendah agama, jadi akulah yang paling brutal. Gaduh sana. Gaduh sini. Geng dengan budak populer je beb. Sorang member jadi talam, habislah dia. Tapi dalam kelas, aku senyap. Betul- betul senyap. (baca: tidur)

Tapi, bila meningkat dewasa. Sifat malu semakin banyak Dia letakkan dalam diri ni. Masuk sekolah menengah, akulah yang paling baik (kot). Anak murid kesayangan Cekgu Disiplin gua cakap! Haha. Menarik tak? Tiap-tiap pagi melepak dalam bilik disiplin. Korang pernah? Selain waktu kena denda, bila lagi korang berpeluang nak masuk bilik disiplin? Hah.

Bila niat untuk belajar tiada di hati (baca: malas), ce teka mana aku lepak? Bilik kaunseling! Haha. Percaya tak?

Waktu sekolah adalah suatu tempoh yang banyak mencorak diri ini. Mencedok sedikit ilmu, dan mengamalkannya. Dan itu yang membina aku hari ini.

Mana nak dapat sebuah kesabaran bila buku latihan difotostat dan diedar ke seluruh kelas?
Mana nak dapat sebuah dilema bila seorang sahabat meminta belas kasihan sewaktu spot-check?
Dan yang penting, mana nak dapat sebuah erti persahabatan yang lebih erat dari jalinannya sewaktu di sekolah?

Ahh. Aku rindu kalian semua. Cuba set satu reunion. Ishk.

Friday, July 1, 2011

They Are The Best

Siapa pernah hangout?
Siapa pernah hangout, mak ayah yang hantar?


Yang kedua tu aku. Mak dan ayah aku tak pernah kata 'tak boleh' bila kami inginkan sesuatu.


Tadi Husna ada majlis hari terbuka di sekolahnya, di Rembau.
Dan Bushra ada program 1M 1S 1M di sekolahnya, tidak jauh dari rumah.


Kalau ikutkan pertimbangan akal aku, aku akan suruh sahaja Bushra ikut kami pergi Rembau. Tak payah lari-lari. 


Tapi mak aku lain. Apa sahaja yang ada di hati si anak, akan cuba ditunaikannya. Biarpun dia yang susah.


Ditelefonnya kakak aku, agar mengambil Bushra pada hari lariannya selepas kakak habis kerja.
Jiran-jiran juga ditelefon. Takut-takut Bushra habis awal. Dan minta tumpang rumahnya sekejap.


Macam tu juga waktu aku remaja cetek akal dahulu. Pantang ada kawan ajak berjalan, mesti nak ikut. Tapi mak aku tak pernah larang. Dia sendiri yang akan hantar aku.  Dia akan tanya, ada duit tak? Cukup tak? Pelik kan?


Sebab dia tak mahu, kalau dilarang, anaknya akan menipu pula lain kali bila ingin keluar lagi.
Sebab dia tak mahu anaknya merasakan apa-apa kekurangan pada keinginannya.
Sebab dia adalah yang terbaik.


Tapi alhamdulillah, aku tak pernah ambil kesempatan atas kebebasan tu. Sebab semuanya dia dah bagi, apa lagi aku nak? Nak balas jasa. :))


Ahh. Boleh buat menitis air mata kalau tulis panjang lagi. Grr. :')

Sunday, June 26, 2011

Masa silam

Dia dahulunya hidup menyimpang.
Jauh dari garisan Illahi.
Tapi siapa sangka, 
Kini dia bergelar daie.


Kini dia manusia disanjung tinggi.
Menjadi contoh ketokohan jiwa muda-mudi.
Tapi siapa sangka,
Masa depan, dia pengkhianat agama!


Jangan diukur seseorang pada masa silamnya. Yang lepas adalah tempoh pembelajarannya. Ingat, kita bukan Tuhan untuk menghukum insan. 

Wednesday, June 22, 2011

Kau yang ajarkankan aku bahagia.

Dia yang kenalkan aku kepada kekasihku kini.
Mangajar aku cara bercinta.
Mengajar aku erti sebuah cinta.
Mendidik aku menjadi kekasih sejati.
Mendidik aku agar lebih setia.

Ummi dan Waleed.

Siapa sangka, kamu yang ajar aku tentang Kekasih ini,
Tapi kamu tak bisa menjadi kekasih teragung. 

**************************************************************
Patutlah Rasulullah SAW kata, "Kalau aku masih punyai ibu, kalau sahaja ibu memanggilku ketika aku sedang berdoa', pasti aku akan menyahutnya".

Petapa utamanya panggillan ibu. :)

**************************************************************
Mari berdoa'. 

"Ibu dan ayah ini yang mendidikku tentang kalimah Mu. Ibu dan ayah ini yang membesarkan aku dengan agama Mu. Tempatkanlah mereka di dalam syurgaMu".

Doa untuk mak dan ayah saya juga ya. :')


p/s: Siapa nak konvoi p rumah Kak Pqa. Sila roger aku. :)

Thursday, June 16, 2011

kisah 'Jam'

Suatu masa dahulu, Tuhan menyuruh Jam agar bergerak setiap detik, sebanyak 36,216,000 kali.


Lalu ia menolak. Terlalu banyak katanya.


Maka Tuhan kurangkan kembali, dan menyuruh Jam agar bergerak setiap saat, sebanyak 3,600 kali.


Dan ia menolak lagi. Masih banyak katanya.


Maka Tuhan katakan, kalau begitu bergeraklah kamu setiap minit, sebanyak 60 kali. Apakah itu masih banyak bagi kamu?


Kalau masih boleh dikurangkan, maka 60 kali itu akan menjadi sesuatu yang banyak.


Kalau begitu, bergeraklah kamu setiap sejam. sekali sahaja cukup.


Baiklah, jawab Jam.




*******


Sedangkan setiap angka itu membawa kepada maksud yang sama. Bergerak selama satu jam. Cuma setiap angka memberi suatu pandangan yang berbeza pada minda. Jadi, lihatlah segala masalah pada pandangan yang lebih mudah. Maka segalanya akan menjadi lebih mudah.


Buat sesiapa yang pernah menonton '3 Idiots', ingat tak, ada satu part yang Rancho beritahu, bahawa hati kita sebenarnya pengecut. Betul ke? Mungkin. :)


*******
Teka teki: Di kedai jam, setiap jam yang dijual diletakkan pada pukul 10.10. Itu adalah waktu kematian pembuat jam. Tapi kenapa jam-jam tersebut tidak diletakkan ada waktu lahirnya seorang pembuat jam?

Monday, June 6, 2011

Kerana aku tiada 50 sen...

"Dekat sekolah aku, kalau beli milo ais, harga dia 50 sen. Kalau beli milo tabur RM1"


Kanak-kanak kecil berumur 7 tahun mula berbicara. Keterujaan memulakan persekolahan masih kelihatan.


"Aku selalu beli milo tabur. Tapi aku tak makan pun milo tu."


Dia masih seronok bercerita.


"Lahh. Kenapa pulak?"


Suatu respon pendek dari aku.


"Nanti nak berak susah. Aku tak suka."


Oh. Alhamdulillah, ada juga pengajaran dari kisah yang lampau. Kes mencangkung di tandas berjam-jam. Aku gelak perlahan.


"Kenapa tak beli milo ais je kalau macam tu?"


"Sebab aku takde 50 sen. Ummi bagi aku RM1 je."


Wajah kemho

Erk.


Pelukis kononnya

Pengaruh Transformers. Rumah menjadi manusia. Amacam?
....

Thursday, June 2, 2011

Al-Fatihah

Aku tak mahu cakap banyak. Cuma berharap agar beberapa titis air mata yang gugur saat membaca post ini boleh memberi semangat untukku.

AL-FATIHAH

Sunday, May 29, 2011

Memang Iman Tidak Diwarisi

Tapi ia BOLEH diwarisi.


Boleh jadi anak pak imam adalah pencuri besi. Dan boleh jadi anak pencuri besi adalah imam masjid. 


Dan tentu sahaja boleh jadi anak pak imam adalah imam kedua masjid itu.


Penat.
Kerap kali melihat anak- anak muda berpakaian tidak menutup aurat, aku tertanya,
"ayahnya tak ajar ke?"


Dan semua orang akan memberi alasan,
"Iman bukan boleh diwarisi."


Itulah masalah kita. Terlalu selesa dengan quote yang satu itu. 
HEY! Iman adalah harta yang paling bernilai. Bagaimana anda mahu wariskan harta pusaka, begitu jugalah anda harus wariskan iman.


Bila nak wariskan harta, anda akan simpan elok-elok.
Tapi anda tak serapkan iman dalam hati anak anda. Jadi bagaimana nak wariskan iman?


Bila nak wariskan harta, anda pesan elok-elok, yang ni guna untuk itu, yang ni guna waktu itu.
Tapi anda tak pesan elok-elok agar gunakan iman pada setiap perbuatan. Jadi bagaimana nak wariskan iman?


Bila nak wariskan harta, anda panggil elok-elok peguam nak tulis wasiat.
Tapi anda tak panggil dan bawa anak anda belajar agama pun dengan Ustaz. Jadi bagaimana nak wariskan iman?


Dear kawan, bila kita mati, kita wariskan harta sebab kita takkan guna lagi harta tu bila dah mati.
Tapi, kita wariskan  iman sebab kita pasti akan gunakan ia bila dah mati.


Ke mana pergi doa anak yang soleh?
Sudah tentu kepada ibu dan ayahnya di alam barzakh. :)

sadid sigaraga