Nabi Musa a.s. btny kpd Allah:
"Ya Allah, Engkau adalah Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Engkau ciptakan manusia dgn kuasaMu. Kemudian Engkau lindungi mereka sehingga tumbuh membesar. Engkau kurniakan kepada mereka rezeki berupa makanan, minuman, buah-buahan dan sebagainya. Tetapi mengapakah kemudian Engkau memasukkan mereka yang berdosa ke dalam neraka?"
Allah SWT tidak menjawab soalan itu, sebaliknya mengutus Jibril untuk memberi sekarung biji gandum kepada Nabi Musa a.s. Allah SWT memerintahkan Nabi Isa a.s. utk menanam biji-biji gandum itu.
Kemudian Nabi Musa a.s. menanam gandum itu dan menyirami serta membajainya setiap hari. Nabi Musa a.s. juga menjaga tanaman gandum itu drpd serangan haiwan perosak.
Selepas beberapa bulan, tanaman gandum itu siap utk dituai. Maka Nabi Musa a.s. diperintahkan oleh Allah SWT utk menuai gandum itu. Semasa menuai, sebahagian drpd gandum-gandum itu ada yang busuk dan tidak menjadi. Nabi Musa a.s. memisahkannya daripada yg baik dan kemudian membakar gandum yg busuk dan tidak menjadi itu.
Pada ketika itu Allah SWT berfirman kpdnya: "Hai Musa, mengapa engkau membakar gandum-gandum itu?"
"Ya Allah, yang ini busuk dan tidak menjadi. Gandum ini tidak berguna lagi maka lebih baik hamba bakar sahaja"
"Aku telah menempatkan mereka di sebuah tempat bernama bumi. Tempat itu cukup bagus utk kehidupan mereka. Telah Aku bekalkan di bumi itu dgn makanan, minuman dan pelbagai kesenangan utk mereka. Kemudian Aku berfirman kpd mereka agar menyembahKu dan mentaati perintahKu. Tetapi pada akhirnya, sebahagian dari mereka ada yang mematuhi perintahKu dan ramai pula yang derhaka kepadaKu. Bagi mereka yang taat kpd perintahKu, maka Aku kembalikan mereka ke dlm syurga. Manakala yang ingkar dan derhaka, sesungguhnya api neraka ialah tempat yang paling sesuai utk mereka."
-kitab Mukasyafatul Qulub karya Imam Al-Ghazali-(Ajarkan Buah Hati Mencintai Nabi)
p/s: Doakan sekali untuk manusia yang bakal melangkah ke usia 20 hari Khamis ni. Semoga dia tidak jadi gandum yang terbuang. :(
Slot Online Dengan RTP Tertinggi
5 days ago
14 comments:
InsyaAllah.... moga2 Allah tak bolak balik, tak tarik hidayah yang Dia dah anugerahkan kat kita..
Robbana La Tuzirq Qulubana ba'da hizhadaitana Wahablana Milladunkka ROhmah..
menarik cerita ni.. thanks tyah..
mudah2an kita menjadi seumpama gandum yg baik dan ditempatkan di tempat yg baik di sana kelak..
nampaknya, syurga lebih tepat sebagai tempat utk kita kembali.. yakni tempat asal kita..
sepertimana kita mahu kembali ke rumah setelah penat bekerja..
Menarik untuk dibaca dan dihayati.. khuatir juga andai diri ini tergolong dalam golongan gandum yang tidak berguna... :(
*semoga manusia yang bakal melangkah ke usia 20 tahun hari Khamis ini menjadi gandum yang berguna dan disegani.. ^^
KakAfida, Amiin. :'D
EnFuad, cerita dari buku. Sekadar nak berkongsi. Dah takde fb, sini jelah yang tinggal. :(
Amiin.
SisFaaein, kan kan kan? Risau kan?
Ehek. Thanks sis! Jazakillahu khair. :D
mashallah,menarik coretanya
bes kan buku mukashafah al qulub.. tp sy tak habis lg..he2
AnakPendangSekeluarga, Alhamdulillah. Ni pun ambil dari buku. Semoga bermanfaat untuk semua. :D
Hidayatullah, Baca ke? Wahh. :D
ada baca.. a recommended book to read.. penawar dan penghidup hati spy igt Allah setiap masa dan keadaan
cik PENCHENTAqu
assalamualaikum.
~eh, dah 20 dah dia. alhamdulillah. smoga dipanjangkan lagi umur, dimurahkan lagi rezeki. semoga sentiasa dirahmatiNya, InshaAllah. gudluck kamu ya. ;)
thanks for sharing. sangat bermakna.
bermula dari benih yang baik, dan sepanjang tmpoh pembesaran jika mengalami sebarang gangguan dan tak dapat bertahan.., menentukan ke mana kita akhirnya.
akak pun inginkan yang baik belaka. aminn. untuk kamu juga wahai PENCEHNTAqu. :)
Hidayatullah, Kalau dah habis baca, saya nak pinjam bolehh? :D
KakSARku, Waalaikum salam. Dah menghampiri mati dah kak. :) Jazakillah kak.
Kan3. Meh doa' sama2. :D Amiin.
ada yang baik tumbuh dan ada juga yang kurang baik. Satu ujian daripada ALLAH menunjukkan kebesaranNYA. bukan setakat yang baik-baik sahaja dicipta. Malah yang kurang baik juga.
Hmm. Semoga kita adalah yang baik2. :'D
Ehek. :)
penchentaqu. akak pilih kamu yang comel. ;D
http://sarwhat.blogspot.com/2011/11/ieyza-afiena-1st-giveaway.html
InsyaALLAH...
Post a Comment