>

Tuesday, July 12, 2011

sekolah

Disebabkan dulu aku bersekolah di sebuah sekolah rendah agama, jadi akulah yang paling brutal. Gaduh sana. Gaduh sini. Geng dengan budak populer je beb. Sorang member jadi talam, habislah dia. Tapi dalam kelas, aku senyap. Betul- betul senyap. (baca: tidur)

Tapi, bila meningkat dewasa. Sifat malu semakin banyak Dia letakkan dalam diri ni. Masuk sekolah menengah, akulah yang paling baik (kot). Anak murid kesayangan Cekgu Disiplin gua cakap! Haha. Menarik tak? Tiap-tiap pagi melepak dalam bilik disiplin. Korang pernah? Selain waktu kena denda, bila lagi korang berpeluang nak masuk bilik disiplin? Hah.

Bila niat untuk belajar tiada di hati (baca: malas), ce teka mana aku lepak? Bilik kaunseling! Haha. Percaya tak?

Waktu sekolah adalah suatu tempoh yang banyak mencorak diri ini. Mencedok sedikit ilmu, dan mengamalkannya. Dan itu yang membina aku hari ini.

Mana nak dapat sebuah kesabaran bila buku latihan difotostat dan diedar ke seluruh kelas?
Mana nak dapat sebuah dilema bila seorang sahabat meminta belas kasihan sewaktu spot-check?
Dan yang penting, mana nak dapat sebuah erti persahabatan yang lebih erat dari jalinannya sewaktu di sekolah?

Ahh. Aku rindu kalian semua. Cuba set satu reunion. Ishk.

9 comments:

Afida Anuar said...

Masa sekolah2 dulu akak baik, rajin, tak penah buat masalah...pendek kata...bagus semua la. Bosan kan?he he

fuad ansari said...

iyelah...

mana nak dapat pengerusi persatuan sejarah memonteng dalam bilik galeri persatuan sejarah..

mana nak dapat ketua kelas memonteng dan jalan2 sekitar sekolah, cikgu yang nampak tak syak apa2..

hehe.. kenangan.. kenangan..

~PENCHENTA~ said...

Kak Afida: Bosan sangatt tu.. Hee. Cuba lah bakar mercun kat sekolah. Konfem bess! :P

En Fuad: Hahah. Terbaek lah! Kenangan memang akan membuahkan senyuman walaupun pahit kan?

Norsha said...

wah, byk kenangan zaman sekolah ye...sekali2 mailah jengok sekolah semula, bg motivasi kat adik2...akak hari2 pi sekolah, kdg2 jemu jugak...

Pencacai Alim said...

mmg brutal..

Cikgu Sue [CS] said...

salam tyah,
waaaa...kecik2 brutal...skrang dh ayu kot..???

~PENCHENTA~ said...

Kak Norsha: Sekarang kat sekolah dah tak seronok dah. Semua orang dah tak kenal saya. :(

Pencacai Alim (kah?): Hehehhh. Tak lah brutal sgt pun. :|

Kak Sue: Salam kak. Err. Sekarang? Itu yang tak tahu tuu. Hahah. :P

abu zarim said...

pergh,,,agak kencang dulu ek,,,Allah tu baik sngat3,,,da bnyak da Dia ubah mnusia melalui perantaraan agama,,,masyaAllah,,,Hebat Allah kan,,,subhanAllah

~PENCHENTA~ said...

Abu Zarim: Allah memang terlalu baik. :')

sadid sigaraga