>

Sunday, July 17, 2011

WOW. Cinta Islamic.

Ketika Cinta Bertasbih
Di Atas Sejadah Cinta
Tahajud Cinta
Bla, bla, bla..


Entah kenapa, saat orang lain bercerita
'Sweetnya laki tu, bla bla bla..'

'Ahh, aku mahu bercinta begini, bla bla bla..'


Boleh tak kalau aku tak suka cerita-cerita begitu?


Entah. Bagi aku, ia seakan menghalalkan perbuatan meletakkan makhluk di hati, lebih tinggi dari Allah.


Tadi aku menonton Tahajjud Cinta. Siaran ulangan sebenarnya. Keadaan berjalan berdua-duaan sahaja sudah membenihkan suasana tidak seronok. Hinggalah ke tahap seorang lelaki menyelak purdah wanita terbabit. Saat itu, hati mula berbisik, 


'bukan ini yang aku perlu.'


Ya, anda mungkin akan berkata, 
'kan perempuan tu dah marah..'


Oh, baik anda ulang sekali lagi. Marahnya kepada lelaki tersebut atau kepada dirinya kerana berjalan berdua-duaan dan terus membiarkan lelaki tersebut memegang tangannya?


Dan hingga lelaki tersebut dilanggar kereta, masih wanita itu yang meniti di bibir lelaki terbabit. Yang pertama diingat adalah


'saya sayang awak..'


Dan kemudian? Baru lah Allah diingatinya. Jadi anda jawab, siapa yang pertama dihatinya? 


Ingat, bukan orang yang perlu menjadi ikutan kita. Apalagi siaran televisyen. Biar Al-Quran dan Sunnah yang menjadi panduan. 


Oh. Marah aku masih belum hilang sebenarnya. 

Oh. Lagi satu, maaf lah kepada peminat cerita-cerita cinta 'Islamik' kononnya tu. Err. Aku bukan tempat untuk berkongsi 'sweetness' si hero. 

14 comments:

Afida Anuar said...

yang menjadikannya ceritanya 'konon' Islamik adakah kerana berpurdah, bertudung litup lengkap? tapi roh cerita tersebut masih sama dengan cerita2 yang lain..

xpenah tengok pulak tahajud cinta ni... ketika cinta bertasbih pernah tengok:)

hamdi said...

maaf menyelah...
bukan kerana apa....cuma masih ada antara kita ummat Islam dan saya sendiri belum faham kehendak agama oleh Allah dan rasul....

hari ini dugaan dan fitnah terlalu banyak, apatah lagi yg haq dicampuradukkan dgn yg batil....

Doakan supaya Allah beri hidayah kpd kita dan mereka dan seluruh ummat...

"kejayaan dalam mentaati perintah Allah dgn mengikut sunnah Nabi Muhammad saw"

s a r said...

assalamualaikum.

i like your comment! ~terbaik. ^^,

setuju dengan afida anuar. roh cerita tetap masih jalan yang sama. luaran sahaja mengaburi semua tu. :)

semoga kita diberi petunjuk dan hidayah agar Dia yang menjadi keutamaan. biarlah yang lain datang ke2. InshaAllah. :)

s e n s h i said...

daripada tengok cerita cerita tu baik main hamster dekat bawah ni :P

SayaRabiah said...

salam 'alaik..

saya setuju dengan pendapat tuan punya blog. fikiran masyarakat kita semakin diracuni dengan idea-idea sebegini,terutama sekali anak2 muda. sedih!

salam ziarah..

~PENCHENTA~ said...

Kak Afida: Betul. Malu rasanya waktu tengok cerita tu. Tu lah yang terjadi bila yang 'Islam' cuma pada pakaian. Allah. Allah. Allah.

Lagi best kalau menonton Perempuan Berkalung Sorban. Grr. Lagi banyak hati mencarut. Hahah.

Hamdi: Sila lah mencelah selalu. :)
Ini memang dunia akhir zaman. Tapi sangat sedih bila yang tahu biat-buat tak tahu. Allah. Berikan kami hidayahMu. :')

sar: Yang kedua Nabi Muhammad. Yang ketiga ibu dan ayah. Tapi kalau dah kawin, yang ketiga tu kena tukar. Dapat kekasih baru. :P

Senshi: Tak sangka ada orang rajin tolong jaga sadid. :) Heheh.

SayaRabiah (Eh. AndaRabiah): Wa'alaiki Salam. Itulah. Lau Kaana Baina Na. :')

Cidak said...

inilah hasilnya pabila produser filem sendiri yang tak berapa islam.

maka dia pergunakan islam untuk keuntungan.

btw, kita doakan semua dpat hidayahnya!

~PENCHENTA~ said...

Amiin. Amiin. Amiin.

Eh. Inilah masa utk kau pulak buat pilem. Pihwitt! Haha.

Cikgu Sue [CS] said...

mcm arak dlm botol coke....
isi dh jelas haram...brand botol, ada unsur syubhah...
hmmm pening...ke mabuk?

opppsss...sorry...keras ke komen ni?

~PENCHENTA~ said...

Tak lah kak. Minumam tu je minuman keras. Comment akak tak. :)

Betul tu. Bila yang haq dan batil sudah tiada sempadannya. :(

analisiszikri said...

mereka keliru dan telah menambah kekeliruan masyarakat Islam dan juga bukan Islam..entah apa yang diagungkan sangat pada cinta teruna dan dara.tidak halal pulak tu..

hak kita untuk mengkritik.

~PENCHENTA~ said...

Entah. Kadang2 saya terfikir, apa memang setiap cinta wanita perlu wujud lelaki dan sebaliknya?

Sebenarnya memang kita ini sudah ter'biasa' dengan cinta berlandas hawa nafsu. Cuma bila adanya purdah, bila lokasinya di Universiti Cairo, maka jadilah ia 'Cinta Islamik' kononnya. :|

Norsha said...

sungguh mudah kita diperdaya hanya kerana adanya perkataan2 islamik pada tajuknya....

~PENCHENTA~ said...

Masih banyak yang kita kena betulkan kann. :)

sadid sigaraga