Siapa pernah hangout?
Siapa pernah hangout, mak ayah yang hantar?
Yang kedua tu aku. Mak dan ayah aku tak pernah kata 'tak boleh' bila kami inginkan sesuatu.
Tadi Husna ada majlis hari terbuka di sekolahnya, di Rembau.
Dan Bushra ada program 1M 1S 1M di sekolahnya, tidak jauh dari rumah.
Kalau ikutkan pertimbangan akal aku, aku akan suruh sahaja Bushra ikut kami pergi Rembau. Tak payah lari-lari.
Tapi mak aku lain. Apa sahaja yang ada di hati si anak, akan cuba ditunaikannya. Biarpun dia yang susah.
Ditelefonnya kakak aku, agar mengambil Bushra pada hari lariannya selepas kakak habis kerja.
Jiran-jiran juga ditelefon. Takut-takut Bushra habis awal. Dan minta tumpang rumahnya sekejap.
Macam tu juga waktu aku remaja cetek akal dahulu. Pantang ada kawan ajak berjalan, mesti nak ikut. Tapi mak aku tak pernah larang. Dia sendiri yang akan hantar aku. Dia akan tanya, ada duit tak? Cukup tak? Pelik kan?
Sebab dia tak mahu, kalau dilarang, anaknya akan menipu pula lain kali bila ingin keluar lagi.
Sebab dia tak mahu anaknya merasakan apa-apa kekurangan pada keinginannya.
Sebab dia adalah yang terbaik.
Tapi alhamdulillah, aku tak pernah ambil kesempatan atas kebebasan tu. Sebab semuanya dia dah bagi, apa lagi aku nak? Nak balas jasa. :))
Ahh. Boleh buat menitis air mata kalau tulis panjang lagi. Grr. :')
Slot Online Dengan RTP Tertinggi
5 days ago
6 comments:
salam.
Alhamdulillah. kamu tak ambik kesempatan atas kebebasan yang diberi. dulu saya pun kerap diberi kelonggaran andai ingin hangout bersama kawan2. alhamdulillah juga tak pernah ambik kesempatan.
tapi hari ni? anak2 hari ni? lagi diberi kebebasan lagi tak tentu hala nampaknya. hmm..
eh eh..mak akak pun mcm tu jugak la...alhamdulillah, akak pun tak pernah ambil kesempatan jugak;)...kita ni..baik kan? he he
saya rasa ada beberapa situasi..
1) didikan agama yg betul, diberi kebebasan keluar, anak2 pandai jaga diri bila keluar..
2) didikan agama yg betul, dikongkong utk keluar, takut nanti jiwa anak2 memberontak..
3) tiada didikan agama, diberi kebebasan, buruk jadinya..
4) tiada didikan agama, dikongkong utk keluar, mau jugak anak tau lari rumah..
(",)
Sar: Anak2 hari ini kurang bekalan agama. Tapi jangan terus salahkan mereka. Lihat dulu ibu bapanya. Ahh. Bersyukur punyai ibu bapa yang terbaek! :)
Kak Afida: A ah. Baik kan kita nii? Haha. :P
En Fuad: Mujur saya dalam situasi pertama. Tapi, sampai sekarang tak berani pergi mana sensorang. Bagus ke tuu? Haha. :P
suka yang ini.
ibubapa inginkan anak mereka bebas memilih, dalam masa yang sama mereka mahu melindung anak mereka dari "kemanisan" jahiliyyah. kadang terlebih kadang terkurang.
Betul. Alhamdulillah aku dapat cukup2 jee. Heheh.
Basicnya adalah bekalan agama yang cukup. Ajarkan siapa Tuhan. Siapa Rasul. Barulah beri kebebasan. Barulah kebebasan tu mengajar tentang kedewasaan. Kalau tak, lain jadinyaa. :|
Post a Comment