>

Sunday, October 9, 2011

Macam mana nak jadi baik?

Tajuk di atas memang sebuah soalan. Dan aku perlukan jawapan.

Situasi masa kini, di kampus-kampus para pensyarah sibuk mahu mengaplikasi Student Centered Learning (SCL) yang mana kebanyakan dari pelajar akan dibahagi dalam kumpulan untuk present topic given. Siap bersyarat lagi.

"Saya tak mahu kumpulan tu semuanya perempuan atau semuanya lelaki. Mesti campur. Ada Melayu, ada Cina. ada India."

Dan bila ada aktiviti ko-kurikulum, sibuk juga para fasilitator mahukan tepuk sorak dan lain-lain dari para peserta.

Jadi, macam mana aku nak aplikasikan "wanita yang baik tidak memandang dan tidak dipandang"? Dan macam mana malu boleh mengangkat martabat wanita kalau semua orang nak cakap

"Come on lah. Sporting lah sikit."

Aaaa. Tahu apa dalam kepala sekarang?
Berhenti belajar.

20 comments:

CS said...

salam,
p yg akk bleh nasihat,pndai2lah bawa diri ye...mmmg susah..akk faham..menentang arus mmg payah..nk jd golongan ghuraba di zaman ini mmg mujahdah---

Afida Anuar said...

Penchenta, akak sokong kata2 CS, jangan berhenti...moga2 Allah bagi kita kekuatan tuk jaga hak2 dia... zaman belajar dah payah, zaman kerja lagi payah dik...

s a r said...

assalamualaikum PENCHENTAqu.

p/s- bebelan kedua ni. haish! apakah bb aku ni. sesangkut jer. sabar je la.

erm, pesanan lectre tu memang tersangatlah memanaskan telinga time akak dulu. dah faham dah syarat wajib dorang. follow je la selagi tak melanggar syariat dear. DIa tahu hati kamu.

time akak dulu siap ada kena attend kelas tapi kena follow setiap tema yang lectre suruh. sebab nanti dapat markah free. kelas tu jugaklah paling suka akak ponteng sebab tak nak follow kata dia. eheh. (perangai tak patut :P)

bab sorak menyorak tu pun satu hal. hmm, sabar je la dik. kamu buat je la yang terbaik. inshaAllah dipermudahkan semuanya. bantuan Dia dekat kan. :)

~PENCHENTA~ said...

Kak Sue: Salam :( Susah kak. Tahu apa saya fikir? Kalau ada orang datang, terima saja. Dan berhenti belajar. Perempuan ni kak, tempatnya last2 di rumah juga kan?

Kak Afida: Hmm. Yeke? Lagilah saya rasa macam tak mahu pergi kampus lagi. Terasa macam buang masa untuk benda2 yang tak patut. Duduk rumah buat bisnes online lagi mudah. :D

Kak Sar: Waalaikum salam warahmatullah. :D

Bila lah nak dapat dengar akak bebel 'face to face' nii? Heheh.

Mana mahu menyorok ni kak? Tak suka lah semua tu. :|

Norsha said...

jangan berhenti, teruskan tapi pandai2 jaga diri, kuatkan hati, mohon selalu petunjuk & kekuatan dr Allah, Dia akan bantu InsyaAllah.....

~PENCHENTA~ said...

Ya Allah. Susah kak. Susah sangat. Sob sob sob. :'(

Doakan Tya kuat kak. :(

Hidayatullah said...

Nice post anyway, kehidupan dunia mmg mencabar skang. Btw nk cite sorg daie yg kje petronas as engineer,halaqah gombak,dia cite dlu dia slalu kne perli sbb xjoin mkn tmpt yg ada serve arak.tp dia bertegas utk xnk join.n skang org2 yg kje dgn dia da phm.kalau bwk dia,jgn gi tmpt ada serve arak.key point kt sini.tegas n istiqamah

Hidayatullah said...

Nice post anyway, kehidupan dunia mmg mencabar skang. Btw nk cite sorg daie yg kje petronas as engineer,halaqah gombak,dia cite dlu dia slalu kne perli sbb xjoin mkn tmpt yg ada serve arak.tp dia bertegas utk xnk join.n skang org2 yg kje dgn dia da phm.kalau bwk dia,jgn gi tmpt ada serve arak.key point kt sini.tegas n istiqamah

abu zarim said...
This comment has been removed by the author.
abu zarim said...

huhuhu,,,,soalan ni mmg memusing kan kepala,,,,sy yg laki pon poning kepalo dibueknyo,ini kan bidadari dunia,,,,wakaka,,,,

mmg susah sikit,tp,xmustahil,,,time sy jd fasi dulu pon,dlm kalangan kami pon,ada yg bercanggah pndapat,sbb nk suh mereka campur or asing kan,,,last2,campur gak,,,tapi ada satu prog tu,,mmg terbaik,sbb dlm kalangan fasi,ramai karkun,so,suara majoriti la,siap bt muzakarah n bayan lagi,,,,pastu zihin,bg karkuzari,pastu dlm kalangan karkun tu,ada yg best student,khih3,,,terus zihin n taskil la,,mggu depan tu terus ada jemaah student kuar,,,mmg terbaik la,,,alhamdulillah,,,,mereka seronok la,bile agama seiring dgn pelajaran,,,seb baik xde jemaah masturat stdent kuar,,wakaka,,,,:),,all the best taw,,,

Pencari Cinta Sejati said...

wanita yang baik dengan tidak merasakan dirinya baik serta berusaha bersungguh2 untuk menjadi yang lebih baik itulah satu kemenangan. Wanita yang baik tidak memandang-kerana telah diserapkan dalam dirinya semua manusia adalah sama iaitu hamba ALLAH, wanita baik tidak dipandang- kerana sesungguhnya telah buta mata lahiriah mereka untuk melihat nur dari wanita itu cuma ALLAH yang MAHA MELIHAT...

~PENCHENTA~ said...

Hidayatullah: Orang sekarang tak faham macam mana akhlak muslim dan mukmin sebenar. Jadi, agak susah jugak. Doakan semoga saya kuat! Jazakallah.

Abu Zarim: Cakap pasal fasi ni, teringat zaman jahiliah saya dulu. :|
Ada sorang budak jumpa saya. Dia kata, tak bagus lah perempuan bercampur dengan lelaki dalam aktiviti berkumpulan. Saya sampaikan berita tu dekat senior fasi. Dia jawab "Alah. Haritu kami conduct dengan budak Maahad pun diorang rileks je. Kecoh lah budak tu". Kesian budak tu. Mungkin ini balasan Allah atas dosa2 lampau. Baru tahu bagaimana rasanya ditekan begitu rupa oleh fasi. Ya Allah.

Pencari Cinta Sejati: :) Suka! Ya Allah. Teringin nya mahu jadi wanita yang baik. Please. Please. Please. :D

fuad ansari said...

alhamdulillah, terasa indah dunia bila ada orang2 yg berfikiran macam tyah ketika yang lain sudah melihat ia sebagai sesuatu yg biasa..

saya rasa:
pemimpin yang baik bukanlah pemimpin yg membuat arahan berdasarkan kebiasaan masyarakat..

tetapi, pemimpin yg baik adalah pemimpin yg berfikir bagaimanakah pandangan Allah terhadap arahan yg dibuat..

~PENCHENTA~ said...

Haihh. Doa lah semoga saya kuat. Sekarang ni dah macam jadi alien. Bayangkanlah, orang akan tengok hari-hari macam pakai baju yang sama. Dah tu tak bergaul dengan orang pulak.
Ah! Lantak lah apa orang nak kata. Haih. Penat lah nak fikir pasal apa orang fikir ye dak? Hmm.

Pencari Cinta Sejati said...

semua orang nak jadi baik penchenta.. :)

~PENCHENTA~ said...

Hee. Tapi saya nak sangat2. :D

Pencari Cinta Sejati said...

Cubalah InsyaALLAH, niat pun dah dapat pahala, mudah menjadi baik, mudah juga menjadi jahat.

~PENCHENTA~ said...

InsyaAllah! Doakan. :D

Bijen M. said...

Tak tahu orang kat atas dah jawab belum.
Malas pulak nak baca banyak-banyak komen.
Biasalah bila orang perasan sibuk.

Caranya, kau teruskan cara pakai kau, fikir kau dan semua-semuanya.
Jaga amal, ikut kehendak Allah.
Allah akan tukar fikir orang di sekeliling kau sampai depa respek sendiri dekat kau.

Nak tahu?
Allah bagi aku sangat segan dan takut nak pandang orang yang pakai niqab even tengok matanya pun.
Dan nak bercakap dengan mereka pun malu.
Serius!

~PENCHENTA~ said...

Hmm. Tapi macam mana perasaan kau kalau tengok minah niqabi lompat2 buat tepuk sorak kat depan? T__T

sadid sigaraga