>

Tuesday, August 23, 2011

hipokrit

Kelmarin Sultan datang melawat Masjid Taman Cheras Jaya, tak jauh pun dari rumah.


Beberapa hari sebelum tu, lampu-lampu jalan dibetulkan, jalan dicat, bendera selangor dipasang sepanjang jalan, kipas di masjid ditambah, lampu dibuka semua hingga Mak Cik Tidur pun takut nak tutup.


Aku kata: Memang cukai negara ni SULTAN YANG BAYAR UNTUK RAKYAT. Sebab tu bila dia datang baru jalan ada lampu. Kan?


Kelmarin juga Pak Cik Serabai mula berbaju melayu, siap bersamping. *Hari raya kah?*.
Dibarisan hadapan tiada lagi imam Al-Hafiz, diganti dengan imam bawaan Sultan. Lajunya tak payah cakap. Yelah, Sultan banyak kerja kan.
Di barisan hadapan yang sebelum ni rapat sangat juga kelihatan renggang, terutama di tempat sultan dan MBs. Yelah, Sejadah aku, sejadah aku. Kau punya pergi beli sendiri.


Aku kata: Kalau kita berpakaian kerana Sultan, solat kerana Sultan, agak-agaknya apa yang kita dapat?
Semalam Ustaz ada cakap, 
"Salah satu ciri orang yang bertaqwa adalah mereka yang mampu berkata benar walaupun kepada orang yang diharapkan bantuannya"
tapi akhirnya apa yang mampu kita buat? Apakah memang ini kejujurannya? 

7 comments:

Norsha said...

sudahnya, sultan nampak yg indah2 saja kerana hakikat sebenar telah disembunyikan.........

Norsha said...

sudahnya, sultan nampak yg indah2 saja kerana hakikat sebenar telah disembunyikan.........

~PENCHENTA~ said...

Itu lah.

Tapi, dah sultan pun moreh dekat balai serba kuning, jalan berkarpet merah, solat dibentang sejadah import. Jadi bila agaknya Sultan nak rasa makan dalam talam, iktikaf dalam mesjid, solat serba kekurangan (tapi meriahnya dia dalam hati)?

Kekadang saya tertanya, kalau begini rumit Sultan mahu turun ke masjid, dia pergi solat jemaah tak agak2nya? :(

Ummi Nur Syakirin (ahliaHerman) said...

menyeramkan orang zaman sekarang nih..huhuhu

Unknown said...

itu lah org zaman sekarang jauh dari hidayat...

fuad ansari said...

siapa pun kita, akhirnya akan datang kepada kehidupan seterusnya dengan pakaian yg bernama kain kafan... beringat-ingatlah dan berpada-padalah dalam kehidupan dunia...

~PENCHENTA~ said...

Kak Asy_Syakirin: Sangat.:(

Anak Pendang: Doalah moga mereka dapat hidayat. Penjaga agama Islam di Mesia tuh. Ishkk. Susah kalau deme pun dah jauh. :(

En Fuad: :) Ingat. Ingat. Ingat.

sadid sigaraga