>

Thursday, August 4, 2011

Wow. Next Cinta Islamic.

Buat perkongsian bersama teman-teman. Mari baca kisah ni. :)
Kisahnya mengenai 3 orang, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

Beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamik punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di Radix Fried Chicken (RFC). Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...
 
Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas,

dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas,

dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya.

Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya.

Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan,

dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.

Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya.

Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.

Ketahuilah ia adalah hati."


(Hadis riwayat lmam al-Bukhari dan Muslim.

Sumber: IbnuDDin

13 comments:

qinairaulfa. said...

baru je baca cerita ni tengahari tadi. memang terbaik ah! hehe ;)

Afida Anuar said...

Kalau couple tak Islamik pulak?errr;).... nak kasi cerita lagu mana supaya depa sedar?

Ustaz jom makan!!.. he he;)

Cikgu Sue [CS] said...

say no to couple...
say yes to nikah...

Norsha said...

dulu2 tak pernah dgr pulak istilah couple islamik ni, sejak akhir2 ni je kerap dgr perkataan ini...

~PENCHENTA~ said...

QinairaUlfa: Memang lahh. Aku pun baca kat belog shyra. :))

Kak Afida: Pendapat saya, kalau nak bagi depa faham, kena ajar basic aqidah dulu. Kalau tahu mana haram, mana halal, dan kenapa kita buat macam tu, macam ni, barulah nanti kita akan betul2 buat the true cinta islamic. heheh. Boleh tak gitu?

Cikgu Sue: Ishkk. Terasa nak kawenn lahh. Jeles lah dengan kak su. :P Kih3.

Kak Norsha: Sebab kebelakangan ni baru orang nak 'Islam'kan couple. Hee.

ijan said...

Baru first time dengar cerita tu. Interesting..selamat berpuasa :)

~PENCHENTA~ said...

Semoga beri pengajaran bersama. :)

Semoga iman selamat dalam tempoh berpuasa ni. :)

fuad ansari said...

penyelesaiannya adalah..

bercinta selepas berkahwin.. amacam tyah, ada berani menyahut cabaran ni?? (",)

Cikgu Sue [CS] said...

hmm stuju dgn tn fuad...xyah jeles dgn akkk, sahut je cabaran tn fuad tu.. akk dh selamat melaluinya..best o bercinta pas nikah...lalalalala~~~

~PENCHENTA~ said...

En Fuad: Saya dah lama sedia dahh. Hahah. :P

Kak Sue: Ishk. Sengaja nak tambah jeles lagi. :(

Kak sue carikan lah. :))

Rabi'ah Al Adaweeyah said...

wahhh bagusnya cerita ni. lawak pulak part babi islam tu. hehehe^^

moga Allah sentiasa tetapkan hati-hati kita untuk sentiasa menjaga agamaNya! amin.

menusuk hati said...

hehe..bersembunyi d sebalik istilah islam dan arab..Kami tak couple tapi kami berukhwah fillah.hahaha!kesiannya..

~PENCHENTA~ said...

Rabi'ah Al Adaweeyah: Amiin. :)

Pak cik: Doalah orang-orang macam ni kawen cepat. :)) *Doakan saya jugak!* :P

sadid sigaraga