>

Monday, September 5, 2011

post khas

Seminggu dari sekarang, pelajar-pelajar Tahun 6 akan menduduki peperiksaan UPSR.

Sebagai cikgu yang baik, aku nak mohon sumbangan doa' dari kalian buat mereka.

Hee. :D

Teringat lagi saat-saat bebelan seorang guru,
"Kalau nak main-main, tak payah datang. Duduk kat rumah p tengok tivi. Sekurang-kurangnya awak tak kacau orang"

Erk. Agak kasar rupanya. Harap mereka tak ambil hati. :(

Aku nampak harapan dan usaha pada mereka. Cuma waktu itu, belum tiba masanya untuk mereka merasa nikmat sebuah kejayaan. 

Akak tahu kamu boleh adik-adik! Ishk. Tacing lah pula.


Sebahagian dari mereka. Tamat separuh masa pertama, turun p mengaji. :)
Semoga jadi anak yang soleh dan solehah. :))


Semoga kita dapat berkumpul di masjid tu lagi nanti. Tapi bukan untuk dimarahi lagi. InsyaAllah, untuk dirai. :)

*Semoga Allah permudahkan kamu memahami ilmuNya dan menjawab di dewan nanti. Semoga kamu mendapat ganjaran setimpal dengan usaha kamu. Semoga setiap ujian yang kamu tempuh ini akan menguatkan hati dan iman. Semoga... Semoga.. Semoga.. :')

9 comments:

Afida Anuar said...

Aminnn...insyaAllah. Moga2 mereka berjaya di dunia dan akhirat:)

penchenta mengajar subjek apa?

fuad ansari said...

dah jadi cikgu rupanya... baru berhajat nak bagi duit raya.. terpaksa sy simpankan aje niat baik tu.. (",)

~PENCHENTA~ said...

Kak Afida: Amiin. Amiin. Amiin. :)

Subjek math n science je kak. Keh3.

En Fuad: Grr. Apa salahnya bagi punn. :(

shameel Iskandar said...

Selamat hari raya. cikgu juga rupanya. sama2 kita doakan kejayaan anak2 didik kita. mereka penerus warisan.

~PENCHENTA~ said...

Selamat hari raya juga. :)

Amiin. Amiin. Amiin. Cikgu juga? :)

Bijen M. said...

Ritu cikgu sekolah rendah aku panggil suruh bagi motibasi.
Tu je~

~PENCHENTA~ said...

Err. Biar benar.

abu zarim said...

mcm best je jadi cigu,,,nak jd gak la,,,:),,,pape pon,,moga Allah mudah kn mereka n kite sume,,,:)

~PENCHENTA~ said...

Sangat seronok berkongsi ilmu. Lagi-lagi dengan mereka yang baru hendak mengenal dunia. Semoga setiap ilmu tu berguna buat mereka. :)

Amiin. Amiin. Amiin.

sadid sigaraga