>

Saturday, June 23, 2012

Siapa kata muslimah tak boleh berfesyen?

Sebelum apa- apa, aku nak cakap awal-awal, ni bukan lah post macam aweks-aweks Yuni atau Hani Tajimi suka sebut. Baca sampai habis dulu lah ye. Peace yaw! :P

*******

Sebagai seorang perempuan, aku dah faham sangat kes-kes 'aweks-disekat-kebebasan'. Yelah, orang lelaki katanya boleh pakai cantik-cantik, hensem-hensem, kita ni perempuan TAK ADIL lah kalau nak kena pakai warna orang tua, tak ceria, oh kamon, this is our life, we have to put some colors on it! Ewah!

Maka keluarlah fesyen-fesyen yang macam parti harijadi kanak-kanak. Atas merah, tengah biru, bawah hijau. Dan mata pakwe sebelah sana terjuling sekejap, maka mereka perasan 'Oh! Mereka suka lihat aku begini!'

Dan part paling hebat, bila keluar kata-kata 'Hey, kami muslimah berfesyen. Muslimah moden.'

Stop. Mari betulkan sama-sama semua ni.
Tapi, jangan buang dulu baju parti harijadi tu. Sebab?

Sebab saya tak kata kamu tak boleh pakai semua tu, cuma betulkan cara, tempat, masa, dan kaedahnya saja. :)

Saya pakai tudung lilit-lilit warna warni sebelum solat. Saya pakai di bahagian dalam telekung. Biasanya, orang dulu-dulu pakai anak tudung 'lusuh-berbau', yang kalau boleh depan pakwe pun taknak tunjuk. Tapi kita ubah, kita pakai cantik-cantik, depan yang Haq.

Saya pakai minyak wangi sebelum solat. Supaya saya seronok bersolat. Supaya saya yakin bila nak 'jumpa' Pakwe saya. Oh ya, tapi kalau solat di luar, jangan buat ya. BAHAYA!

Saya pakai bedak, dan sapu celak sebelum solat. Biar Dia lihat saya lebih indah berbanding yang orang lain lihat.

Jadi? Siapa kata muslimah tak boleh berfesyen? Tak boleh cantik?

***Ini cuma applicable untuk orang bujang saja. huks***

Monday, June 11, 2012

Mengejar Doktor.

Waktu di sekolah dahulu, cita- cita aku mahu menjadi doktor. Doktor apa, aku pun tak tahu. Yang pasti, aku suka bila bergaul dengan kanak-kanak. Dan waktu tu, ada saja orang kata "yang pegang- pegang baby tu bukan kerja doktor. Jadi nurse jelah!" Entah. mungkin waktu tu belum cukup terdedah dengan situasi kerja sebenar. Biarlah.

Tapi, sepanjang meniti liku- liku SPM, memang doktor saja yang ada dalam kepala. Dan bila keputusan keluar, alhamdulillah. Cumanya, sewaktu mengisi borang UPU, hati aku dibolak- balikkan lagi. Aku rasa belum cukup kuat untuk melihat darah, dan berhadapan dengan ujian yang berkisar nyawa manusia. jadi aku ubah pada saat akhir, aku letakkan Asasi Pertanian yang paling atas. Kerana waktu itu, aku fikir paling tidak, aku masih dengan ilmu Biologi. Ya, aku sangat suka pada Biologi. Kerana Puan Noorzehan rasanya, guru komited.

Dan akhirnya aku diterima untuk memasuki Asasi Sains Pertanian, UPM. Tapi entah kenapa, ummi pula yang bertanya tentang program perubatan di Mesir. Aku tahu, dengan duit insyaAllah aku diterima. Tapi,,,, entah. Hingga akhirnya, pasport siap, sijil- sijil semua sudah diterjemah, dengan RM50 setiap keping, borang KPT pun siap diisi. Tapi sebelum borang dihantar, aku mengusulkan kepada ummi, tak perlu lah ini semua. Di UPM pun ada program perubatan. Lama lagi perjalanan kalau ke Mesir. Dan akhirnya, semuanya dibatalkan. Aku masuk ke UPM.

Waktu itu, UPM terkenal dengan program Veterinarnya. Jadi, aku memasang angan- angan, kalau tidak jadi doktor manusia pun, jadi doktor lembu pun okay apa. At least, lembu mati tak seteruk manusia mati. Cetek betul fikiran waktu tu.

Tamat sahaja Asasi, aku isi borang ke Program Ijazah UPM. Paling atas, perubatan. Kerana aku masih mahu merealisasikan impian ibu ayah, jadi aku usahakan juga. Biarpun orang kata CGPA waktu itu hanya atas pagar untuk program perubatan. Di nombor dua, veterinar, impian aku pula. Di tangga ketiga, matematik. Sebelum aku hantar borang tersebut, ada seorang sahabat meminta untuk melihat borang aku. Aku izinkan.

Semua program yang kami minta sama. Cuma susunan sahaja yang lain. Jadi dia mencadangkan aku ubah, mengikut susunan dia, nanti dapat keputusan sama- sama, belajar sama- sama. Oh, waktu tu sangat teruja!

Serta merta aku ubah. Saat keputusan keluar, dia telah dipanggil untuk temuduga program perguruan, dan aku terikat pada matematik. Doktor pergi ke mana, veterinar pergi ke mana. Allahu.

Mungkin saat ini, cuma tinggal gelaran 'Dr' yang mampu aku kejar. Entah.

p/s:
1. Aku masih sedih bila ada kawan- kawan yang melihat sijil SPM aku, dan mengatakan "hei, dengan keputusan macam ni, kau boleh amik course doktor tahu?". Ya, aku tahu. Tapi aku kena lupakan.
2. Adik sekarang sedang dalam proses untuk ke Mesir. Kursus Syariah, insyaAllah. Dan aku masih tacing bila ummi sebut "tak tahu Kerajaan Selangor ada biasiswa pergi Mesir. Kau isi lah borang doktor tu lagi, mana tahu dapat. Tambah lah sikit berapa tahun study..." Allah. Allah.


sadid sigaraga