Pasar Malam.
Sepasang suami dan isteri yang cacat penglihatan dapat ku lihat dari jauh. Mana tidaknya, mereka duduk di tengah jalan. Aku lihat pada wang yang ada, wajah pakcik tadi dan gerai ayam goreng silih ganti ku pandang. Ah. Kalau aku bagi pakcik tu, tak dapat beli ayam goreng nanti. Serta merta aku berlagak tidak perasan pada pasangan tadi semasa melintasi mereka. Tapi di dalam hati, aku harap tidak ada manusia yang perasan, lalu mengatakan aku kedekut. Padahal sebenarnya memang itu yang sebenarnya.
Jejantas Komuter Serdang.
Siapa sahaja yang biasa dengan tempat ini pasti kenal dengan pakcik berbangsa india yang kudung kakinya. Dari aku Asasi lagi, dia sudah sedia duduk di situ. Itu kira-kira 4 tahun yang lepas. Dan hujung kaki kudungnya masih dibalut. Kadang-kadang dengan tompokan merah darah. Kalau mahu dihitung dengan akal waras, tak mungkinlah lukanya masih belum sembuh. 4 tahun! Dan dia cuma duduk di situ, memegang sebuah bekas plastik, diisi dengan beberapa keping wang syiling supaya dapat mengeluarkan bunyi apabila digoncang. Dan bila saja ada yang menghulurkan wang kertas, dia akan terus menyimpannya. Lalu apa yang perlu aku fikirkan selain 'pak cik tu pemalas'? Maka, untuk aku turut menghulurkan sedikit wang, jauh sekali.
Bazaar Ramadhan, Seri Serdang.
Tempat ini adalah tempat kegemaranku sepanjang berpuasa di kolej. Ini lah tempatnya untuk menghadap selain dari nasi goreng tawar, menghidu selain dari ayam kering, dan kemudiannya menjamah selain dari tomyam minyak. Di celah-celah orang ramai, ada seorang kanak-kanak berjalan dengan sekeping kertas, beg silang, dan wajah yang sayu. Wajah itu sangat aku kenali. Wajah memohon belas. Wajah itu selalu aku lihat di kaca tv, popular dalam tempoh bercakap tentang sindiket kanak-kanak yang dipaksa untuk meminta sedekah. Memikirkan perkara yang sama mungkin terjadi pada kanak-kanak tersebut, tak mungkin aku mahu turut terlibat untuk menggalakkan sindiket begitu. Jadi kanak-kanak tersebut turut aku abaikan.
**********
Akhirnya, pada siapa aku mahu memberi kalau tiap kali aku lari? Sedangkan janji Allah itu pasti. Satu kita bagi, sepuluh pulangan dijanji. Siapa aku untuk merasa sombong dengan tawaran sehebat itu? Sudah banyakkah pahala? Sudah penuhkah amalan? Sudah tersediakah syurga?
Allahu.
Sungguh aku lemah. Fikiran akal tidak selalunya benar. Kerana kita cuma manusia. Fikiran akal dari jiwa yang penuh keimanan saja mampu menjadi penunjuk jalan.
Yang utama adalah niat kita. Kalau pun kita ditipu, penanggung dosa tersebut bukan kita. Tapi kalau mereka tidak menipu? Mahukah kita cuma melihat?
Slot Online Dengan RTP Tertinggi
5 days ago
5 comments:
Assalamualaikum wbt..
Berfikir sehingga jauh seperti kira-kira orang kafir masak, kita tertanya-tanya minyaknya, kualinya samak atau tak. Berfikirlah setakat yang kita mampu.
Keadaan memikirkan perkara ghaib yang kita sendiri tidak tahu. Masa depan, masa lepas dan punca-puncanya.
saya pun tidak terkecuali lemah.
Sebaik-baik nasihat adalah saling ingat mengingati bukan memperbetulkan orang lain. :)
PencariALLAH, Betul. Saya pun lemah. Cuma berkongsi sesuatu yang Allah ajarkan pada saya. Alhamdulillah punyai teman yang saling ingat-mengingatkan.
Sampai syurga, amiin. :)
Saya rindu awak @penchenta :)
Alhamdulillah, rindu PencariALLAH juga. Fb kn ada... :) tapi lain kan rasa bila di fb? Rasa macam orang lain... Entah kenapa.
Saya selesa berblogging dari buat status. :) saya rasa ramai yang macam tu :)
Post a Comment