>

Thursday, September 3, 2015

Pengalaman Temuduga 1 (HSBC)

Post ini ditulis untuk menceritan pengalaman menghadiri temuduga supaya sahabat-sahabat boleh mengambil sedikit pengajaran untuk membentuk keyakinan (kekonon dah tahu apa bakal jadi waktu interview nanti) Eceh. Kalau dapat kerja, jangan lupa belanja noh. (Lebih dari belanja doa plishhh) Ehek.

***************

Permohonan pekerjaan dilakukan melalui dalam talian, lebih spesifik melalui jobstreet. Post tersebut adalah Anti Financial Crime Executive (kalau tak silap. dah lama benar rasanya aku apply).

Pagi esoknya (ya, memang cepat) aku dapat call dari seorang lelaki yang dari dialeknya aku rasa dia bukanlah lelaki tempatan. Bukan Cina, bukan India, bukan juga Melayu. Disebut bahawa dia dari HSBC dan ingin melakukan temuduga dalam talian (on call interview). Kalau tak free, sila mention pada dia awal-awal. Takyah nak rasa "ehh, sayang kot lepas peluang". Sebab takde lepas peluang pun. Bagitaw pada dia masa dan tarikh yang anda lebih selesa dan minta dia call semula. Lebih kukuh kalau cakap "Sorry, I'm driving. Do you mind to call back in 30 minutes time?" Haa.

So waktu tu, apa sahaja aku cakap, aku dengar dia tengah typing. Tup tap tup tap. Sampai aku tanya "Did you get it?" hahah. Takut dia tak sempat tulis punya pasal. Kih kih kih.

Memula, macam biasa dia mintak perkenalkan diri dan cerita sikit pasal background. Then dia tanya kenapa nak kerja dengan HSBC. Buatlah ayat sedap-sedap. Tipu pun takpe. Tipu sunat. (Sape tipu kena sunat) Hahh.

Dah habis guna ayat gempak begitu bagai, dia tanya "Do you have any idea about financial crime?" Jeng3. Sape tak tahu, habislah. TAPI. Yang penting, jangan mengalah. Mention sahaja apa-apa asalkan tak nampak stupid. Contoh: Kes orang bank keluarkan duit customer etc. Jangan pulak kes kau mintak duit kat mak, mak ketuk tangan kau kata crime. Haa. Tup tap tup tap dengar lagi dia menaip.

Then, dia cakap "CONGRATULATIONS, you have successful in this on call interview. Bla bla bla...."
Waktu tu dia tanya bila kita free untuk next interview. Datang ke HSBC Processing Centre Cyberjaya, dan ada test. Test bukan sikit. Banyak. Haha. Confirmkan email sekali lagi. Dan tunggu email.

Dalam email tu baik jugak lah HR, sebab bagi details untuk test nanti. Ada English test (grammar, listening, comprehension), logical test (budak math senang lah ni) dan tak lupa financing and banking terms (payah bhai kalau tak tahu langsung bab ni. Logical test tu siaplah tanya "Kalau orang tu gaji banyak ni, dia deposit bulan-bulan banyak ni, kerja itu ini, then setahun tiga kali hantar duit pergi timur tengah. Apa agaknya jangkaan kita? Normal atau tak normal?" Maka, jawablah semua soalan berdasarkan logik masing-masing. Yang penting, logik okay!

Parking waktu tu dekat luar. Dalam penuh katanya. Melainkan hangpa bawak kereta VIP lah. Setakat kancil kita tu memang kena park luar la. -.-"  Datang jam 10 habis pukul 5 baq hang. Pukul 2 dia bagi break sampai 3. Pergi lah kome cari makan. Please takyah kelam kabut taknak makan ye. Nanti perut tak selesa mood tak ada interview tak berjaya. Gitu pantun tiga kerat.

So untuk face-to-face interview, bacalah pasal AMLA (Anti Money Laundering Act), Money Laundering, banking dan tanyalah soalan yang best-best dekat interviewer. Contoh: kome fikir la sendiri. Hahah.

Sekian. Semoga berjaya buat pembaca.

2 comments:

Bijen M. said...

Pastu hang dah berjaya belum?

~PENCHENTA~ said...

Takde mood dah nak menaip weh. Banyak lagi interview experience terpendam. Ahah

sadid sigaraga