"Dekat sekolah aku, kalau beli milo ais, harga dia 50 sen. Kalau beli milo tabur RM1"
Kanak-kanak kecil berumur 7 tahun mula berbicara. Keterujaan memulakan persekolahan masih kelihatan.
"Aku selalu beli milo tabur. Tapi aku tak makan pun milo tu."
Dia masih seronok bercerita.
"Lahh. Kenapa pulak?"
Suatu respon pendek dari aku.
"Nanti nak berak susah. Aku tak suka."
Oh. Alhamdulillah, ada juga pengajaran dari kisah yang lampau. Kes mencangkung di tandas berjam-jam. Aku gelak perlahan.
"Kenapa tak beli milo ais je kalau macam tu?"
"Sebab aku takde 50 sen. Ummi bagi aku RM1 je."
Wajah kemho
Erk.
Pelukis kononnya
Pengaruh Transformers. Rumah menjadi manusia. Amacam?
....
11 comments:
ahahahaha ni lawak gila.. thohir2!
Haha. Itu budak sengalss. :P
haha. hensem manusia rumah tu. :D
Hahah. Banyak lahh kauu.
anak menakan? comel..
Anak menakan pe bendanya kak. Adik saya lahh. Haha. Kann saya muda lagi. :P
Kih3.
banyak kali kite bace, then gelak sorang2! haha selamat ummi tak bagi rm 50, kalau tak mesti tak makan budak ni niihhh
Tya~
Sakit perut akak gelak^^
Cik Pah: Haah kan. Haha. Sengal lahh.
Kak Pqa: Grr. Dokter saket perutt? :P
sy ada tabung duit 50sen.. meh bagi rm1 tu, nanti sy bg 50sen.. (",)
kira murah dah tu klau milo ais 50sen.. kat luar mana nak dapat.. kat sesetengah kedai mamak mau jugak milo ais je pun dah rm2.. hehe..(",)
Hahah. Takpelah. Kami dah convert banyak2 50 sen utk dia. Haha.
Sebab tu saya tak makan kat luar kecuali dengan mak. Haha. Mahu lesap poket. :D
Post a Comment