>

Thursday, August 25, 2011

merai kemenangan

Hari itu kita berniat mahu mengubah diri dari alam maksiat. Kita tetapkan mahu mengekang nafsu selama sebulan. Dan harapnya agar berkekalan setelah tamat 'tempoh latihan'.


Alhamdulillah. Kita berjaya mengekang nafsu hingga ke akhir bulan. Dan tiba saat untuk kita meraikan kejayaan. Apa mungkin kita meraikan usaha menjauhi maksiat dengan berbuat maksiat?


TAK.


Macam tu jugak Syawal nanti.


Sebulan dah pakai telekung-tutup-habis tiap-tiap malam, takkan sampai je Syawal nak raikan dengan adegan mendedah aurat dengan baju 'see-it-through'?


Sebulan dah makan sikit-sikit tiap-tiap hari, takkan sampai je Syawal nak bantai makan sampai tersandar?


Sebulan dah baca Quran tiap-tiap kali lepas solat, takkan sampai je Syawal taknak buka langsung dah?


Sebulan dah bangun malam tetiap malam, takkan sampai je Syawal Subuh pun terlajak?


Kalau betul macam tu, aku harap Syawal tak datang dan Ramadhan tak pergi. Aku harap.

7 comments:

Afida Anuar said...

Akak pun harap lagu tu...

Ulfa Hisham. said...

Ramadhan tetap akan pergi. yang boleh berterusan ialah amalan. tu yang kena usahakan.

doakan aku. :(

~PENCHENTA~ said...

Kak Afida: Moh doa semoga kita sampai ke ramadhan yang seterusnya. :)

Ulfa: Aku pun. Moh doa sesama. Bangkit malam ni. Nanti aku miskol. Keh3. :)

Bijen M. said...

Tak bolehlah kalau kau nak klem duit raya nanti kat aku.
Pasal aku puasa lagi.
Kah kah kah!

~PENCHENTA~ said...

Lambat pun takpe. Aku tunggu. Kah3.

fuad ansari said...

betul jugak tu.... sebulan dah bersusah payah menjaga diri dari anasir2 yg tidak baik, akhirnya di satu syawal kita sudah tidak mampu nak teruskan.. ralat jugak rasanya(",)

slmt hari raya.. husna nak duit raya boleh?? (",)

~PENCHENTA~ said...

En Fuad: Tu lah. Semoga istiqamah amalannya. :)

Suruh husna mintak sendiri. Hahah. Nanti nak serang lah rumah orang bangi. :)

sadid sigaraga