Pemanduannya tidak laju tetapi cekap. Cukup cekap.
Paling pantang baginya kalau ada kereta yang 'lemau' di jalan raya. Contohnya, mereka yang berada di lorong memotong, tapi dengan kelajuan yang cuma 40 km sejam. Dia berdoa semoga manusia begitu bernafsu sedikit ketika memandu.
Bibah saat ini sedang berada di lorong memotong. Triton di belakang sibuk mencucuk kereta Comel si Bibah. Bibah geram. Di hadapannya berderet lagi kenderaan dek terdapat kenderaan 'lemau' di hadapan sana.
Dia bertindak pantas ke lorong tengah. Dan terus ke lorong perlahan. Dia situ, tiada langsung kenderaan menghalang. Sebaik melepasi Kenderaan 'lemau' tadi, dia masuk semula ke lorong memotong dan memandu pulang dengan senyuman.
PAP. Polis trafik yang mengadakan speed trap turut tersenyum.
Saat ini fikiran Bibah kusut. RM300 perlu dicari untuk membayar saman. HAIH!
13 comments:
Bibah.. Bidah.. Tak padan dengan nama.. Dah kena speed trap.. polis jugak yg kaya...
p/s: itu belum lagi kalau ada orang langgar belakang kereta bibah.. polis jugak yg kaya (sebab yg melanggar tu kena saman).. bibah (mangsa keadaan) hanya dapat susah kerana terpaksa meletak kereta kat bengkel selama seminggu dengan kereta tidak berapa nak cun seperti dulu2.. huhu..
SALAM,
hmm mcm sama pesen plak akk ngan si bibah ni...paling pantang kalau dgn kete 'lemau' ni...agak2 la kalau nk ambik angin...kasi orang naik hangin je..hihihihi...p pun Allah nk soh kita tingkatkan kesabaran..cuma tlgla..akk mmg kena merempit kalau nk g skool pepagi...kalau x, lambat memanjang jwabnya...~
En Fuad: Kesian sangat dekat Bibah tuu. Huhu. Setakat ni dengan kecekapan Bibah, dia belum pernah kena langgar belakang. Haha. :)
Kak Sue: Perempuan memang selalu pantas. Kan? Haha. :P
Saya pun kena speeding jugak pepagi. Kalau tak segan nak berjalan depan student semua, nak masuk kelas. Haih. T__T
aduhai...Allah nk tingkat darjat tu...
Ishk. Tak payah lah menyedapkan hati. Nanti lagi naik lemak si Bibah tuu~ ISHK. :(
hahaha.....byr jelah RM300 tu bibah, abis cerita....duit blh dicari
Tu la bibah, tak sabar sangat... nak kejar apa yang bawak laju sangat tu? he he...
akak pernah kena speed trap sekali..oh sentappp... tapi nasib baik time tu ada diskaun. So bayar 150 je la.. hu hu (nak citer gak yang penah kena speed trap ni..kekeek)
kesian si bibah melayang RM300. hahahha
Kak Norsha: Kalau ada duit, memang Bibah tu niat nak bayar. Tapi kocek Bibah pun dah kosong buat isi minyak merempit. Haha.
Kak Afida: Haihh. Bibah tetap bedoa' supaya kerajaan akan baik hati untuk meraih undi pilihanraya akan datang. Semoga dalam akhbar muka depan esok bertulis "Kerajaan Lupuskan Saman Trafik". Haha.
Shameel Iskandar: Bibah menangis baca komen kau ni. :|
Bibah kata "Macam ni lah kawan... T__T"
hati2 lepas ni bibah.. kamu dalam pengawasan.. hehe..
salam singgahh.. ^^,
Gi bayar dekat Bukit Aman.
Murah je.
Btw kalau gualah kena cucuk dengan Triton tu, gua pi sebelah dulu.
Lepas kena potong, gua cucuk balik Triton tu sambil beam-beam ke dia.
Tapi pastikan kereta lu tu mampu mengejar dialah.
Kalau tak sia-sia makan asap kena tutuh gelak.
Ok sekian!
Faaein Talip Roy: Kesian kat Bibah tu. Hari-hari menangis. Keh3.
Bijen: Jauhnyaaa bukit aman. Tolong bayar boleh? Hee. :D
Kereta gua pun tinggi tayar dia je. Kau rasa aku highlight dia nanti dia nampak tak? Haa.
Eh. Ini bukan kisah aku. Ni kisah Bibah. Ishk. -.-"
Post a Comment