Kepala Bibah semakin berdenyut-denyut. Mungkin kerana penyakit resdungnya semakin teruk. Doktor pernah pesan dahulu, disebabkan ada blockage pada ruang sinus, sakit kepala boleh berlaku. Dia cuma berdoa, kerana dia tahu bahawa doktor pun sebenarnya tidak tahu bagaimana sakitnya, CUMA ALLAH YANG TAHU.
Pagi.
Bibah ada ujian subjek MTH3200 hari ini. Bibah diam sahaja, kerana dia tahu malam tadi dia tidak sempat menyentuh semua nota kuliah. Bibah menyeluk begnya, mencari kotak pensel. ALLAH. Tak bawa!
"Mad, pinjam pen. Ada pensel lebih tak?"Bibah membawa pen yang sebatang itu ke tempatnya.
"Nah. Aku ada satu je pensel."
"Takpelah. Pen pun boleh lah."
"Kalkulator! Macam mana aku nak kira variance, standard deviation, coefficient of variance semua tanpa kalkulator?"
"Cuba kau tanya budak-budak kelas lain yang tak ada exam. Pinjamlah sekejap."
Kelas kuliah di sebelah diintai Bibah. Kosong. Apa nak buat?
Dia pejam mata. Dia tahu ALLAH FAHAM.
"Dengan nama Mu, ya Allah..."
Mata Bibah terlihat seorang wanita yang sedang menaip di meja rehat di ruang legar Fakulti Sains.
"Kak, ada kalkulator tak?"
"Ada."
"Alhamdulillah.."
Petang.
Bibah memandu pulang ke rumah. Kebiasaannya dia tidak pulang ke rumah hingga selesai kelas jam 10 malam nanti. Tapi hari ini dia bercadang mahu berbuka di rumah. Selepas Maghrib nanti, dia akan bergegas ke kampus semula.
Tiba di simpang tiga, Bibah menekan brek. Setelah dipastikan tiada kereta yang hampir, Bibah menekan pedal minyak.
"Pummmmmmm!"
Allah. Bersepai cermin tingkap kirinya. Tapi kali ini dia semakin yakin di sisinya ALLAH TETAP ADA.
Sekarang Bibah sudah mampu tersenyum. Allah dah bantu permudahkan setiap hal.
7 comments:
Allah.... Bibah takde apa2 kan? Alhamdulillah.... takpe la cermin bersepai pun, asal hati tetap lekat rapat dekat Dia..selalu.
bibah, lenkali berhati2 ye....
KakAfida, Bibah selamat, alhamdulillah. :D Bibah dah makin rasa yang Allah memang dekat. :D
KakNorsha, "InsyaAllah kak", kata Bibah. Hik3
bibah bibah... apa nak jadi dengan kamu ni bibah? ish ish ish. tapi alhamdulillah kerana kamu tak jadi seperti kak senah kamu.
dulu waktu belajrnya, apabila menemui jalan buntu (terutamanya time bas takda kelas pukul 8. bibah mesti tau situasi tu :D) walaupun Dia telah memberi laluan, ponteng kelas juga menjadi pilihan. :D ~jangan tiru aksi ini bibah.
Kak Senah katanya. Hik3. Dah biasa dah tu kak. Tapi kelas pagi selalu Bibah tak ponteng. Dia lebih gemar ponteng kelas petang. Wooo! Terbaik kalau dapat tidur katanya. :D
tersentap hati baca cermin kereta bersepai. Teringat saat xcident dulu. hampir menjulang maut. Alhamdulillah nyawa masih terlekat dari badan
Alhamdulillah. :D
Post a Comment