>

Thursday, November 10, 2011

Bila Kita Terlalu Lalai

Hari itu, hubungan mereka teruji. Dia pula adalah antara manusia yang rajin berkongsi perasaan di laman maya.

Dan esoknya, dia masih melayan cintanya kepada manusia lain, bernama lelaki.

Tanpa dia sedar, bahawa Tuhannya sedang mengatur sesuatu yang lebih utama, seperti yang dijanjikan. Maka bermula saat itu, tidak sampai sebulan dari tarikh itu.

Dan segalanya berada dalam ketentuannya. Tanpa kita ketahui...

Dan kemudian...

Waktu itu, penting lagi kah lelaki yang bermain perasaan dengannya?
Waktu itu, sanggup lagikah dia berfikir tentang cintanya terhadap manusia?

Dan tiba-tiba..

Saat ini dia telah tiada. Tapi apa yang lebih membuatkan aku sebak...



*********************
Rentetan ini menginsafkan aku. Betapa kita terlalu leka dalam mengejar duniawi, melakar perasaan pada hati seorang insan, bergembira atas kelalaian, dan betapa sikit pula ingatan kita untuk fasa yang mendatang.

Cuba imbas ke masa sebulan lepas, atau seminggu lepas, atau cukup semalam. Berapa banyak masa yang kita habiskan untuk duniawi? Dan berapa banyak pula masa yang kita habiskan untuk ukhrawi? Dan solan yang lebih penting, apakah kita sedia untuk perkara yang tidak kita jangka ini?

"Kalau kamu tanya semua mayat-mayat dalam kubur tu, mesti mereka pun cakap mereka tak tahu pun yang mereka akan mati saat itu"

Al-fatihah buat awrah. Semoga diringankan siksaanya, dan semoga kita mengambil iktibar. 

20 comments:

Afida Anuar said...

Innalillahi Wainna Ilaihi Roojiunn...

Masih banyak lalai kat dunia:(

Faaein Talip Roy said...

Daripada-Nya kita datang..
Kepada-Nya jualah kita kembali..

Peringatan buat kita yang masih hidup..


terasa.. banyaknya masa yang diluangkan untuk duniawi.. [-__-]

نور توفيقة ادريس said...

Tya...

Allah... rasa maca kena rentap jantung ni..

Allah.................

fuad ansari said...

im going to be single back..
msh kuatkah jodoh nie..

she really mean it.....

smoga beliau berada dikalangan insan yg beroleh kesejahteraan di sana..

~PENCHENTA~ said...

KakAfida, post ni banyak mengingatkan diri sendiri sebenarnya. Betapa saya ni banyak lalai dengan dunia. :(

SisFaaein, ya, peringatan buat kita sama2. :) Aha, saya pun terasa juga. :|

KakPqa, kann. Tya pun. Bila buka profile dia, rasa macam masa tya pun makin suntuk. Allah. Kak, rindu kamu. :'(

EnFuad, amiin, insyaAllah.

Unknown said...

dunia penuh dgn tipu daya...ramai org trtipu dgn nya...saya juga slah seorg drnya...doakan sy penulis yg budiman..

Unknown said...

dunia penuh dgn tipu daya...ramai org trtipu dgn nya...saya juga slah seorg drnya...doakan sy penulis yg budiman..

~PENCHENTA~ said...

Allahu akbar. Saya pun, mari usaha sama2 untuk lebih ingat akhirat. :)

InsyaAllah. Amiin.

Salsabila said...

Allahu..

alfatihah buat arwah. semoga kita tidak lalai. biiznillah! :')

Mindaberbisa said...

MasyaALLAH, besarNYA kuasa ALLAH..

~PENCHENTA~ said...

Salsabila, amiin. Semoga kita tak selamanya jauh dari dia. Semoga kita diberi pengakhiran yang baik. Semoga.... Amiin. :')

PencariALLAH, Allah Maha Besar. :')

Abu Zarim Mohamad said...

subhanAllah,,,moga Allah pelihara kite sume,,:(

s a r said...

assalamualaikum penchentaqu

subhanaAllah. percaturan Dia... siapa kita.. SubhanaAllah.

waktu tak menunggu kita. :'(

Hidayatullah said...

dunia kata pergi.. kubur kata mari..

blaja di RCMP ka?

~PENCHENTA~ said...

AbuZarim, InsyaAllah. Semoga kita pun menjaga hubungan denganNya.

KakSARku~, waalaikum salam kakak sayang. :) Hmm. Betul. Dan kita pun tak perlu menunggu masa. Buat semuanya sekarang. Sebab mungkin kita tak punyai masa yang ditunggu. yang pasti, semuanya Allah yang punya. :')

Hidyatullah, taklah. Kenapa?

Norsha said...

SubhanaAllah, mmg menginsafkan...

Hidayatullah said...

oh.. sebab ada kawan kat sane.. mne tau knal

~PENCHENTA~ said...

KakNorsha, alhamdulillah. Semoga kita boleh makin dekat denganNya. :')

Hidayatullah, oh, tak. Saya jumpa profile arwah melalui sahabat.

Addien said...

http://addienblog.blogspot.com/2011/11/sambutan-maal-hijra-antara-sunnah-dan.html

menjawab persoalam adakah islam menganjurkan sambutan awal muharram..

dan benarkah hijrah itu pada bulan muharram?

insyaAllah

~PENCHENTA~ said...

:)

sadid sigaraga