>

Friday, July 30, 2010

...sekian...

aku semakin realistik dalam menjalani hari-hari yang tinggal untukku bernafas.
ya! tidak pernah ada satu dalil pun yang mengatakan dia akan kita miliki sampai bila-bila.
sedangkan diri ini juga hanya pinjaman, maka apa yang bakal aku peroleh juga hanya pinjaman.
dan pinjaman itu ingin aku jadikannya sangat bererti, agar pelaburanku di akhirat kelak lumayan.

situasinya sama sahaja dengan wang pinjaman.
wajib untuk digunakan dengan baik agar pulangannya berbaloi.

tapi, banyak perkara yang aku terlepas pandang.
ahh, aku tak mampu menulis lagi.

Thursday, July 29, 2010

maaatilaaa~

bila ilmu hanya sandaran, bukan pedoman...
alkisah....


seorang pesakit akan menjalani sebuah pembedahan kerana penyakitnya yang kritikal.
PESAKIT: saya ada berapa peratus peluang untuk hidup selepas pembedahan ini doktor?
DOKTOR: 100 peratus!
PESAKIT: bolehkah begitu?
DOKTOR: ya! kerana dalam sebuah jurnal ada mengatakan hanya 1/10 orang yang menjalani pembedahan ini akan hidup. saya sudah membedah 9 orang, dan kesemuanya mati. anda orang yang kesepuluh. jadi, anda pasti hidup!


p/s: maaatilaaa! -dr. mat-

...dia manusia mulia, aku insan hina...

dia manusia mulia,
dan aku hanya insan hina.

dia bukan lahir dari keluarga bangsawan,
untuk aku angkat menjadi insan mulia,
juga, dia bukan si rupawan untuk memenangi hati ini.

tapi,
dia sang perwira dalam medannya,
dia hamba dalam ibadatnya,
dan dia istimewa buatku.

kerana dia juga,
kerap aku mengucapkan syukur kerana dikurniakan insan seindah dia.
kerap aku menangis dek pengorbanannya.

pernah suatu saat,
aku takut untuk mencintai manusia lain,
aku menolak kehadiran manusia lain dalam hati ini,
kerana aku mahu dia menjadi cinta manusia teragung dalam diri ini.

Monday, July 26, 2010

Tuesday, July 20, 2010

...cukup...

aku merenung sang bayu,
sepi.

aku menanti bisikan rembulan,
kosong.

tapi aku tahu,
kau tetap di sini,
di hati.

andai esok aku tidak di sini lagi,
aku harap sang bayu akan terus berhembus sepi,
dan sang rembulan akan bersinar kosong.

kerana bagi diri ini,
cukup aku milikimu..

Sunday, July 11, 2010

...ANAK MUDA...

walaupun penat, aku tetap menggigihkan diri untuk menulis,,, kisah seorang anak muda,,

aku terjumpa dia semalam, sewaktu menghantar ayahanda pulang ke sana.. aku terdengar sayup-sayup suara anak muda itu. 'Kak Yah...'

aku pandang, agak tertarik dengan getaran suara itu. tubuhnya yang kecil berbalut dengan sehelai baju panas berhud. agak KACAK.

di gelogsor itu, dia dan si Kak Yah sedang bergelak ketawa..

'Kak Yah,, hati-hati. Gelongsor ini sangat licin kamu tahu!'
dia bersuara. berbahasa baku. aku terkejut. malah tambah tertarik untuk memerhatikannya.

'Kak Yah, lihatlah aksi saya! lihat lah aksi saya yang hebat ini!' katanya sambil turun dari gelongsor dalam keadaan berdiri. dalam hati aku tergelak.

di sudut hati ini juga ada perasaan bangga melihat anak muda seusia adik bongsuku itu. dia istimewa antara berjuta yang lainnya..

sadid sigaraga