>

Friday, February 11, 2011

wanita adalah aurat..


Dalam sebuah hadisnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda:

الْمَرْأَةُ عَوْرَةٌ فَإِذَا خَرَجَتْ اسْتَشْرَفَهَا الشَّيْطَانُ

“Wanita adalah aurat, apabila dia keluar maka syaitan menghias-hiaskannya (untuk menarik perhatian lelaki).”

Hadis ini diriwayatkan oleh al-Imam al-Tirmizi rahimahullah (279H) dan ia disahihkan oleh Syaikh Nashr al-Din al-Albani. [Shahih Sunan al-Tirmizi (Maktabah al-Ma‘arif, Riyadh 2000) – hadis no: 1173] Hadis di atas memperjelaskan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

“Dan janganlah mereka (kaum wanita) memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.” [Surah al-Nur 24:31]


Aku gembira mendengar niat seorang sahabat, katanya dia ingin berjinak- jinak memakai jubah. Alhamdulillah. Dia seorang teman baruku, sangat baru. Tak sampai seminggu pun tempoh perkenalan. Tapi kami sudah boleh berbicara tentang hati. Seperti seorang kakak dan adik.


Dari bait katanya, aku terimbau ke episod lalu. Waktu itu aku sedang berjalan- jalan di bazaar jualan. Ya, seperti kebiasaannya wanita. Bukan ada apa yang perlu dibeli, tetapi banyak yang hanya perlu dilihat. (Hehe). Hinggalah mataku terancap pada sebuah gerai yang menjual tudung, skarf, stoking dan sebagainya. Aku membelek sepasang stoking lengan. Pada hematnya, memang aku perlukan yang baru, tapi bergantung juga kepada harga dan wang di dalam saku.


Lima ringgit je tu dik.

Kalau ambik dua tak boleh kurang ke kak?

Memang itulah taktikku tiap kali berbelanja. Mencuba untuk dapatkan harga paling rendah. Selalunya menjadi. Tapi kali itu, tidak.


Mahal lah kak.

Aurat tu lagi mahal dik.
Ambik kau kena sebijik. Haha. Ya, akhirnya aku akui. Memang aurat seorang wanita itu mahal. Dan mengapa perlu kedekut untuk menutup yang utama? Sedangkan baju yang cantik- cantik tu mampu je anda beli dengan harga yang lebih tinggi. Pentingkah untuk punyai baju yang cantik berbanding auratmu, wanita?


Jadi, buat teman baruku, jangan sia- siakan hidayah yang telah Dia berikan. Niat yang baik usah di lewat- lewatkan. :)

8 comments:

roses said...

salam adikmanis.
speechless.
insyaAllah.mudah2n semuanya berjalan baik.
(^___^)Y

~PENCHENTA~ said...

amiiin,, insyaAllah...
saya doakan ya, akak sweet.. :)

Wan Ahmad Izudean said...

sokong! serious sekarang makin kurang wanita menutup aurat!

~PENCHENTA~ said...

ya, kerana itu, kita kena tlg mereka. mostly mereka pakai mcm tu kenapa? sebab lelaki. pd hemat mereka, lelaki akan lebih 'perasan' mereka kalau pakai mcm tu. so, tlg lah betulkan persepsi mereka. :)

Bijen M. said...

Peeewit!

~PENCHENTA~ said...

peeewit untuk? grr. aku makin tak faham kau. keh3.

Anonymous said...

izinkan sy gelak..hihihi
sbb sy pon ske mintak discount.
nsb bek xkne ayat power tuh.
pape pon mmg betul, aurat lg mahal..kan?
alhamdulillah, smoga kita istiqamah,amin..

~PENCHENTA~ said...

ehehehh.. rugi lah tak kena. terkesan sampai sekarang. ishk.

insyaAllah, amiin.

sadid sigaraga