>

Thursday, June 16, 2011

kisah 'Jam'

Suatu masa dahulu, Tuhan menyuruh Jam agar bergerak setiap detik, sebanyak 36,216,000 kali.


Lalu ia menolak. Terlalu banyak katanya.


Maka Tuhan kurangkan kembali, dan menyuruh Jam agar bergerak setiap saat, sebanyak 3,600 kali.


Dan ia menolak lagi. Masih banyak katanya.


Maka Tuhan katakan, kalau begitu bergeraklah kamu setiap minit, sebanyak 60 kali. Apakah itu masih banyak bagi kamu?


Kalau masih boleh dikurangkan, maka 60 kali itu akan menjadi sesuatu yang banyak.


Kalau begitu, bergeraklah kamu setiap sejam. sekali sahaja cukup.


Baiklah, jawab Jam.




*******


Sedangkan setiap angka itu membawa kepada maksud yang sama. Bergerak selama satu jam. Cuma setiap angka memberi suatu pandangan yang berbeza pada minda. Jadi, lihatlah segala masalah pada pandangan yang lebih mudah. Maka segalanya akan menjadi lebih mudah.


Buat sesiapa yang pernah menonton '3 Idiots', ingat tak, ada satu part yang Rancho beritahu, bahawa hati kita sebenarnya pengecut. Betul ke? Mungkin. :)


*******
Teka teki: Di kedai jam, setiap jam yang dijual diletakkan pada pukul 10.10. Itu adalah waktu kematian pembuat jam. Tapi kenapa jam-jam tersebut tidak diletakkan ada waktu lahirnya seorang pembuat jam?

6 comments:

fuad ansari said...

untung sungguh kalau sudah mengetahui saat kematian.. (",)..

waktu lahir telahpun berlalu, maka yg tinggal hanyalah waktu kematian.. (",)

Afida Anuar said...

Penchenta..

hmm..sebab tak sempat nak catat waktu lahir, sempat catat waktu mati je..err;)

~PENCHENTA~ said...

En Fuad: Entah. Saya rasa tak beruntung lah kalau tahu. Sebab setiap amal saya bakal menjadi suatu yang hipokrit. Tunggu nak mati baru bertaubat. Allah sangat loving. Dia mahu kita selalu dekat dengannya. Jadi dia rahsiakan 'hadiah' tu buat suatu masa yang pasti akan tiba. Allah.

Jawapan tu dah hampir dah. Mungkin boleh cuba lagi. :)

Kak Afida: Err. Cuba lagi deh! ;)

Norsha said...

wah, komplikated juga teka-teki ni yek, emm...........sebab, kalau jam tu mati senanglah nak tukar batery kot...

Norsha said...
This comment has been removed by the author.
~PENCHENTA~ said...

Haha. Kak Norsha. Salah tuu. Tunggu eh next post. Mood belum datang lah nak buat post lagi. :|

sadid sigaraga