Pagi tadi ayah hantar saya ke kelas. Sejujurnya saya bagai terimbau dengan keadaan lebih kurang 4 tahun dahulu. Saat ayah akan selalu bangun awal dan menghantar kami sebelum sinar mentari kelihatan bersama kereta buruknya. Kereta kami waktu itu memang buruk. Sedangkan adik yang baru setahun setengah waktu itu pun beria-ria tidak mahu mengikut kami menaiki kereta. Kerana kereta itu buruk!
Dahulu sebelum turun dari kereta, wajib untuk kami mencium tangan dan pipi ayah. Dan saat pulang, wajib pula untuk kami melemparkan senyuman, untuk melempiaskan kegembiraan untuk dibawa pulang petang itu.
Tapi sekarang semuanya lain.
Aku pandu sendiri ke kelas. Dengan kereta serba baik. Ayah takkan benarkan aku pandu kereta buruk. Aku tahu, ayah takkan.
Sebelum melangkah keluar rumah, aku tidak rajin mencari tangan yang dahulunya hari-hari singgah di bibir. Sungguh aku tidak rajin. Cukup mencium tangan ibu. Dan aku lantas keluar rumah.
Saat aku pulang, sebuah senyuman itu kini aku rasa sangat berat. Bersertakan 'pertempuran' di atas jalan sepanjang perjalanan pulang, sepotong ayat dengan nada tinggi dirasakan lebih 'seronok'.
*******
Maka dalam perjalanan tadi Allah tunjukkan aku dengan seorang lelaki yang membawa anaknya menaiki motor. Si anak lengkap berpakaian tadika. Dan si ayah memakai beg berwarna merah jambu, bergambar watak kartun. Pasti beg itu kepunyaan si anak. Aku ketawa. Kelakar bagi aku.
Dan ayah cuma menjawab "Ayah dia cuma mahu anaknya selesa..."
:')
Allah, ajarkan aku cara menikmati anugerahMu ini sebaiknya.
Slot Online Dengan RTP Tertinggi
5 days ago
13 comments:
Nak nanges boleh tak? ;'(
sama2 kita hargai mreka...inshaAllah.. ^_^
adik!
comel la awak ni. nak ciom pipi boleh? haha.
btw, hari ni kakak pakai warna hitam, atas bawah.
teringat dekat awak.
tu je nak cakap. kbai. *sambil jelir lidah*
hargailah ayah dan ibu...=)
jom tmbah ilmu.=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/03/turunnya-nabi-isa.html
assalamualaikum penchentaqu!
aduh! kene sebijik ni! uhu
akak pulak, dulu pegi sekolah naik basikal. hee. kekadang je abah hantar. itu pun time ujan je. itu pun kebetulan abah akak kene duti hari tu. lepas tu balik sndiri naik bas. balik rumah tak jmpa abah dah. esoknya time akak balik sekolah baru jumpa balik. kalau berhantar je baru salam. ~ish ish. teruk benar si anak ni.
masa study plak, pegi balik berantar. ahah. gila gedik la kan. macam tak boleh nak pegi balik sendiri. akak tak drive dulu sebab lesen takda. ruma jauh jugak. tak macam kamu. sekangkang ultramen. hee
moral ~ sentiasa ingat mereka ada time kita susah senang. malah lebih mahu menyenangkan kita dari menyusahkan kita. :')
Syuhadaa, Aaaa. Takmo nanges lah. Kita bukan post kisah pembunuhan. Heheh. :D
CkinKembaq, insyaAllah. InsyaAllah. InsyaAllah. :')
AlFaqirRabiahAlAdaweeyah, haha. Macamtu, kita hari-hari pakai hitam atas bawah mesti ingat kat Cik Beah punya lah! Hihi. *Sambil sengih tunjuk gigi*
L, insyaAllah. Doakan saya juga ya! ;)
KakSARkuu,, waalaikum salam warahmatullah. Huaaa. Tacing lah kan kasih ayah2 ni. Kita ni anak macam mana entah. Ayah sedih tak agak dengan kita? Huuu. :'(
Mak ayah sihat?
suka cite ni..
Bila da besar, rasa awkward dengan abah. Tak tahu kenapa. Pape hal sume cite kat mak. Sampai one day tu abah cakap "Abah selalu tahu pape yang tempias-tempias mama bagitau je."
Rasa nak tergelak tapi mendalam maksudnya..
-Kak IA
oh ada lagi satu cite..
Dulu balik asrama mesti nangis2 tak nak naik bas. Cuti Kedah and Penang tak sama so Abah terpaksa balik keje awal sikit nak hantar kitorang balik asrama. Kesian jugak kadang2 die drive dalam keadaan letih dan mengantuk. Haih. Serious drama queen akak dulu.
Teringat ni rasa bersalah sangat. Moga dapatlah balas budi diorang.
K. IA
PencariAllah, alhamdulillah. :)
KakIA, hahaha. tya pun sama lah. Tak baik betul. Sobs. Sedih dengan diri sendiri. Haiyaa. Allah.
orang sekarang yg banyaknya, kereta tak sempat nak buruk dan kadang2 tu tak sempat nak abis bayar, dah nak beli yang baru.. (",)
apa2 pun, kereta buruk itulah yg telah berbakti menghantar seorang insan kecil ke sekolah yg kini sudahpun dewasa dan mampu membeli kereta yg baru..
anak kecil itu juga kini sudah mampu memandu seperti pelumba kereta F1.. byk betul jasa kereta buruk tu kan.. (",)
Ayah!
Nak beg tu...
Angry Bird!
EnFuad, huaaaa. Ni macam lagi banyak berbau perli je nih. Haha. Rameli pun lagi hebat kut dengan title seorang ayah. :)
BijenM, hahh. Tak faham.
Post a Comment