>

Sunday, May 6, 2012

Kamu

Rasanya dah terlalu lama saya 'berehat' dari menulis. Rindu pun ada, tapi perasaan mendatar lebih banyak rasanya.

Saat ini, mutiara dari langit sedang lincah menujah Bumi.
Dan manusia lain makin seronok dalam dakapan selimut.
Tapi hati sebenarnya sangat rindu pada zat si hujan.
Rindu pada sejuknya.
Rindu pada manisnya.
Rindu pada jernihnya.

Dahulu aku penanti setia pada sang hujan.
Pantang saja dengar dentuman dari sahabatnya,
aku pasti siap menadah nikmat.
Dan titis pertamaya pasti tiba padaku dahulu sebelum sampai ke Bumi.

Tapi usia membataskan semuanya.
Tak mungkin untuk aku membalas rangkulan bayu dingin.
Tak mungkin untuk aku berlari mengejar titis pertama lagi apabila panahan manusia lebih pantas dari titis hujan.

Saya rindu kamu.

7 comments:

Pencari Allah said...
This comment has been removed by the author.
Pencari Allah said...

Tak mungkin untuk aku berlari mengejar titis pertama lagi apabila DUNIA manusia lebih pantas dari titis hujan.

saya membaca dengan dunia

apa maksud dengan panahan manusia? :)

Bijen M. said...

Amboi.
Bila nak passing card ni?

Al Faqir Rabi'ah Al 'Adaweeyah said...

subhanallah.

indah dik! rindu kamu. (walaupun tak tahu kamu rindu kakak ataupun tidak)

semoga sentiasa di dalam barakahNya!

~PENCHENTA~ said...

PencariAllah, hihi. Sebab bila saya berlari dalam hujan, akan ada mata yang memerhati. Dan pastinya lebih pantas memerhati saya sebelum saya sempat mengucap kata rindu pada hujan. :'(

BijenM, ciss. Nampaknya kau menanglah. :(

CikBeah, huuu. Rindu akak jugak. Maaflah dapat jadi pembaca sepi jee. Tak ada mood nak menulis, baik di blog sendiri mahupun blog orang. Sobs. Akak, jom jumpa! :D

s a r said...

assalamualaikum penchentaQU.

ambik! sekali keluar gini gayanya ya.
alhamdulillah. :)

panahan manusia? erm.. rasanya pandangan mata manusia. ye tak? erm..

~PENCHENTA~ said...

Waalaikum salam kak SARkuu, :D

Alhamdulillah. Hihi. A ah, itu maksudnya. Cuma saje nak bagi lagi bermakna. Lagi banyak makna. :P

sadid sigaraga