Waktu di sekolah dahulu, cita- cita aku mahu menjadi doktor. Doktor apa, aku pun tak tahu. Yang pasti, aku suka bila bergaul dengan kanak-kanak. Dan waktu tu, ada saja orang kata "yang pegang- pegang baby tu bukan kerja doktor. Jadi nurse jelah!" Entah. mungkin waktu tu belum cukup terdedah dengan situasi kerja sebenar. Biarlah.
Tapi, sepanjang meniti liku- liku SPM, memang doktor saja yang ada dalam kepala. Dan bila keputusan keluar, alhamdulillah. Cumanya, sewaktu mengisi borang UPU, hati aku dibolak- balikkan lagi. Aku rasa belum cukup kuat untuk melihat darah, dan berhadapan dengan ujian yang berkisar nyawa manusia. jadi aku ubah pada saat akhir, aku letakkan Asasi Pertanian yang paling atas. Kerana waktu itu, aku fikir paling tidak, aku masih dengan ilmu Biologi. Ya, aku sangat suka pada Biologi. Kerana Puan Noorzehan rasanya, guru komited.
Dan akhirnya aku diterima untuk memasuki Asasi Sains Pertanian, UPM. Tapi entah kenapa, ummi pula yang bertanya tentang program perubatan di Mesir. Aku tahu, dengan duit insyaAllah aku diterima. Tapi,,,, entah. Hingga akhirnya, pasport siap, sijil- sijil semua sudah diterjemah, dengan RM50 setiap keping, borang KPT pun siap diisi. Tapi sebelum borang dihantar, aku mengusulkan kepada ummi, tak perlu lah ini semua. Di UPM pun ada program perubatan. Lama lagi perjalanan kalau ke Mesir. Dan akhirnya, semuanya dibatalkan. Aku masuk ke UPM.
Waktu itu, UPM terkenal dengan program Veterinarnya. Jadi, aku memasang angan- angan, kalau tidak jadi doktor manusia pun, jadi doktor lembu pun okay apa. At least, lembu mati tak seteruk manusia mati. Cetek betul fikiran waktu tu.
Tamat sahaja Asasi, aku isi borang ke Program Ijazah UPM. Paling atas, perubatan. Kerana aku masih mahu merealisasikan impian ibu ayah, jadi aku usahakan juga. Biarpun orang kata CGPA waktu itu hanya atas pagar untuk program perubatan. Di nombor dua, veterinar, impian aku pula. Di tangga ketiga, matematik. Sebelum aku hantar borang tersebut, ada seorang sahabat meminta untuk melihat borang aku. Aku izinkan.
Semua program yang kami minta sama. Cuma susunan sahaja yang lain. Jadi dia mencadangkan aku ubah, mengikut susunan dia, nanti dapat keputusan sama- sama, belajar sama- sama. Oh, waktu tu sangat teruja!
Serta merta aku ubah. Saat keputusan keluar, dia telah dipanggil untuk temuduga program perguruan, dan aku terikat pada matematik. Doktor pergi ke mana, veterinar pergi ke mana. Allahu.
Mungkin saat ini, cuma tinggal gelaran 'Dr' yang mampu aku kejar. Entah.
p/s:
1. Aku masih sedih bila ada kawan- kawan yang melihat sijil SPM aku, dan mengatakan "hei, dengan keputusan macam ni, kau boleh amik course doktor tahu?". Ya, aku tahu. Tapi aku kena lupakan.
2. Adik sekarang sedang dalam proses untuk ke Mesir. Kursus Syariah, insyaAllah. Dan aku masih tacing bila ummi sebut "tak tahu Kerajaan Selangor ada biasiswa pergi Mesir. Kau isi lah borang doktor tu lagi, mana tahu dapat. Tambah lah sikit berapa tahun study..." Allah. Allah.
Slot Online Dengan RTP Tertinggi
6 days ago
7 comments:
medical is not an easy carrier..
its more to charity.
Ehe. Entah. Mungkin sebab antara adik- beradik, saya yang paling 'lelaki'. Dan study pun alhamdulillah (kembang habis neh), sebab tu kut mak ayah simpan harapan. Ayah asyik sebut suruh apply medic USM, atau apply pergi India, hmm. Susah nak cakap.
assalamualaikum penchentaqu>
meh akak share kisah akak jugak. ~sibuk nak citer jugak. macam dah takda blog sendiri. ahaha
cita2 dulu sama dengan kamu. DR. kononnya ler. namun, yela. otak senteng time tu kan. ingat orang jadi doktor, belajar camtu2 je dah boleh jadi doc kan. (tapi ada je pun mmber akak macam org tak belajar, jadi gak doc. eheh)
disebabkan kononnya confident boleh dapat bagus result spm, belajar betul2 dah last minit kan. ambik kaw result! tak berapa nak best. akak memang dalam aliran sains. dengan result tu jugaklah try aply upu. UPM jgak pilihan utama. tapi disebabkan dah tak layak jadi doc kan. maka, pilihan utama haruslah veterinar. ~takdapt jadi doc orang, doc kucing pun ok apa. atleast kalau kita takdapat selamatkan nyawa kucing tu, mak ayah dia takda nak salahkan kita kan. :D ~senteng sangat ni pk! :P
dan disebabkan upu tak nak terima akak time, akak dah decide nak ambik je form6 sebab time form6 sngt gelemer dan baru di naik taraf sama dengan asasi.
maka akak masuklah skolah balik. masuk f6 dgn harapan cita2 masih boleh diteruskan sebab akak time tetap dalam aliran sains. dapat masuk kelas biologi.
mak abah akak time sgt upset bila akak decide nak ambik f6. tapi nak buat macam mna kan. redha je la sebab takat tu je akak mampu. nak menyesal pun tak guna. pergi skola f6 plak dah la jauh. kalau naik bas, kena 2 kali bas pulak.
maka nak dijadikan cerita, akak ada geng gak la msuk f6. ada yg drive kereta. setiap hari kena bangun pukul 5 sebab pukul 6 mst dah terpacak kat dpn rumah. sebab takmo tersekat dalam jem. sebab minggu ptama pegi skola naik bas, hari2 kne tulis nama sebab sampai pukul 8. eheh
masuk minggu kedua (dah puas kena buli dgn bebudak upper six) my mom said, boleh buat rayuan untuk upu 2nd intake. akak time dah syok gak la f6 sbb dah mula belajar. my mom n my dad bersungguh2 suruh akak buat jugak surat untuk 2nd intake. dan akhirnya, UPM terima akak but bukan vet mcm yg akak mintak. dapt aliran lain. sains bersosial.
ohhmyy... hati belah bagi sama ada nak pegi ke tak. namun, demi tak mnghampakan harpan, akak pegi la jugak dengan hati tak berapa nak ado.
sampailah sambung ke prgkt lgi atas, dlm aliran yg sama jugak. kalau diikutkan tempoh blajar, org yang blajar medic, memang dah jadi doc. tapi akak tak. takat tu jugak la. and now, rezeki tak berapa nak ada untuk dptkan kerja yg mnjmin. akak decide lagi sambung wpun dengan perasaan takut sebab akak risau tak bleh buat. sebab tu je choice yg ada pun skrg ni.
mak n abah akak tak kata apa dah bila akak decide nak sambung lagi. wpun ada je sedara2 yang tak support langsung akak nak sambung. alasannya,
"sampai bila kaw nak belajar SAR. Orang sekarang sibuk nak kumpul duit, kaw belajar tak habis2."
tacing tak tacing gak la dengar. frust tak yah cakap la. akak dah tak kira dah sekarang dah tya. memang pd awalnya, jrusan yg akak ambik bkn pilihan akak. tapi akak tak salahkan pun parent akak atas apa yg jadi pada akak sekarang. semuanyakan Allah yang tentukan. banyak hikmah yg akak dpt dlm akak tak sedar. kata orang, ikut kata mak ayah lagi berkat kan wpun hti kita tak boleh terima.
skrang akak hnya mampu menantilah apa yang jadi pada akak. sebab akak blum smbung lagi. inshaAllah bulan 9. ~dgn harapan nak sambung dkt UPM gak dpt jmpa tya. :D. namun, tetiba rasa ada kekangan lain. maka, UKM bermurah hati menerima akak. ahaha. UKM la pulak. tak tahu ler apa jadi dengan akak masuk tempt baru nanti. huu..
~uih. serius macam blog akak plak nih. ahha. SORRY TYA. saja nak share.
p/S>
tya fikir bebaik tya. jgan jadi macam akak. mula2 tak redha la akak jadi mcm skrang ni. tak brsungguh buat suatu benda yang sebnarnya Allah dh janjikan untuk kita. tetap jugak tak puas hati (tak bersyukur).
kan Allah tu akan BERI apa yang kita PERLU. bukan DIA beri apa yang kita mahu.
sabar tya. fikir bebaik :)
Heheheh. Sebenarnya semua orang memang ada cerita macam ni kan? Entah kak, tak tahu sebenarnya gembira ke, sedih ke, bila dapat Math ni. Tya suka je belajar. Apa2 pun tya tak kisah rasanya. Cumanya terkilan lah tak dapat jadi macam apa yang mak ayah nak. Tak tahu lah kak. Kalau tya amik medic pun, tya tahu kerja nanti susah. Utk orang pempuan, masa memang banyak dekat rumah. Jadi tya anggap Math ni memang dah aturan terbaik dari Dia. Cuma tengah berdepan dengan perasaan sendiri. Kecewa, terkilan...
:)
Ada benda nak share jugak ni.
saya setuju dengan comment pertama. doctor is not an easy carrier.
oh, mungkin kita lupa tentang rezeki kita oleh Dia, yang Maha Tahu segalanya :)
Sekarang dalam bidang ini. Tapi terfikir banyak puluh ribu kali untuk pergi ke perguruan.
Entah kenapa. Mungkin kerana doctor ni dah banyak sangat orang yang ambil. Bukan atas sebab tak layak, tapi terfikir, pendidik juga adalah antara salah satu bidang yang besar pahalanya.
Ilmu disebarkan. Pahala berjalan. kan?
masih terfikir, mahu tukar ke tidak. mohon didoakan :)
dekat mana pun kita berada dan ambil course ape, menyebarkan Islam itu satu tuntutan. InshaAllah :)
Oh ye, Malaysia lack of mathematic student. kan? ^_^
semoga Allah redha.
Wahahaha. Entah kak. Kadang2, sampai rasa dah tak tahu nak jadi apa. Yelah, kita manusia, memang tak reti merancang, sebab tu semuanya seharusnya bertawakkal. Itu lah mungkin silap tya. Sobs.
Entah kak, rasa mcm dah ramai jee mathematicians. haha. >.<
Belajar untuk bersyukur. Sujud syukur banyak-banyak.
Post a Comment