>

Wednesday, June 26, 2013

E-Day

Hari ini harinya. Cinta yang lama disulam tak bertali, kini akan diikat dengan persetujuan kedua belah keluarga. Baju cantik sudah ditempah. Penuh manik di badan. Melekat menampakkan bentuk tubuh. Apa guna ada tubuh yang cantik kalau tak diperaga bukan? Lagipun ini cuma majlis bersama keluarga kami dan keluarga lelaki sahaja. Bedak, celak, eye shadow, eye liner semuanya siap dioles mak andam dari pekan. Cantik. Memang cantik. Kalau hari ini tak jadi bertunang pun, pasti boleh dapat calon yang lain, kerana cantik.

Tak lupa, pelamin untuk bergambar nanti sudah siap dipasang. Sedondon semuanya dengan baju, dan barangan hantaran. Dua bentuk cincin telah disiapkan oleh pihak lelaki. Cincin merisik, dan cincin bertunang. Kami dah sepakat, waktu berbincang nanti si lelaki tak perlu hadir. Menggatal namanya kalau datang juga. Dah tak sabar sangat nanti nampaknya. Bila dah selesai semua barulah dia datang, menjamu selera bersama.

Usai sahaja perbincangan kedua belah pihak, kaum adam pakat keluar. Di tinggalkan saja anak-anak perempuan dan kaum hawa di dalam rumah. Tinggal 'kerja orang perempuan' saja. Sarung cincin, bergambar, dan sebagainya. Sebelum si lelaki pergi menjamu selera, rakan-rakan kami semua mengusik. Diajak si lelaki masuk dahulu, bergambar. Jurugambar pun tak kurang hebatnya, disuruh duduk repat-rapat, untuk simpanan keluarga masing-masing sahaja katanya. Disuruh pegang tangan, kami pegang. Di suruh anjak ke jambak bunga, kami anjak. Dia lebih pakar tentang fotografi. Kami ikutkan saja.

***********

Hmm. Ada rasa pelik tak? Rasa macam tak pelik. Tapi rasa mintak pelempang. Haihh. Trending orang sekarang bertunang. Menyampah rasa. Patutnya tukar jadi majlis akad je terus. Grrr. Maaf ye, marah minggu lepas tengok sepupu bertunang tak habis lagi. Sampai tok wan, pak long, semua nampak betapa marahnya aku. Pada semua aku tanya, kenapa buat itu, kenapa buat ini. Benda-benda yang tak patut semua dibiarkan saja. Sampai aku rasa majlis kahwin aku nanti semua orang boikot. Haha.

Adat kemain diangkat oleh ummat hari ini. Sedih. Banyak benda yang perlu diubah pada adat harini. Kenapa si lelaki tak perlu hadir waktu perbincangan sedangkan yang akan berlangsung nanti adalah majlis untuk dia? Kenapa kaum adam tinggalkan isteri dan anak-anak perempuan tak terjaga selepas habis perbincangan? Biarkan mereka lalai dan mengizinkan perkara yang tidak halal? Kenapa disusahkan badan dengan menggubah hantaran yang selepas itu cuma akan dibuang? Purata wang gubah hantaran sekarang RM90 satu dulang. Dan selepas dijamah isinya, bunga-bunga, bakul, riben pada hantaran cuma dibuang. Sedih. Lain kali balut dengan pembalut hadiah saja. Tak perlu timbul rasa riak kemudian hari, tak perlu banyak pembaziran lagi lain kali. Allahu.

Semoga yang membaca semua dapat tarik nafas, fikir panjang-panjang tentang masa hadapan. :)

12 comments:

s a r said...

assalamualaikum.

ahahaha. ~ops! tergelak besar pulak. ~hihih

last month adik akak (lelaki) bertunang.

disebabkan rumah tunangannya dekat sahaja, dia malas nak pergi. tapi family akak yang suruh datang jugak. Takut silap2 pulak masa perbincangan tu. hee.

bab pelamin, mekap segala tok nenek tu, memang biasa dah. sama je la kat mana2 akak jumpa. blum pernah lagi jumpa yang pakai baju kurung semata, duduk tanpa alas. balum pernah jumpa. yang selalu jumpa macam majlis orang nikah ada. tinggal suruh jemput tok kadi je. eheh.

sabaq na.. manusia hari ni.

semoga jadi peringatan untuk diri sendiri juga. bak kata pepatah.

BIAR MATI ANAK JANGAN MATI ADAT!

pergh! ada ke orang sanggup hilang anak? ~ahah :P

oh.. ada la.. musim2 anak main campak2 dari tingkat sepuluh, buang dalam plastik. macam tu ke? ohoho ~baik punya.

~maaf maaf maaf. maca entry sendiri pula. ehehe. ~no offence!

apa pun kembali semula padaNya.
astaghfirullahal aazim..

~PENCHENTA~ said...

Waalaikum salam, warahmatullah akak. :)

Haha. Waktu den nanti jangan harap la laki tu nak duduk lepak2 kat rumah je, mengharapkan mak ayah yg tunaikan hasrat dia. TAKKAN punya. Kalau jadi gitu, nak kena luku maksudnya tu. Hang yang nak kawen, hang kena berani lah nak cerita isi hati (ececehh)..

Yang tak pernah tengook tu lah yang jadi kat rumah ni nanti. Haha. Tapayah cincin bertunang pun takpe. Takpayah hantaran pun takpe. Yang penting bab bertunang ni untuk kenal bakal2 tu je. Tapayah majlis pun takpe. Haihh. Mesti bingung orang tengok ni satgi. Aihh.

Syuhada said...

Trend zaman sekarang - bertunang dah macam kenduri akad nikah cuma takde tok kadi je.

Akak sendiri pun bila tengok pelamin kengkawan rasa nak demam, pelik mane diorang dapat duit untuk belanja benda yang dipakai sekejaaaap je tu.

Tak berbaloi.

Phew. Harap kita yang paham 'lebih siket' ni boleh elak benda2 macam tu. :)

Mindaberbisa said...

perkembangan semasa:)

~PENCHENTA~ said...

KakSyuhadaAdros, Aaaa... Tulah. Doalah banyak-banyak, semoga kita ni ditingkatkan iman, diberi kefahaman. :')

PencariALLAH, ahah. Sesekali. :P

Anonymous said...

assalamualaikum akak,
saya ada usha blog-blog yag ambil kos major in math ni. alih-alih jumpa blog akak.
saya nak juga ambil peluang ni nak tanya pada akak memandangkan akak dah belajar banyak pasal kos ni lagi-lagi dekat upm sebab saya pun dapat kat upm jugak.

1) akak, dalam kos ni dekat upm, akak boleh bagitahu saya subjek-subjek yang saya akan belajar?
2) boleh tak kalau saya amek minor subejct yang berkaitan dengan IT?
3) dekat upm wajibkan student major math ni buat praktikal ke akak? sebab saya ada tanya someone dari usm, dia kata dekat usm tak wajib. saya baca someone dari uitm, dia kata payah benar nak cari tempat praktikal. betul ke kak?
4)saya dengar kos ni susah dapat kerja. betul ke akak?

saya harap sangat akak dapat jawab. sebenarnya saya dapat kos lelong, jadi saya terkilan sangat-sangat. result saya okay tapi tulah nak buat macam mana, rezeki tak ada. mungkin ada hikmah di sebalik semua ni. :)

saya minta sangat penjelasan akak.
salam ramadhan buat akak juga :)

~PENCHENTA~ said...

Waalaikum salam adik anon. Harap adik dapat drop email, it would be nice kalau dapat cerita directly kan. Takpe, ni akak jawab ya. :)

1. Untuk subjek, akak rasa mudah. Sebab kita belajar semuanya rentetan dari apa yang kita dah belajar waktu spm dulu. Untuk first sem, cuma macam asasi atau matrikulasi. Mengulang supaya kita ingat, dan mahir. Sebab benda tu lah yang kita akan guna sampai akhir nanti. Sebabkan akak main2 waktu first sem (huhu), sampai sekarang kadang2 benda2 simple pun kita dah tak ingat. Sibuk mengejar yang complex, yang simple dah campak ke laut. Uhuh. Kalau nak bagi nampak, kita belajar ajgebra, calculus, dan ada sikit statistik.

2. Kalau adik dapat BSK Major Matematik, tak ada option minor. Cuma ada subjek elektif, which is kita boleh pilih nak subjek elektif dalam fizik, biologi, kimia atau ekonomi. Tapi tu setakat subjek elektif je, bukan minor. Kena amik 3 subjek untuk part yang kita pilih tu, dalam 3 sem yang berlainan. So, IT tak ada. Tapi kalau dapat course IT, for sure kena amik beberapa subjek matematik jugak. :)

3. Hmm. Dia tak wajib. Tapi lebih mudah kalau buat praktikal. Kalau kita tak buat praktikal, kita kena ganti dengan subjek kelas. So kena masuk kelas untuk 1 sem, and ada exam semua. Kalau buat praktikal, tak ada exam, and buat waktu cuti akhir sem je. And kebanyakan orang dapat A untuk praktikal sebab bos mesti nak tolong pekerja dia punya kan, itu pun kalau kita buat kerja lah. ;)
Tempat praktikal tu sekarang tak susah dah. Sebab kebanyakan company besar mesti nak ada mathematician dalam company. And sekarang tempat2 untuk praktikal banyak. Kawan2 akak ada yang buat dekat bank, pejabat kerajaan, macam2 tempat lagi.

4. Bab kerja tu sama jugak macam waktu kita apply untuk internship. Mudah sebenarnya, sebab course math sekarang dah ada subjek statistik. So kita boleh masuk mana2 bahagian pun. Banking pun boleh.

Maaf sangat2 lambat reply. Lama dah tak buka blog. No phone akak 017-6670194. Apa2 whatsapp ke, sms ke. Dah 'tua' dah, tak giat ber-blogging. Huhu.

InsyaAllah dik, percaya pada Allah. Dulu akak pun rasa macam adik. Rasa nak tukar course, rasa nak tukar U. Sebab kita rasa kita deserve better. Tapi percayalah, Allah lagi tahu. Dan math as usual, sangat adventerous! Haha. Tak payah menghafal, tak payah study before exam. Asalkan kita faham je, insyaAllah dapat jawab exam. ;)

Ramai member2 jeles sebenarnya kalau tengok betapa relaxnya student Math ni. Sebab yang bekerja bukan jasad, tapi akal. :)

Salam ramadhan to you too. Semoga dapat raih sebanyak mungkin pahala waktu 'sale' pahala ni. :)

Anonymous said...

assalamualaikum akak,
terima kasih kak untuk jawapan yang panjang lebar.

ini email saya kak, dee_purplelily@yahoo.com

sekarang ni saya boleh terima hakikat yang saya dapat kos ni dan saya sebenarnya dah tak sabar nak masuk UPM ni hehe.. apa-apa pun, saya bersyukur sangat sebab masih diberi peluang untuk menimba ilmu. mak saya pun cakap, adalah tu hikmah kenapa saya diletakkan dalam kursus ni. sekarang ni, bila orang lain mengata yang saya dapat kos ni kena jadi cikgulah, saya dah tak kisah sebab entahlah, saya dah lali kot. :)

jasa akak sangatlah saya hargai. :)

~PENCHENTA~ said...

Waalaikum salam.

Bertuah sebenarnya masuk UPM ni. Sbb dia univ yang agak lama, so semua benda dah ada. Library best, padang best, tempat jogging best. Hehe. Nanti apa2 masalah contact lah akak. Kalau agak2 nak masuk kelab debat pun boley. Akak boleh rekemenkan. Kih3.

Apa2 kelab dalam UPM pun alhamdulillah aktif. So tak rugi lah. Kelab matematik UPM pun sama. Ni course BSDP ke BSK?

Dini Shukri said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

assalamualaikum akak,

saya bacelor sains kdengan kepujian.

emm, akak kenapa kos ni lain ya dengan kos sains matematik dekat universiti lain? padahal nama kursus sama je. ada kawan saya dapat di uitm. dia kata dia kena belajar subjek akaun dan dia ada minor. kalau elektif di uitm, dia kata wajib ambil. saya pun belajar subjek akaun ke nanti?

akak, dalam kursus ni saya kena belajar bio, fizik atau chemistry tak? saya tak faham sangat lah yang subjek elektif tu.

~PENCHENTA~ said...

Waalaikum salam.

Memang subject sampingan tu selalunya lain. Tapi main subject tu sama je rasanya.

Kat sini takde akaun dik. Tapi ada statistik. Subjek statistik kena amik sikit.

Elektif tu depends pada kita nak focus on apa. Kena amik 4 subject mcm tu. Ada offer bio, chem, phy, atau ekonomi. Boleh pilih.

Takpe, nanti ada lah orang elaborate nanti, insyaAllah. ;)

sadid sigaraga