>

Friday, June 14, 2013

Mahu sedekah, mahu duit bertambah.

Aku cemburu lihat ayah yang boleh menghulur pada siapa pun, lebih-lebih lagi kepada rakan-rakannya. Dan pada hemat aku, kawan-kawannya bukanlah yang jenis baik-baik yang boleh untuk aku anggap sebagai teman sehidup semati. Kerana hakikatnya, bila dia senang, dia akan pergi bersama teman-teman yang lain. Bila waktu 'kering', senyum kerang busuknya akan banyak kelihatan timbul dari lautan kesamaran.

Tapi ayah tetap ayah. Dia masih memberi.

Hati ini keras. Di simbah banyak mana hadis tentang bersedekah sekalipun, aku tetap aku. Duit yang aku cari, aku yang punya. Tapi entah bagaimana, suatu hari aku berniat mahu memberi. Aku memberi secara dalam talian. Aku masih ingat amaunnya, dan wang itu aku salurkan buat seseorang yang menghidap penyakit. Dan kemudian, wang seterusnya aku salurkan buat satu badan dakwah.

Dahulu aku menunggu pulangan satu dibayar sepuluh yang Allah janjikan buat mereka yang memberi. Lama aku tunggu. Buat penawar hati keras yang aku patahkan sedikit untuk cuba memberi, aku menunggu lagi.

Dompet aku tidak juga penuh. Mana pergi duitnya?

Suatu hari aku dan kawan-kawan menuju ke medan selera, mahu makan malam. Kami memang selalu bungkus saja, makan di bilik lebih selesa. Waktu dalam perjalanan pergi, aku meluahkan rasa..

"Hari ni nak makan kuey tiow. Nak mintak telur mata lah. Mahal tak jadinya? Kalau dapat double pulak, hai sedapnya."

Ya, aku memang cerewet tentang wang. Mungkin sebab itu juga aku berat untuk memberi. Sampai di kedai, aku minta seperti yang aku mahu. Kuey tiow dan telur mata, bungkus.

Naik ke bilik, kami berkumpul untuk makan bersama di ruang tengah bilik. Buka saja polisterin, aku terkejut. Betul telur double! Ini lah nikmat sebenar. Bukan pada wang.

Menangis sikit dapat telur double tu. Romantik betul Dia buat seprais gini. Hehh. :)

3 comments:

Mindaberbisa said...

wahh nikmattt...........

s a r said...

assalamualaikum.

nak gelak jap. hihi.

amboi~ sampai double.

rahsia Dia kan? mana kita tahu. tu Dia saje je test power tu. eheh. sangat nikmat ^__^

~PENCHENTA~ said...

PencariAllah. Sangat nikmat. Waktu tu baru tahu erti nikmat sebenar. Huhu.

KakSAR! lama tak nampak? Rindu lahh.
Ngee.
Sedap taw double. Terliur sudah haa. >.<

sadid sigaraga