>

Thursday, March 18, 2010

...indahnya waktu itu...

kesibukan hidup di kampus aku tinggalkan sebentar,
ketenangan di desa sedikit mengubat kesakitan ini...

dalam perjalanan,
alunan dari corong radio mungkin tidak cukup tarikannya,
sehingga adik2 aku sibuk mencipta 'siaran' sendiri....

sebuah kisah mereka perdengarkan kepadaku,
berlaku awal pagi tadi. tentang adik perempuanku yang paling kecil itu.

dia memang peteh berbicara. mulutnya umpama bertih jagung. banyak ngomelannya.
aku suka melihat gelagatnya. tapi kadang2 menyakitkan hati juga kata2nya.
sewaktu bertolak pulang dari kedah, anak muda yang baru mencuba bertudung itu disarungkan tudung oleh kakak-kakaknya. dilipat dan dikemaskan elok2.

tapi akhirnya si kecil itu melipat semula tudungnya mengikut keselesaannya. dari atas sampai ke bawah dagu. ala-ala makcik2 gitu. kakak-kakaknya yang lain malas mahu menegur. memang itu kebiasaannya. dia akan mengubah lipatan tersebut dengan alasan "aku rimas!".

dalam kereta, kakaknya mahu mengikatkan hujung tudungnya yang terlalu panjang. tapi ditolak oleh si kecil itu. katanya, "aku tak nak! macam makcik2!". terdiam kakaknya. pulak! "yang lipat tudung mcm makcik tu x pe pulak?"

zaman kanak-kanak memang menarik. zaman percambahan idea. waktu tu, macam-macam alasan boleh difikirkan. dan waktu tu juga, ada doktor-doktor yang bermain barbie serta menjadi askar. sungguh seronok waktu itu.....

No comments:

sadid sigaraga