>

Tuesday, March 30, 2010

...kehilangan...

hari ini aku banyak cakap. sangat banyak. hingga ditegur oleh seorang teman.
"sejak dua minggu yg lepas kau sangat pasif. kenapa hari ni kau gelak2?"
baru aku tersedar. 'ye ke?' hati ini berbisik.

terimbau seketika ke tarikh 14 mac 2010. saat pemergian nenekku dari bumi yang fana ini.
sejujurnya, aku tidak pernah merasa kehilangan. inilah kali pertama.
di awalnya, aku tidak merasa apa-apa. malahan, aku juga sebenarnya tidak merasa kehilangan.
mungkin kerana aku sudah bersedia, di saat dia sedang kesakitan, aku bina kekuatan untuk menerima apa sahaja berita kemudiannya.

namun, lain pula yang kurasa.
keadaan ini mengingatkan aku tentang kematian.
saat itu, aku rasakan sebenarnya kematian itu sangat dekat dengan kita.
mungkin kerana nenekku sakit tidak lama, dan kemudian terus pergi tinggalkan kami.
akal ini kemudiannya mengaitkan pula insiden itu dengan keadaan di sekitarku.

apabila aku terkenang ibu yang jauh dari pandangan mata, aku takut.
detik terkenang pula ayah yang tiada khabar berita, aku gerun.
mungkin itu yang menyebabkan aku pasif dua minggu itu.
aku terlalu takut kehilangan. sedangkan itulah lumrah kehidupan.
ya Allah, kuatkanlah imanku. agar aku dapat menerima segala ketentuan-Mu.. amiin..

sadid sigaraga