>

Wednesday, May 26, 2010

...hospital ghaib...

tidak jauh dari bandar, ada sebuah hospital yang berfungsi sama seperti hospital kerajaan mahupun swasta yang lain.. bezanya, kalian tidak akan dapat melihat apa-apa dari segi fizikal kecuali beberapa buah katil dan seorang ustaz untuk berkomunikasi..

dengar-dengarnya, banyak sudah pembedahan dilakukan.. dari penyakit yang dianggap ringan seperti batu karang, hinggalah masalah jantung... menariknya, setiap pembedahan tidak akan melukakan kulit apatah lagi ingin meninggalkan parut..

kelmarin, jiran depan rumahku baru ditimpa penyakit batu karang.. saat beliau sedang terlalu sakit, beliau meghubungi ustaz tersebut untuk meminta bantuan. menurut beliau, disebabkan tidak larat untuk ke 'hospital' tersebut, ustaz menghantar pertolongan melalui angin, dengan meminta beliau berbaring selama 10 minit.....dan sihat!

cerita lain pula yang kudengar dari jiran lain, dia membawa anaknya berubat.. kata ustaz itu, anaknya kekurangan darah dan mungkin darah yang paling sesuai untuk kanak-kanak itu ialah darah ibunya.. dan ustaz melihat ibu kanak-kanak tersebut, lantas berkata "ibunya pun kurang darah juga.. nanti saya masukkan 2 bag..." maka si ibu dan si anak pun baring di katil, dan darah dimasukkan.. tapi kalian takkan nampak apa-apa melainkan si ibu dan si anak yang terbaring.. tiada bag darah, tiada jarum, tiada mesin, tiada semua! cukup 10 minit, proses menambah darah selesai.. menurut jiranku, waktu itu memang terasa darah dimasukkan, kebas dan sebagainya, tapi kita tak nampak..

dan anak kepada jiranku itu pula sebenarnya boleh melihat 'benda halus'.. maka apabila ditanya, dia katakan sebenarnya ramai di 'hospital' itu.. dan mereka sangat pantas.. banyak mesin-mesin perubatan seperti di hospital..

dan aku masih mencari kepastian.....

Saturday, May 22, 2010

...terima kasih...

cerminan medan kehidupan:
perlu ada perpisahan untuk wujudnya sebuah pertemuan,
perlu ada pengorbanan demi sebuah keamanan,
juga, perlu ada kegagalan untuk bangkit mencapai kejayaan...

jujurnya, aku sedikit kecewa..
bukan kecewa dengan mereka, tapi kecewa dengan diri..
perjuangan yang aku anggap boleh diteruskan rupa-rupanya gagal di pertengahan..

aku tahu,
semangat yang disuntik oleh teman-teman adalah untuk memotivasikan diri ini.
namun dalam tidak sedar, ia seolah menjanjikan sesuatu..
hingga memberi harapan palsu..

tapi aku tidak akan menyalahkan mereka..
kerana aku tahu, silapnya yang sebenar datang dari diri ini..
yang tidak tahu menilai dan perbaiki diri..

apa-apa pun, terima kasih buat teman,
insyaAllah, kegagalan ini akan ku ingat sampai bila-bila agar sentiasa menjadi pedoman...

Sunday, May 9, 2010

...UNTUKMU...

sekarang, aku kembali menjadi pekerja di rumah sendiri, dengan rela... [huhuhh]
aku baru pulang dari kem yang memenatkan..
habis sahaja kem, aku terus diberi gaji.. digitnya mungkin tidak besar tapi bermakna...

separuh dari duit itu aku gunakan buat ibuku..
aku belikan sebiji kek buatnya... aku tahu dia suka.. aku juga suka melihat dia suka..

andai kata gajiku semakin meningkat nanti, insyaAllah, aku akan belikan sesuatu yang lebih bermakna.. sabar ya ibuku.. ;)

AKU SAYANG KAMU!

Monday, May 3, 2010

...permainan bahasa oleh pewaris bangsa...

bunyi tajuk post kali ini mungkin terlalu dahsyat. aku sebenarnya hanya ingin bercerita tentang adikku, yang pastinya seorang pewaris bangsa. dan mainan bahasa di awal pembelajarannya dalam mengenal dunia.

"ummi, aku hage"

semua orang terkejut.

"hage?" aku tanya. "apa tu?"

"aku nak minum air" jawab budak kecil itu.

ohh... rupa-rupanya dia dahaga! dia ingat 'dah' itu mewakili sudah, maka kata akarnya adalah 'haga'.... haha... bijak juga budak ni menganalisis perkataan.. aduhai adikku..

dan otaknya masih terus berkembang hari demi hari dengan pelajaran baru. suka aku melihat perkembangannya. indahnya manusia... indah lagi Sang Pencipta... aduhh... aku rindu Kamu...

sadid sigaraga