>

Tuesday, June 29, 2010

Sedarkah Kamu Wahai Manusia Antara Semalam & Hari Ini


Buku ini merupakan sebahagian daripada program amal WJSB Resources... 'Sedarkah Kamu Wahai Manusia Antara Semalam & Hari Ini' menghimpunkan pesanan dari Hadis dan Al-Quran buat umat akhir zaman...

Mari, aku bawakan kalian menyusuri buku ini.

Bab 15: Dua Golongan Yang Akan Menjadi Penghuni Neraka.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda, 'ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama golongan penguasa yang mempunyai cemeti- cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok waktu berjalan, menghayunkan-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul dikepala mereka) bagaikan bonggol unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya'.-HR MUSLIM

Bab 24: Orang Yang Memegang Agama Seperti Memegang Bara Api.

Daripada Anas r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda,'akan datang kepada umatku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api'.
-> yang dimaksudkan di sini ialah zaman yang sangat mencabar sehingga sesiapa yang mengamalkan ajaran agamanya akan terpaksa menghadapi kesusahan dan tentangan yang sangat hebat. Itulah yang dimaksudkan dengan bara api. -HR TIRMIZI

Bab 41: Ekonomi Meningkat, orang Perempuan Bekerja, Kemudahan Alat Tulis.

Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata: Rasulullah SAW telah bersabda,'sesungguhnya apabila kiamat sudah hampir tiba, orang hanya memberi salam kepada orang yang dikenali sahaja, perniagaan akan bertambah maju sehingga orang perempuan membantu suaminya berniaga, banyak orang yang memutuskan silaturrahim, orang yang suka menyembunyikan penyaksian yang benar, dan akan banyak kemudahan alat tulis'. -HR AHMAD


semoga aku diberikan hidayah.....amiiiin..

7 comments:

Anonymous said...

buku ni mmg dijual dimane2 ke mmg untuk program tu je? mcm berminat je ngn buku ni..

~PENCHENTA~ said...

saya rasa buku ini tak dijual. nanti kalau sy jumpa buku ni, sy bagitahu. kalau tak takut identiti terbongkar, bg alamat dan no phone lah. nnti sy pos kan.
:)

Anonymous said...

buku ni untk jualan amal..byk jmpa kt event2.kalau nak,blh je tgk kt bzar2 ramadan skrg ni.mmg byk jual..

~PENCHENTA~ said...

Anon, susah nak jumpa buku ni dah. Buku yang bukan untuk komersial jarang orang nak sampaikan. sobs. :(

Anonymous said...

Assalamualaikum saya sudah membaca bab dlam buku ni..sye pasti pengrangnya bukanlah skdar mnulis tp bpengetahuan..sye mmg bpuast hati bace buku ni..namun sayangnya buku ini tiada sambungan mengenai Alam ke 7..kerana ada bab yang tertentu menjawab persoalan dan peristiwa ajaib yg berlaku dlm buku ini..klu boleh sye naik bhubung dengan pengarangnya.terima kasih

~PENCHENTA~ said...

Anon, Waalaikum salam, warahmatullah. Saya setuju, turut suka dan jelas setiap helaian punyai berjuta ilmu. Tapi saya kurang pasti siapa penulisnya. Kalau tahu, pasti saya khabarkan buat semua, pemilik ilmu yang mesti kemua kenali. Allah. :')

Anonymous said...

Buku ni tak jual .ikhlas saja rm un bole.au pelik mcm mnaoleh benagalubukuyg ebat ikhlas saja..

sadid sigaraga