>

Tuesday, January 18, 2011

buat kamu.

post kali ini aku tujukan buat Abang Amirrudin. mohon doa sahabat-sahabat buat bondanya yang menghidap kanser. semalam bondanya mula menjalani radioterapi dan kimoterapi. doakan agar setiap ikhtiar mereka berjaya.

aku terpaku membaca permintaan Abang Amir di hari jadinya. katanya, dia memohon pada Tuhan agar kembalikan ibunya seperti dahulu. ibunya yang tanpa kanser. itu sahaja yang dia mahu.

aku dahulu pun pernah berdoa sedemikian. sewaktu ibu, kakak, dan adik-adikku terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya. sedih. memang sedih. kerasa sedihlah aku berdoa demikian. aku masih ingat setiap bait doa aku sehari-harian.

"aku mohon kepadaMu Tuhanku yang satu. kembalikanlah keluargaku seperti asal Ya Allah. melihat ummi, kakak, dan adik-adik begini bukan sesuatu yang menggembirakan. aku tahu diri ini penuh dosa, jika bukan kerana aku pun, Kau makbulkanlah doa ini kerana mereka. terimalah permintaan terakhir ini"

waktu itu, akal yang di atas normal takkan mampu berfikir logik lagi. memang aku pohon agar semuanya kembali seperti dahulu. setiap hari aku bangun dari tidur pun aku mengharapkan semua ini cuma mimpi. tapi percayalah, dalam setiap hal yang berlaku pasti ada hikmahnya. anda takkan percaya bahawa hidupku kini lebih baik dari dahulu. percayalah.

dan percayalah juga bahawa bukan ini SAHAJA yang anda inginkan. bukan ini permintaan terakhir. dalam setiap detik kehidupan, anda hanya bergantung kepadaNya. hanya dia yang Maha Memahami segala isi hati, dan Maha Mengerti segala tekanan dalam perasaan.

buat Abang Amir, anda takkan pernah menyesal mengharap padanya. sentiasa tabah dalam ujian. ingat pesanan abg kaloi, bersyukurlah kita diuji dengan kesusahan. kalau kita diuji dengan kesenangan, entah dimana kita sekarang.

3 comments:

Bijen M. said...

Semoga semuanya baik-baik saja.
Dan semoga beliau tabah menghadapi ujian.
Setiap ujian adalah kerana Allah SWT sayangkan kita.
:)

menusuk hati said...

Assalamualaikum...huhu...sedih juga baca n3 ni..kanser mgkn mnjadi penghapus dosa ibu dan tanda Allah sayangkankan kalian..Bersabarlah ye..

~PENCHENTA~ said...

bijen M: harap-harapnya begitulah. ya, dan ujian ni bukan kpd org yg sakit je, org yg melihat pun diuji. dulu aku menyaksikan penderitaan adik2, kakak dan mak aku. detik tu bnyk menginsafkan aku. bnyk aku berfikir, kenapa diorang yg ditimpa kesusahan ni? kenapa bukan aku. aku lg bnyk dosa nk bandingkan dgn adik2 aku yg kecik2 yg x taw apa2 ni. tp aku mungkin salah seorang yg diuji dengan kesenangan. diuji dgn kesihatan tubuh badan. jadi aku gunakan sebaik mungkin. waktu tu tak ada apa aku nampak selain mak aku. bawak p hospital hari2. tinggal debat tinggal kelas. alhamdulillah, semuanya menjadi lebih baik. sesungguhnya Dia Maha mengasihani..

*TERpanjang pulak reply neh*

menusuk hati: ya, tugas manusia hanya ikhtiar. urusan takdir di tgn Allah. doa salah satu ikhtiar yg terbaik. :)

sadid sigaraga