>

Monday, January 3, 2011

kisah belakang rumah orang

jangan tanya siapa yang menggoda hingga menyebabkan semua ini berlaku. tentu lah salah perempuan itu. perempuan penggoda jiwa.

hingga terpedaya untuk mencari si pasar malam. bukan mudah untuk mendapat sebuah nikmat. tapi jangan risau, kerana lorong-lorong sunyi dan sepi masih setia menemani. saat itu, semuanya bakal menjadi kabur walaupun mata setajam pisau.

jangan pula nanti kecewa pabila semua bagai hilang sekelip mata. jangan hati gundah gulana tika akal direntap sedih. risau nanti ada salam tidak bersahutan. hanya derapan kaki kuat kedengaran.

KISAH SEBENAR:
jiah kata ada pasar malam kat SS. jadi aku, ulfa dan jah gigih berjalan di belakang- belakang rumah orang. ishk. bumper pun tak nampak. sampai nak terjatuh. punyalah excited.

sampai-sampai je, kosong. takde pun pasar malam. dahlah ada lelaki misteri bagi salam. makin lama dia makin dekat. terus semua orang yang berlagak berani lari. haha.

2 comments:

Bijen M. said...

Kesian laki tu.
Dia nak tanya ke mana hilangnya pasar malam.

~PENCHENTA~ said...

aaa. pasar malam tutup. siap ada signboard 'pasar malam ditutup' lagi.. hahahh..

sadid sigaraga