>

Friday, February 25, 2011

kesetiaan

ke mana tumpahnya kesetiaan seorang wanita selepas Allah dan Rasulnya?

jika dia belum berkahwin, maka hendaklah dia menghormati ibunya. dan selepas menikah, jatuh pula tanggungjawab tersebut kepada suaminya.

dahulu aku juga seperti perempuan lain. yang teruja menonton kisah-kisah romantis dua jantina berlainan. bila si lelaki meluahkan hasrat hatinya. maka si penonton akan berkata 'sweetnya...' lantas masing-masing membina impian tersendiri. melakar wajah putera idaman di alam mimpi. ya, itulah aku dahulu.

tapi, sekarang bila aku fikir semula, selepas aku berkahwin, tidak kisahlah dengan putera idaman atau bukan, nanti ketaatanku akan berubah. tidak lagi kepada ibuku. seakan berat semua itu. kerana aku masih belum berupaya membayar setiap jasa dan budi mereka.

dia pemilik hati yang suci

dahulu, sewaktu dia terlantar di hospital selepas kemalangan, dia tidak berupaya untuk mengurus diri. dia terpaksa memakai lampin. aku yang selalu menemaninya di sana. kerana adik-beradik ku yang lain pun masih mengalami kejutan akibat kemalangan tersebut. waktu itu ummi hanya diberi minum susu berformula. disalurkan terus ke kerongkong melalui satu tiub. disebabkan dia tidak makan makanan pejal, najisnya juga cair. dan terlalu kerap dia membuang air. aku juga hampir meninggikan suara bila ummi beritahu bahawa dia membuang air lagi, tak sampai 30 minit. tapi, anda tahu apa yang sebenarnya dia beritahu kepada adik aku?

"ummi nak buang air. tapi ummi kesian nanti tahieyah asyik kena basuh je"

ya Allah. bagaimana aku sanggup untuk meninggikan suara kepada beliau. waktu aku kecil pun, ummi juga yang cuci. pernah dia mengeluh? pakai lampin kain lagi. bukannya pakai buang. ya Allah. berdosanya aku. betapa mulia hati ummi.


pernah juga, suatu malam tu ummi tak boleh tidur. aku dikejutkan beberapa kali untuk membantu dia menggerakkan kaki dan tangannya. kebas katanya. hinggalah aku tertekan kerana tidurku asyik terganggu. ya, waktu itu aku mendengus kasar. ya Allah! kemudian anda tahu apa ummi cakap?

"yah, tolak sikit badan ummi. meh naik atas. tidur sebelah ummi."

ya Allah! kenapa aku diciptakan menjadi anak kepada ibu yang sebaik ini? aku rasa sangat berdosa.


kini, ummi sudah boleh berjalan kembali. tetapi tak boleh lama. kakinya cepat kebas. dan berkat ketabahan hati seorang ibu ini juga, kini dia sudah boleh memandu. cuma untuk ke destinasi yang sesak, dia akan menunggu aku pulang. suatu hari, adik aku pergi berjumpa temannya di sekolah. ummi yang hantar. ummi sempat pesan,

"jangan lama-lama. pukul 5 nanti orang balik kerja, jalan sesak. susah ummi nak drive"

tapi anda tahu apa adik aku buat? tepat pukul 5, dia telefon ummi,

"dah boleh balik."

hati seorang ibu takkan mampu membiarkan anaknya menunggu lama. digagahkan juga dirinya untuk memandu dalam kesesakan itu. ya Allah!

hingga hari ini, aku masih terfikir untuk menolak mana-mana risikan untuk berkhidmat kepada kedua ibu bapaku. ini jujur dari hati, aku tak sanggup untuk taat kepada orang lain selagi tanggungjawab kepada mereka belum tertunai. Allah!

bila April tiba.

April bakal menjadi saksi sesuatu yang bakal merubah hidup ini. ALLAH!

Thursday, February 24, 2011

orang sekarang memang kecelaruan identiti.

Hari ni aku tensyen. Jadi aku nak buat post guna ayat tak formal je. (hari lain formal ke?)

Aku tensyen sebab tak dapat balik rumah sebab nak p check gigi. Lepastu aku gigih tak mau singgah fudkot sebab confident takmau gigi kotor kalau makan (kan nak g check gigi). Lepastu aku tensyen sebab p Pusat Kesihatan, orangtu kata dokter gigi takde. Lepastu aku kecewa. Dan banyak lagi lepastu hingga mungkin menyebabkan semua orang meluat.

Tambah lagi tensyen, aku ternampak akak ayu pakai baju kurung + tudung badut warna-warni macam cikgu tadika lintas jalan angkat kain sampai lutut. Apa kejadah nye ni? Ingat jalan raya tu runway nak jalan macam model ke hape?

*berhenti. buat maggi* <--- satu lagi tensyen.

Tu lah aku cakap. Orang sekarang kecelaruan identiti. Tudung nak moden. Warna nak ceria. Tapi style macam pesawah tu apasal? Baju kurung pun sekarang dah moden. Tapi semua bagai telanjang macam orang zaman batu tu apasal? Der.. Aku tak faham betul. Boleh seseorang tolong eksplen? At least kurang lah sikit tensyen aku ni..


Wednesday, February 23, 2011

Ini tandanya aku sedang rindu.

Tadi dari dalam surau aku terdengar suara anak kecil. Halus suaranya. Suara kanak- kanak lelaki. Ya, kanak- kanak lelaki kalau tak silap.

"Ayah, rukun iman ada enam kan? Pertama beriman kepada Allah kan? Kedua beriman kepada malaikat kan? Ketiga beriman kepada kitab kan? Keempat beriman kepada rasul kan? Kelima beriman kepada hari akhirat kan? Keenam beriman kepada qada..."

"dan qadar.." sambung si ayah.

Bila cakap tentang benda- benda macam ni, mesti teringat kat ummi waleed. Mereka yang ajar basic agama kepada diri ini. Kalau tidak, entah apa jadinya.

Tapi, satu lagi benda yang aku selalu teringat tentang ummi dan waleed aku, adalah mereka memang guru yang terbaik. Mereka tak bagi aku ikan. Mereka ajar aku macam mana nak tangkap ikan. Get it?
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Mak aku bukannya memegang Master atau PhD dalam bidang biologi, perubatan, atau bioteknologi. Both ummi dan waleed aku hanya seorang jurutera. Bekas pelajar jurusan kejuruteraan. Bezanya, waleed kejuruteraan elektrik, ummi kejuruteraan awam. Tapi cukup untuk memberi aku didikan yang sempurna.

"sebenarnya betulke kerusi tu warna merah?" tanya Ummi suatu waktu dulu.
"ha? emm, betul lah. habis tu takkan biru" jawapan loyar buruk dari ku.
"betul ke pelangi tu warna- warni? atau sebab pembiasan cahaya, baru kita nampak warna-warnanya" soal ummi lagi.
"err, pembiasan lah. kalau tak ada pembiasan, means tak ada air, then tak ada lah pelangi yang warna- warni tu. kan?" aku cuba menjawab.
"habis tu betul ke kerusi tu warna merah? sebab semua yang kita tengok ni adalah pantulan kan. jadi, macam mana nak tahu memang dia warna merah? atau sebenarnya warna biru?"
"err...."

Soalan ummi selalu buat aku terpaku. Pernah sekali, ummi buka buku Sains darjah 6 milik adikku. Waktu tu aku cuma pandang sebelah mata je. Come on lah, tak main lah darjah 6. Orang dah habis SPM dah.

"kenapa cahaya matahari jadi sumber utama tenaga?" tanya ummi.
"err, ..."
"tengok ni, kenapa dalam rantaian makanan, tumbuhan yang kena duduk depan?" tanya ummi lagi.
"sebab tumbuhan je yang boleh buat makanan sendiri." aku cuba menjawab lagi.
"macam mana dia buat makanan?" soal ummi lagi.
"dari matahari" aku jawab pendek.

Dush! Itu lah jawapannya. Aku terkena lagi.

"Ummi, kat sini ada offer pelalian kanser serviks tu." ucapku dalam tempoh perbualan dengan ummi malam tadi.
"eh, pergilah. free kan?" kata ummi.
"tak lah. satu suntikan RM135. dia kena 3 suntikan. boleh tak sekarang tahieyah amik, nanti masukkan dalam hantaran bila ada orang masuk minang? Kira tinggi sikit lah harga, orang dah secure sikit kan. hehe" sempat lagi bergurau. Aku terdengar gelak kecil ummi dari hujung talian.
"eh, betul ke kanser ada pelalian? kalau ada, kenapa dia tak buat untuk breast cancer dulu? kan semua orang boleh kena breast cancer. tu lagi berat tu. lagipun kan kanser sebabnya lebih kurang sama. macam mana boleh ada pelalian kenser serviks je?" soal ummi panjang lebar.
"aaa. entah" terus terdiam. dan hasrat tersebut aku batalkan.

Aku suka didikan ummi dan waleed. Lama- lama duduk di kampus ni buat aku rindu mahu 'diajar' oleh mereka lagi. ishk. :(

Friday, February 18, 2011

cermin

Belum cukup aku mengumpat-ngumpat dalam hati pasal markah Fizik 1 aku, rupa- rupanya Kenegaraan pun sibuk mahu diumpat. Ishk. Benci betul markah tak sampai par!

Tapi nak tahu kenapa dapat markah macam tu? Sebab aku malas nak buka buku. Tunggu esok exam, petang tu baru gigih baca nota. Hambik kau! Perasan tak, semuanya adalah cerminan dari apa yang kita lakukan. Ada sebab dan musabab nya.

Tak kira lah apapun, pasti segalanya bercermin. Tak faham maksud aku? Ishk.

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik….."
Surah An-Nur: Ayat 26

"Jangan buat orang, orang buat kau nanti baru tahu".
Ummi, beberapa tahun lepas.

"Patutlah budak punk kawan dengan punk. Ce try kawan ngan tok imam. Mau dia jadi punk lagi?"
Bisikan hati lepas terlajak menapak ke Times Square.

See, nampak tak semua tu cerminan? Secara rahsianya, aku suka menganalisis manusia. Kerana mereka berbagai ragam. Analisis mudah aku katakan, kalau seseorang tu boleh mengumpat orang lain dekat kau, tak mustahil dia akan mengumpat kau dekat orang lain. Kan? Mudah kan nak mengenal manusia? Samalah juga, kalau kita ditemukan kerana harta, tak mustahil kita boleh dipisahkan kerana harta.

Tapi, kalau kita ditemukan kerana cintaNya, moga-moga kita berpisah nanti pun kerana cintaNya. Allah! Moga-moga.

Tuesday, February 15, 2011

cintanya..

Rasulullah pernah berdoa kepada Allah,
"Ya Allah, biarkan aku berlapar sehari dan kenyang sehari, asalkan umatku tidak kelaparan"

Rasulullah pernah solat duduk kerana terlalu lapar.
Kita hari ini mungkin terduduk kerana kekenyangan dengan nikmat Allah.
Rasulullah juga pernah meminta untuk menanggung kesakitan sakaratul maut umat Baginda.

Begitu kasih dan sayang Rasulullah kepada kita.
Rasulullah begitu ingin melihat umatnya.
Akan banggakah Baginda melihat kita?

Allah!

Friday, February 11, 2011

wanita adalah aurat..


Dalam sebuah hadisnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda:

الْمَرْأَةُ عَوْرَةٌ فَإِذَا خَرَجَتْ اسْتَشْرَفَهَا الشَّيْطَانُ

“Wanita adalah aurat, apabila dia keluar maka syaitan menghias-hiaskannya (untuk menarik perhatian lelaki).”

Hadis ini diriwayatkan oleh al-Imam al-Tirmizi rahimahullah (279H) dan ia disahihkan oleh Syaikh Nashr al-Din al-Albani. [Shahih Sunan al-Tirmizi (Maktabah al-Ma‘arif, Riyadh 2000) – hadis no: 1173] Hadis di atas memperjelaskan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

“Dan janganlah mereka (kaum wanita) memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.” [Surah al-Nur 24:31]


Aku gembira mendengar niat seorang sahabat, katanya dia ingin berjinak- jinak memakai jubah. Alhamdulillah. Dia seorang teman baruku, sangat baru. Tak sampai seminggu pun tempoh perkenalan. Tapi kami sudah boleh berbicara tentang hati. Seperti seorang kakak dan adik.


Dari bait katanya, aku terimbau ke episod lalu. Waktu itu aku sedang berjalan- jalan di bazaar jualan. Ya, seperti kebiasaannya wanita. Bukan ada apa yang perlu dibeli, tetapi banyak yang hanya perlu dilihat. (Hehe). Hinggalah mataku terancap pada sebuah gerai yang menjual tudung, skarf, stoking dan sebagainya. Aku membelek sepasang stoking lengan. Pada hematnya, memang aku perlukan yang baru, tapi bergantung juga kepada harga dan wang di dalam saku.


Lima ringgit je tu dik.

Kalau ambik dua tak boleh kurang ke kak?

Memang itulah taktikku tiap kali berbelanja. Mencuba untuk dapatkan harga paling rendah. Selalunya menjadi. Tapi kali itu, tidak.


Mahal lah kak.

Aurat tu lagi mahal dik.
Ambik kau kena sebijik. Haha. Ya, akhirnya aku akui. Memang aurat seorang wanita itu mahal. Dan mengapa perlu kedekut untuk menutup yang utama? Sedangkan baju yang cantik- cantik tu mampu je anda beli dengan harga yang lebih tinggi. Pentingkah untuk punyai baju yang cantik berbanding auratmu, wanita?


Jadi, buat teman baruku, jangan sia- siakan hidayah yang telah Dia berikan. Niat yang baik usah di lewat- lewatkan. :)

Monday, February 7, 2011

dilema

aku masih dalam dilema. moga Allah beri petunjuk segera. 16 Februari bakal menjelma. Allah!

Sunday, February 6, 2011

duhai wanita

kelmarin aku singgah menunaikan kewajipan sebagai muslim di Restoran Jejantas Ayer Keroh. waktu tu waktu maghrib. memang penuh. jadi aku segerakan urusanku. ambil wudhu' dan terus solat selepas memastikan auratku ditutup sempurna. sedang elok aku habis membaca Al-Fatihah dengan tenang, kekhusyu'an ku terganggu dek bisikan wanita di belakang.

'eh, dia tak pakai telekung. tak de telekung ke?'


ya, memang aku tak pakai telekung. sebab aku kesian tengok akak-akak yang pakai baju kecik, yang lengan tiga suku, yang baju lutsinar, yang diri nampak pusat, tonggeng nampak pungkok tuu. sat lagi depa nak solat macam mana. telekung wakaf bukan banyak.

BETULKAN MINDSET
perkara pertama yang anda perlu faham ialah aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. jadi, pakailah apa sahaja asalkan aurat anda ditutup dengan sempurna.

jadi, ini bukan perihal telekung siapa yang paling labuh, telekung siapa yang paling putih, telekung siapa yang paling wangi, atau telekung siapa yang paling mahal. ini persoalan adakah aurat anda ditutup ataupun tidak.

baiklah, bagi memudahkan pemahaman, anda jawab soalan ini. kalau telekung anda paling labuh, paling putih, paling wangi, paling mahal, tetapi jarang, adakah aurat anda tertutup dengan sempurna?

TIDAK. jadi sekarang, yang mana penting? anda solat pakai telekung, atau aurat yang ditutup sempurna?

lagi satu, kalau anda rasa anda solat tanpa bertelekung tu tak tutup aurat, maknanya anda keluar tu pun tak tutup aurat lah. cuba fikir kembali..

p/s: ini juga boleh dijadikan checklist sebelum anda keluar rumah. kalau rasa2 pakaian tu sesuai dibawa solat, maknanya anda sudah menutup aurat dengan sempurna, insyaAllah.

p/s2: isu kebersihan pakaian juga perlu diambil kira. jadi, sparekan satu stoking untuk anda bersolat, kot2 lah ada yang terpijak najis.. keh3.

WA..

sadid sigaraga