>

Friday, February 18, 2011

cermin

Belum cukup aku mengumpat-ngumpat dalam hati pasal markah Fizik 1 aku, rupa- rupanya Kenegaraan pun sibuk mahu diumpat. Ishk. Benci betul markah tak sampai par!

Tapi nak tahu kenapa dapat markah macam tu? Sebab aku malas nak buka buku. Tunggu esok exam, petang tu baru gigih baca nota. Hambik kau! Perasan tak, semuanya adalah cerminan dari apa yang kita lakukan. Ada sebab dan musabab nya.

Tak kira lah apapun, pasti segalanya bercermin. Tak faham maksud aku? Ishk.

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik….."
Surah An-Nur: Ayat 26

"Jangan buat orang, orang buat kau nanti baru tahu".
Ummi, beberapa tahun lepas.

"Patutlah budak punk kawan dengan punk. Ce try kawan ngan tok imam. Mau dia jadi punk lagi?"
Bisikan hati lepas terlajak menapak ke Times Square.

See, nampak tak semua tu cerminan? Secara rahsianya, aku suka menganalisis manusia. Kerana mereka berbagai ragam. Analisis mudah aku katakan, kalau seseorang tu boleh mengumpat orang lain dekat kau, tak mustahil dia akan mengumpat kau dekat orang lain. Kan? Mudah kan nak mengenal manusia? Samalah juga, kalau kita ditemukan kerana harta, tak mustahil kita boleh dipisahkan kerana harta.

Tapi, kalau kita ditemukan kerana cintaNya, moga-moga kita berpisah nanti pun kerana cintaNya. Allah! Moga-moga.

12 comments:

Ulfa Hisham. said...

oke.terase banyak.

takut la dok sebelah ko.kang habis ko analisis aku.haha :D

~PENCHENTA~ said...

kah3. tak payah takut. aku dah siap buat buku analisis kau dah. kekeke. :P

roses said...

eh.habis kalo tade sape nak kawan dgn org jahat, sapa nak betulkan cermin dia?

~PENCHENTA~ said...

Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum kalau mereka tidak mengubahnya.

pnah dgar? kekeke. semuanya bermula dgn hidayah kak. kita yang hanya sekadar cahaya, dan belum mampu menjadi cermin mereka cuma boleh berdoa agar Allah beri hidayah pada mereka.

moga-moga kita mendapat hidayat. amiin. :)

Menusuk Hati said...

sama2 berubah utk jd yg lebih baik dpd hr2 yg lepas...(rasa nak mengumpat je..hihi!)

~PENCHENTA~ said...

ya!

cubalah mengumpat. nak kena terajang?? hehehh...

Bijen M. said...

Kalau orang tu suka mengumpat markah exam, tak mustahil dia ....

~PENCHENTA~ said...

tak mustahil dia makan ketupat waktu exam.. grr. aku pun tak faham kau cakap apa. keh3.

roses said...

amin.

oh baikk.:)

baru teringat,org yg penyayang kan doanya makbul.nk jd penyayang lah gini.haha.

doakan cermin2 akak baik jugak erk:)

~PENCHENTA~ said...

haha. baiklah kakak zulfa tahir. :)

*sambil mencatat dalam list doa harian*

hehehh ;)

roses said...

ciss.baru nak anonymous.sebut nama penuh pulak.T____T

~PENCHENTA~ said...

ahahh. nak dengan alamat pun saya boleh bagi.. :P

sadid sigaraga