'eh, dia tak pakai telekung. tak de telekung ke?'
ya, memang aku tak pakai telekung. sebab aku kesian tengok akak-akak yang pakai baju kecik, yang lengan tiga suku, yang baju lutsinar, yang diri nampak pusat, tonggeng nampak pungkok tuu. sat lagi depa nak solat macam mana. telekung wakaf bukan banyak.
BETULKAN MINDSET
perkara pertama yang anda perlu faham ialah aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. jadi, pakailah apa sahaja asalkan aurat anda ditutup dengan sempurna.
jadi, ini bukan perihal telekung siapa yang paling labuh, telekung siapa yang paling putih, telekung siapa yang paling wangi, atau telekung siapa yang paling mahal. ini persoalan adakah aurat anda ditutup ataupun tidak.
baiklah, bagi memudahkan pemahaman, anda jawab soalan ini. kalau telekung anda paling labuh, paling putih, paling wangi, paling mahal, tetapi jarang, adakah aurat anda tertutup dengan sempurna?
TIDAK. jadi sekarang, yang mana penting? anda solat pakai telekung, atau aurat yang ditutup sempurna?
lagi satu, kalau anda rasa anda solat tanpa bertelekung tu tak tutup aurat, maknanya anda keluar tu pun tak tutup aurat lah. cuba fikir kembali..
p/s: ini juga boleh dijadikan checklist sebelum anda keluar rumah. kalau rasa2 pakaian tu sesuai dibawa solat, maknanya anda sudah menutup aurat dengan sempurna, insyaAllah.
p/s2: isu kebersihan pakaian juga perlu diambil kira. jadi, sparekan satu stoking untuk anda bersolat, kot2 lah ada yang terpijak najis.. keh3.
WA..
8 comments:
thanks reminding tya :)
:)
hey cik lieko! lama x nampak.. 0.0
Tapikan.
Aku ada terfikir.
Kalau perempuan sesama perempuan, auratnya dari pusat ke lutut.
Tapi kenapa bila solat kena tutup semua.
Ce fikir, ce fikir.
bijan: sebab ulama' mazhab syafie sepakat bhw aurat wanita dlm solat, wajib menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tgn. tiada berkecuali biarpun sembahyangnya seorang diri di tempat gelap atau di dalam khemah.
jangan bandingkan aurat wanita dengan lelaki. sebab aurat lelaki dgn lelaki sama je dengan aurat lelaki dengan wanita. paham?
betulkan kalau aku silap. tq..
ukhti,
kalo sarung kaki elok pakai yg kaler ape ye? kalo yg kale cream nak coklat2 skit tuh ok x? waswas la, tkot still nampak lg
kalau anda tanya saya, saya pun sebenarnya rasa begitu. hingga akhirnya saya sarungkan stokin sekolah yang warna putih tu sebelum sarungkan stokin warna cream tu. mudah.
nak solat pun senang. guna je stokin sekolah tu. sebab yg kotor cuma stokin cream tu. :)
owh, kalo camtuh kne beli kasut yg saiz besar la ckit ek, sbb stokin da jadi tebal..alright2
ahah. takdelah tebal sgt. tapi ikut keselesaan lah. :)
Post a Comment