jika dia belum berkahwin, maka hendaklah dia menghormati ibunya. dan selepas menikah, jatuh pula tanggungjawab tersebut kepada suaminya.
dahulu aku juga seperti perempuan lain. yang teruja menonton kisah-kisah romantis dua jantina berlainan. bila si lelaki meluahkan hasrat hatinya. maka si penonton akan berkata 'sweetnya...' lantas masing-masing membina impian tersendiri. melakar wajah putera idaman di alam mimpi. ya, itulah aku dahulu.
tapi, sekarang bila aku fikir semula, selepas aku berkahwin, tidak kisahlah dengan putera idaman atau bukan, nanti ketaatanku akan berubah. tidak lagi kepada ibuku. seakan berat semua itu. kerana aku masih belum berupaya membayar setiap jasa dan budi mereka.
dia pemilik hati yang suci
dahulu, sewaktu dia terlantar di hospital selepas kemalangan, dia tidak berupaya untuk mengurus diri. dia terpaksa memakai lampin. aku yang selalu menemaninya di sana. kerana adik-beradik ku yang lain pun masih mengalami kejutan akibat kemalangan tersebut. waktu itu ummi hanya diberi minum susu berformula. disalurkan terus ke kerongkong melalui satu tiub. disebabkan dia tidak makan makanan pejal, najisnya juga cair. dan terlalu kerap dia membuang air. aku juga hampir meninggikan suara bila ummi beritahu bahawa dia membuang air lagi, tak sampai 30 minit. tapi, anda tahu apa yang sebenarnya dia beritahu kepada adik aku?
"ummi nak buang air. tapi ummi kesian nanti tahieyah asyik kena basuh je"
ya Allah. bagaimana aku sanggup untuk meninggikan suara kepada beliau. waktu aku kecil pun, ummi juga yang cuci. pernah dia mengeluh? pakai lampin kain lagi. bukannya pakai buang. ya Allah. berdosanya aku. betapa mulia hati ummi.
pernah juga, suatu malam tu ummi tak boleh tidur. aku dikejutkan beberapa kali untuk membantu dia menggerakkan kaki dan tangannya. kebas katanya. hinggalah aku tertekan kerana tidurku asyik terganggu. ya, waktu itu aku mendengus kasar. ya Allah! kemudian anda tahu apa ummi cakap?
"yah, tolak sikit badan ummi. meh naik atas. tidur sebelah ummi."
ya Allah! kenapa aku diciptakan menjadi anak kepada ibu yang sebaik ini? aku rasa sangat berdosa.
kini, ummi sudah boleh berjalan kembali. tetapi tak boleh lama. kakinya cepat kebas. dan berkat ketabahan hati seorang ibu ini juga, kini dia sudah boleh memandu. cuma untuk ke destinasi yang sesak, dia akan menunggu aku pulang. suatu hari, adik aku pergi berjumpa temannya di sekolah. ummi yang hantar. ummi sempat pesan,
"jangan lama-lama. pukul 5 nanti orang balik kerja, jalan sesak. susah ummi nak drive"
tapi anda tahu apa adik aku buat? tepat pukul 5, dia telefon ummi,
"dah boleh balik."
hati seorang ibu takkan mampu membiarkan anaknya menunggu lama. digagahkan juga dirinya untuk memandu dalam kesesakan itu. ya Allah!
hingga hari ini, aku masih terfikir untuk menolak mana-mana risikan untuk berkhidmat kepada kedua ibu bapaku. ini jujur dari hati, aku tak sanggup untuk taat kepada orang lain selagi tanggungjawab kepada mereka belum tertunai. Allah!
9 comments:
sedihnya.
teringat sgt kat mak akak.T_T
awesome kan mak-mak?
mak akak pernah bagi akak hadiah, sbb selalu kene tolak bdn dia mlm2, yg mcm umi tahieyah buat tu.T____T
sedih sgt igt balik.T___T
:(:(:(
aku jugak..
mungkinkah bulan april itu(post sblm ni) ada kaitan dgn risikan dr pihak lelaki?
kak zu, eksaitednya reply! haha. :p
bagus kan mak-mak. uhh. jadi rindu sangat ni!
jah, sila senyap2 sikit ye. haha. :p
mungkin ya, mungkin tidak. :))
tya, sy pun rasa camtu jgak. xsggup rasanya nak megalih tggungjawab pd org lain selain mak dan keluarga, tambah2 bila ayah da xde..ya ALLAH,kuatkan kami..
*tya, awak telah meng'homesick'kan sy huhu*
saya tak bersalah. saya tak bersalah.
*sambil angkat tgn* hehh
ehehh. sebernya mana boleh macam tu. kalau nak fikirkan, tanggungjawab sebagai anak akan tetap ada selagi kita belum kahwin. kalau nak tunggu sampai takde tanggungjawab, tunggu ajal lah. hehehh. tapi, the best way adalah cari seorang lelaki yang memahami. insyaAllah, dia akan rasa mak kita macam mak dia juga.
semoga berjaya dalam pencarian. :)
aha, but somehow those feeling is there. Mungkin itu juga menjadi sebab saya belum kawin kan?
takut2 nanti i don't devoted myself to my husband.naudzubillah.
but then,
Lets get back to the basic, ketentuan ALLAH sentiasa terbaik, when the time is come for us to get married, there must be something that push us to the fact that we're getting married and we are ready! even we never feel like we are.
Kun fayakun~
Allah, i love this feeling. Alhamdulillah
yes sis. kita takkan tahu sampai tiba saatnya kan.
Allah have made the best way for us. dnt worry.. ;)
selalu berserah dan tawakkal kepadaNya. ingat, kita hidup kerana Allah, jangan pernah lupakan Dia walau sesaat.
Post a Comment