>

Sunday, May 29, 2011

Memang Iman Tidak Diwarisi

Tapi ia BOLEH diwarisi.


Boleh jadi anak pak imam adalah pencuri besi. Dan boleh jadi anak pencuri besi adalah imam masjid. 


Dan tentu sahaja boleh jadi anak pak imam adalah imam kedua masjid itu.


Penat.
Kerap kali melihat anak- anak muda berpakaian tidak menutup aurat, aku tertanya,
"ayahnya tak ajar ke?"


Dan semua orang akan memberi alasan,
"Iman bukan boleh diwarisi."


Itulah masalah kita. Terlalu selesa dengan quote yang satu itu. 
HEY! Iman adalah harta yang paling bernilai. Bagaimana anda mahu wariskan harta pusaka, begitu jugalah anda harus wariskan iman.


Bila nak wariskan harta, anda akan simpan elok-elok.
Tapi anda tak serapkan iman dalam hati anak anda. Jadi bagaimana nak wariskan iman?


Bila nak wariskan harta, anda pesan elok-elok, yang ni guna untuk itu, yang ni guna waktu itu.
Tapi anda tak pesan elok-elok agar gunakan iman pada setiap perbuatan. Jadi bagaimana nak wariskan iman?


Bila nak wariskan harta, anda panggil elok-elok peguam nak tulis wasiat.
Tapi anda tak panggil dan bawa anak anda belajar agama pun dengan Ustaz. Jadi bagaimana nak wariskan iman?


Dear kawan, bila kita mati, kita wariskan harta sebab kita takkan guna lagi harta tu bila dah mati.
Tapi, kita wariskan  iman sebab kita pasti akan gunakan ia bila dah mati.


Ke mana pergi doa anak yang soleh?
Sudah tentu kepada ibu dan ayahnya di alam barzakh. :)

Sunday, May 22, 2011

hati.runtuh.tanah

Tak tahu kenapa. Tapi aku suka tajuk begitu. Lebih banyak persoalan. Ya, aku suka persoalan.

"Mohd Awie Abdul Latiff, 12, mungkin terselamat dalam kejadian tanah runtuh di rumah anak yatim di Batu 14 Hulu Langat semalam, tetapi dia masih terkilan kerana tidak dapat menyelamatkan adik bongsunya.  Adiknya, Mohd Riezman, 9, terbunuh dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa yang turut mengorbankan 15 yang lain dan mengakibatkan sembilan lagi cedera."


Aku perlu banyak bersyukur. Aku masih punya ibu dan ayah. Aku bukan anak yatim.
Aku perlu banyak bersyukur. Aku masih hidup selesa. Aku bukan mangsa bencana.

_____________________________________________________________
Aku harap mereka tabah. Nikmat kasih sayang ibu dan ayah mungkin semakin samar. Dan kini nikmat kasih antara sahabat pula diuji Tuhan. Dan ada pula yang hilang nikmat anggotanya. Allah. Allah. Allah.

Engkau yang berkuasa di atas sesuatu.

Friday, May 20, 2011

eh. eh. eh.

"Bila banyak berjalan, kasut akan menipis dan haus. Tapi kaki kita tak. Ia akan makin menebal."

Tu soalan mak aku waktu aku belajar friction darjah 6 dulu. Mak aku tanya kenapa kaki tak makin menipis. Kan ada friction. Oh!

Eh. Lagi satu, ni alamat kenduri nanti.

(DELETE)

No phone:----------

Tarikh: 28 Mei 2011

Waktu: 12-4 pm.

Jemput datang eh. :)

Tuesday, May 17, 2011

Woha! Dah nak kawen.

Banyak pula benda yang makin serabut. Makanan, doorgift, warna tema, hantaran, baju, bla bla bla...

Ishkk. Kalau ikutkan hati, aku nak pakai baju kurung putih saja. Kalau dah pakai serba putih, orang tahu lah itu pengantin ye dok? Toksah pakai baju halimunan yang nampak dalam-dalam tuu. Keh3. Doorgift aku bagi bunga manggar je sorang satu bawak balik. Waktu aku kecik-kecik dulu itu je yang aku kejar. Lepastu buat main naga- naga. Keh3. Lepastu tema aku buat warna-warni. Woha! Tak payah serabut yang tu tak match. Yang ni tak kena, bla bla bla. Oh. Hantaran pulak aku nak balut pakai wrapper. Tu kan hadiah kita buat si pasangan. Buat apa tunjuk kat orang ye dak? Fuh. Tak payah risau nak gubah bunga, yang tu senget ke kiri, yang ni nak tabur bunga, bla bla bla. Heish.

Bila dengar orang cakap
"Susah juga nak kawin ni.."

Aku senyum sorang-sorang. Yang hang buat bagi susah pasaipa? Buat bagi mudah lah. Boleh saja kalau mahu. ;)

p/s: Yang nak kahwin nya kakak aku. Aku pulak yang kecoh. Haha.
p/s2: Siapa-siapa rumah dekat mai lah. Oh. Rumah jauh pun boleh mai. :)
p/s3: Ayat dalam post ini sangat terabur. Bahasa jiwa bangsa bro! Aitch!

Selamat Pengantin Baru dear Kakak.   :)

Tuesday, May 10, 2011

sesaat dalam hidup

Ada seorang ustazah. Bertudung labuh, berpurdah, alhamdulillah. Belajar hingga ke Mesir sana. Dan anda? Cuma insan biasa. Kelulusan tertinggi pun banyaknya dalam bidang akademik sahaja. Ingin dibanding dengan Ustazah tu? Sangat jauh. Amat jauh. Tapi, apa sahaja ilmu agama yang diperoleh, insyaAllah diamalkan sedikit demi sedikit. Soal tabarruj alhamdulillah dapat dielakkan, berkat pelajaran minggu-mingguan di masjid. 

Suatu hari, anda terlihat Ustazah tersebut. Berpakaian merah jambu terang, menarik perhatian. Lantas mata cepat-cepat dialihkan. Ahh. Tidak mungkin Ustazah itu keluar dari rumah dengan menarik perhatian orang lain. Selama ini dia yang mengajar semua orang agar tidak menjadi penarik ayah dan suami ke neraka. Tidak mungkin kali ini dia pula......

KOMA 1
Ah. Teruknya Ustazah. Dia kan lebih berilmu dari aku. Tapi takkan dari segi amalannya lebih jahil dari aku? Takkan aku mahu mengikut kata-kata dia lagi? Sedangkan hal semudah itu pun dia masih gagal amalkan? Ahh. Baik aku beritahu semua orang. Agar semua orang tidak lagi terpesong dengan tingkahnya.

Maka hal Si Ustazah tabarruj di luar rumah kian diketahui oleh orang ramai. 

KOMA 2
Ya Allah. Baik aku tegur dia. Mungkin dia tidak sedar. Sebelum orang lain nampak dia tabarruj begitu, lebih baik aku nasihatkannya dahulu.
__________________________________________________________

Kes-kes di atas banyak terjadi hari ini. Bila yang dimuliakan selama ini berbuat salah, terus dihukum atas kesalahannya yang satu itu. Dengan alasan "Kalau itu pun dia tak boleh buat, macam mana nak suruh orang buat?"

TAPI
Dalam hidup ini, kita pasti takkan terlepas dari melakukan silap. Walaupun sekali. 

Dalam hidup ini, kita takkan boleh nafikan kewujudan syaitan yang akan selalu menghasut anak Adam. 

Dalam hidup ini, ada atau tidak manusia yang hidup tanpa nafsu?

JADI
Tidak kira dia Ustaz, Ustazah, Imam, Bilal, atau orang biasa sekalipun, dia tetap akan melakukan salah. Mungkin dalam sesaat dalam hidupnya, itu sahaja detik kesalahannya. Dan ingat, kita bukan Tuhan untuk menghukum kesalahan orang lain. Dan fungsi kita sebagai orang yang melihat kemungkaran adalah dengan bertindak dengan tangan, mulut, atau paling kurang dengan hati. Jika berkuasa, wujudkan peraturan dan hukuman. Itu gunakan tangan. Jika boleh bercakap, nasihati mereka. Itu gunakan mulut. Bukan mengumpat. Dan selemah-lemah iman adalah membenci. Oh. Menulis tiada ya? Erk. Kena gerak ni. Kena gerak. 

Nasihat ini paling terkesan pada jiwa aku. Ishk. Takmo ngumpat. Takmo ngumpatt. :|

Monday, May 9, 2011

Teka teki.

"Kenapa lubang hidung gorilla besar?"


Sila jawab. Sekian.

Friday, May 6, 2011

.meniru.fitrah.ilmu.

"Ummi, ada tak orang yang Allah bagi kuasa kat dia tahu jawapan untuk soalan semua subjek?"


Tanya adik aku, 8 tahun. Dalam hati, aku ketawa kuat-kuat. Tak sangka ada juga orang yang fikir macam aku dedulu. Ishk.


Duhai adik, semua manusia bermula dengan tak tahu. Barulah seseorang itu akan mengejar ilmu. 


Tapi, kata ahli psikologi, setiap manusia belajar melalui proses meniru. Waktu kecil, kita meniru ibu bercakap. Kita meniru ayah berjalan. Kita meniru si abang menari. 


Tapi, aku tak percaya. Kerana kalau dahulu kita sentiasa meniru ibu bercakap, mana datang perkataan baru? Jika dahulu kita sentiasa meniru ayah berjalan, bagaimana aku boleh menjadi johan 100 meter? *ehem*


Jadi, percaya sahaja bahawa manusia telah dikurniakan akal. Yang boleh menjadikan seseorang itu lebih baik dari insan lain. Yang boleh memuliakan seseorang dari insan yang lain, melalui akalnya. 


Maka jangan penat mengejar ilmu, makin banyak belajar, makin banyak yang kita tak tahu. Eh. Bukan begitu. Sebenarnya, kita memang banyak tak tahu. Jadi, bila bertambah ilmu baru kita sedar yang dahulu kita masih jahil tentang itu. Masa kamu masih panjang untuk mengenal segala macam ilmu. Moga cita-cita kamu tercapai dik. :)

Wednesday, May 4, 2011

Pehla Pyar...

Saat kita lahir, kita dikenalkan dengan insan yang sangat setia mengesat air mata dan bergelak tawa bersama. Ibu dan ayah.

Meningkat dewasa, mungkin kehebatan seorang lelaki kemudiannya berjaya menyemai kasih, membaja cinta. Cinta monyet.

Melalui liku sebagai pelajar, ada satu detik yang bakal membuat kita jatuh cinta. Saatnya dinanti-nanti. Tikanya diidam-idam. Saat tamat peperiksaan akhir.

Tapi, mujur juga aku berjumpa Allah. Tuhan yang menentukan ibu dan ayah yang baik untuk aku. Ujian yang mematangkan aku. Dan nikmat yang diberi tanpa jemu.

Kya ye mera pehla, pehla pyaar hai?
क्या ये मेरा पहला प्यार है

Sahih. Ye mere pehla pyaar. :)

Sunday, May 1, 2011

Lelaki.

Apa guna seorang lelaki bernama suami.
Andai isteri masih boleh bertudung mini.

Apa guna seorang lelaki bernama ayah.
Andai pendirian anak perempuannya masih goyah.

Tabligh bermula dari rumah.
Anda suami. Anda ayah. Allah dah beri kuasa untuk anda tentukan bagaimana corak ahli-ahli di dalam rumah anda. Apa yang akan mereka pakai. Apa yang akan mereka makan. Jadi, kenapa sia-siakannya? Atau anda suka masuk syurga sorang-sorang?

selamat tinggal

Nabi bersabda: “Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. [HR Ahmad dan At-Thabrani].

Beberapa minggu lepas, aku nekad untuk menamatkan segala aktiviti debat. Semoga aku istiqamah. Amiin ya Allah. Amiin.

Kini aku bukan lagi pendebat UPM. Tamat.

sadid sigaraga