"Mohd Awie Abdul Latiff, 12, mungkin terselamat dalam kejadian tanah runtuh di rumah anak yatim di Batu 14 Hulu Langat semalam, tetapi dia masih terkilan kerana tidak dapat menyelamatkan adik bongsunya. Adiknya, Mohd Riezman, 9, terbunuh dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa yang turut mengorbankan 15 yang lain dan mengakibatkan sembilan lagi cedera."
Aku perlu banyak bersyukur. Aku masih punya ibu dan ayah. Aku bukan anak yatim.
Aku perlu banyak bersyukur. Aku masih hidup selesa. Aku bukan mangsa bencana.
_____________________________________________________________
Aku harap mereka tabah. Nikmat kasih sayang ibu dan ayah mungkin semakin samar. Dan kini nikmat kasih antara sahabat pula diuji Tuhan. Dan ada pula yang hilang nikmat anggotanya. Allah. Allah. Allah.
Engkau yang berkuasa di atas sesuatu.
8 comments:
Jangan risau Mohd Awie.. Adikmu, Mohd Riezman menunggumu di syurga..
Betul. Tapi buat masa ni, apa2 pun Mohd Awie tetap perlukan seseorang untuk kuatkan semangat dia.
Semoga Allah ringankan segalanya. Allah. Untuk anak muda berusia 12 tahun, ia bagaikan terlalu berat.
Allah. Allah. Allah.
InsyaAllah dik tahieyah...syurga tempat mereka. Mereka diuji di dunia, tapi bahagia di sana...
PS: cemburu..
T_T...
Allah blesses them...yaQin...
Ya Allah, tak tahu nak gambarkan perasaan macamana, sedih, sayu, hiba, ujian yang ditempuh mereka bukan calang-calang ujian....hanya Allah yg tahu hikmahnya....
Kak Afida: Cemburu jugak. Tapi ada masa risau juga. Risau iman ini tak kuat jika diuji sehebat begitu. Allah. Allah.
Kak As-Syakirin: Yaqin. :)
Kak Norsha: Itu lah. Tapi memang betul lah ungkapan "Allah lebih sayangkan mereka".
Mereka al-hafiz. Mereka anak yatim. Allah memang lebih sayangkan mereka. :)
yup..
allah bless them.
story ni menyayat hati n peringtn utk kita gkkn
Betul. Banyak belajar dari tragedi ni. :(
Post a Comment