Boleh jadi anak pak imam adalah pencuri besi. Dan boleh jadi anak pencuri besi adalah imam masjid.
Dan tentu sahaja boleh jadi anak pak imam adalah imam kedua masjid itu.
Penat.
Kerap kali melihat anak- anak muda berpakaian tidak menutup aurat, aku tertanya,
"ayahnya tak ajar ke?"
Dan semua orang akan memberi alasan,
"Iman bukan boleh diwarisi."
Itulah masalah kita. Terlalu selesa dengan quote yang satu itu.
HEY! Iman adalah harta yang paling bernilai. Bagaimana anda mahu wariskan harta pusaka, begitu jugalah anda harus wariskan iman.
Bila nak wariskan harta, anda akan simpan elok-elok.
Tapi anda tak serapkan iman dalam hati anak anda. Jadi bagaimana nak wariskan iman?
Bila nak wariskan harta, anda pesan elok-elok, yang ni guna untuk itu, yang ni guna waktu itu.
Tapi anda tak pesan elok-elok agar gunakan iman pada setiap perbuatan. Jadi bagaimana nak wariskan iman?
Bila nak wariskan harta, anda panggil elok-elok peguam nak tulis wasiat.
Tapi anda tak panggil dan bawa anak anda belajar agama pun dengan Ustaz. Jadi bagaimana nak wariskan iman?
Dear kawan, bila kita mati, kita wariskan harta sebab kita takkan guna lagi harta tu bila dah mati.
Tapi, kita wariskan iman sebab kita pasti akan gunakan ia bila dah mati.
Ke mana pergi doa anak yang soleh?
Sudah tentu kepada ibu dan ayahnya di alam barzakh. :)
8 comments:
Menusuk hati, insyaAllah... ada rezeki tu nanti.
Doakan kami juga supaya mudah dipertemukan jdoh dan dapat melahirkan anak yang dapat mewarisi iman..hik! err
Iman harus diusahakan lebih dari usaha kita terhadap kehidupan dunia.. (",)
Anak2 seperti kain putih.. Maka ibubapa yang mencorakkannya..
Pak Cik Menusuk Hati: Amiin. Amiin. Amiin. Sekarang tambah iman. Semoga kuat untuk mendidik iman ahli syurga kamu. :)
Kak Afida: Eh. Pak Cik Menusuk Hati dah kawen lerr. :) Keh3.
Pak Cik Fuad: Betul. Memang ibu bapa yang mencorakkannya. Tapi surrounding yang akan membentuknya. Jadi kedua-duanya akan memberi kesan kepada hasilnya. :)
mewariskan iman.
:)
terima kasih.
Eh. Nanti dah jumpa calon utk melahirkan pewaris iman bagitaww lah.
Keh3. :)
salam penchenta,
moga penchenta & siapa2 saja yg belum berkahwin di sini dipermudahkan Allah bertemu pasangan hidup masing-masing...dan seterusnya dikurniakan cahayamata pewaris kerja nabi...tapi ketahuilah dizaman ini cabaran mendidik anak juga tidak semudah yg disangka, tidak semudah yg kita gambarkan...doa dan pengharapan,moga Allah permudahkan segalanya....
Salam,apa khabar,menarik sungguh cerita di atas,tuan/puan pemilik blog,sya menjemput tuan/puan untuk memberikan cerita pengalaman tuan/puan di dalam isu penggunaan miswak or sugi ini.
Mungkin pembaca di luar sana,ada cerita yang menarik untuk di kongsi bersama,mana tahu,cerita tersebut merupakan kenangan manis kita ketika kita dalam proses untuk menghidupkan kembali sunnah junjungan besar kita di zaman yang kehidupannya serba mencabar ini.Pembaca yang budiman dan rakan-rakan sekalian,bolehlah berkongsi di sini,kenangan manis yang ada ketika mula mengamalkan sunnah bersugi @ miswak ini.
Salam Kak Norsha.
Allah. Saya terlupa satu patr tentang mewariskan iman. 'Mendidik bukannya mudah'. Di situlah key yang sebenarnya kan kak? Allah. Allah. Allah.
InsyaAllah Dia permudahkan segalanya. Kita mengajar tentang cintaNya, takkan dia takmau bantu ye dak? Yakin sahaja padaNya. :)
Salam Anak Pendang.
InsyaAllah. Terima kasih atas ilmu. :)
Post a Comment