"Ummi, ada tak orang yang Allah bagi kuasa kat dia tahu jawapan untuk soalan semua subjek?"
Tanya adik aku, 8 tahun. Dalam hati, aku ketawa kuat-kuat. Tak sangka ada juga orang yang fikir macam aku dedulu. Ishk.
Duhai adik, semua manusia bermula dengan tak tahu. Barulah seseorang itu akan mengejar ilmu.
Tapi, kata ahli psikologi, setiap manusia belajar melalui proses meniru. Waktu kecil, kita meniru ibu bercakap. Kita meniru ayah berjalan. Kita meniru si abang menari.
Tapi, aku tak percaya. Kerana kalau dahulu kita sentiasa meniru ibu bercakap, mana datang perkataan baru? Jika dahulu kita sentiasa meniru ayah berjalan, bagaimana aku boleh menjadi johan 100 meter? *ehem*
Jadi, percaya sahaja bahawa manusia telah dikurniakan akal. Yang boleh menjadikan seseorang itu lebih baik dari insan lain. Yang boleh memuliakan seseorang dari insan yang lain, melalui akalnya.
Maka jangan penat mengejar ilmu, makin banyak belajar, makin banyak yang kita tak tahu. Eh. Bukan begitu. Sebenarnya, kita memang banyak tak tahu. Jadi, bila bertambah ilmu baru kita sedar yang dahulu kita masih jahil tentang itu. Masa kamu masih panjang untuk mengenal segala macam ilmu. Moga cita-cita kamu tercapai dik. :)
7 comments:
eh betul-betul... kita adalah yang kita fikirkan...
yang penting, jangan putus asa dalam mencari ilmu... ilmu Allah itu luas sekali... pesanan utk diri juga..
pakcik: Ilmu eh? Wah. Tapi sedekah pun sama. Kita bagi orang satu, Allah bagi kita 10. Wah. Wah. Wah. Seronoknyaa. Allah sangat baik!
Kak Afida: Betul. Sangat luas. :)
Salam,
jangan berputus asa dalam mencari ilmu dik, semakin berilmu semakin tinggi sahammu...err, saham akhirat !
Salam.
Betul kak. Saham dunia tak naik eh? Kih3.
saham dunia klau naik pun kejap je sbb dunia pun kejap.. (",)
*sibuk je saya nak menyampuk orang tua berborak kan..sorry.. (",)
Haha. Memanglah sekejap je. Sekali je kalau naik pun. Waktu nak kawin nnti. Haha.
Tp. Ust kata buat apa minta tinggi2, orang tu nanti nak tolong tanggung dosa lagi. Ishk. Kesian orang lelaki. Banyak betul tanggungjawab. :|
Post a Comment