Ada seorang ustazah. Bertudung labuh, berpurdah, alhamdulillah. Belajar hingga ke Mesir sana. Dan anda? Cuma insan biasa. Kelulusan tertinggi pun banyaknya dalam bidang akademik sahaja. Ingin dibanding dengan Ustazah tu? Sangat jauh. Amat jauh. Tapi, apa sahaja ilmu agama yang diperoleh, insyaAllah diamalkan sedikit demi sedikit. Soal tabarruj alhamdulillah dapat dielakkan, berkat pelajaran minggu-mingguan di masjid.
Suatu hari, anda terlihat Ustazah tersebut. Berpakaian merah jambu terang, menarik perhatian. Lantas mata cepat-cepat dialihkan. Ahh. Tidak mungkin Ustazah itu keluar dari rumah dengan menarik perhatian orang lain. Selama ini dia yang mengajar semua orang agar tidak menjadi penarik ayah dan suami ke neraka. Tidak mungkin kali ini dia pula......
KOMA 1
Ah. Teruknya Ustazah. Dia kan lebih berilmu dari aku. Tapi takkan dari segi amalannya lebih jahil dari aku? Takkan aku mahu mengikut kata-kata dia lagi? Sedangkan hal semudah itu pun dia masih gagal amalkan? Ahh. Baik aku beritahu semua orang. Agar semua orang tidak lagi terpesong dengan tingkahnya.
Maka hal Si Ustazah tabarruj di luar rumah kian diketahui oleh orang ramai.
KOMA 2
Ya Allah. Baik aku tegur dia. Mungkin dia tidak sedar. Sebelum orang lain nampak dia tabarruj begitu, lebih baik aku nasihatkannya dahulu.
__________________________________________________________
Kes-kes di atas banyak terjadi hari ini. Bila yang dimuliakan selama ini berbuat salah, terus dihukum atas kesalahannya yang satu itu. Dengan alasan "Kalau itu pun dia tak boleh buat, macam mana nak suruh orang buat?"
TAPI
Dalam hidup ini, kita pasti takkan terlepas dari melakukan silap. Walaupun sekali. Dalam hidup ini, kita takkan boleh nafikan kewujudan syaitan yang akan selalu menghasut anak Adam.
Dalam hidup ini, ada atau tidak manusia yang hidup tanpa nafsu?
JADI
Tidak kira dia Ustaz, Ustazah, Imam, Bilal, atau orang biasa sekalipun, dia tetap akan melakukan salah. Mungkin dalam sesaat dalam hidupnya, itu sahaja detik kesalahannya. Dan ingat, kita bukan Tuhan untuk menghukum kesalahan orang lain. Dan fungsi kita sebagai orang yang melihat kemungkaran adalah dengan bertindak dengan tangan, mulut, atau paling kurang dengan hati. Jika berkuasa, wujudkan peraturan dan hukuman. Itu gunakan tangan. Jika boleh bercakap, nasihati mereka. Itu gunakan mulut. Bukan mengumpat. Dan selemah-lemah iman adalah membenci. Oh. Menulis tiada ya? Erk. Kena gerak ni. Kena gerak.
Nasihat ini paling terkesan pada jiwa aku. Ishk. Takmo ngumpat. Takmo ngumpatt. :|
7 comments:
hurmm..ustazah yang selalu kuar tv tu ke dik?errr...Dato Mashitah?err
Erk. Saya tak cakap sape2. Ishk. Husnuzon sikit. Haha. :P
Semua orang ada buat salah. Jadi tak tahu lah nak tuju ke siapa. Baik tuju ke diri sendiri ye dok?:)
just keep in mind.. life is a journey.. might be she fall at the middle, but success at the end...
Husnuzon..
Husnuzon.. (",)
Yepp. Dan kita ni pun bukannya selalu betul, sampai nak menghukum orang lain. :|
sebab manusia itu pelupa lah, kita perlu saling mengingatkan.
kerana kita saling mengingatkan lah, kita menjadi sebaik-baik umat.
ali imran:110
Betul. Tapi kita selalu juga lupa bahawa kita perlu saling mengingatkan. Itu masalah utamanya. :(
Betul. Kita kan cuma hamba. :)
Post a Comment