Banyak pula benda yang makin serabut. Makanan, doorgift, warna tema, hantaran, baju, bla bla bla...
Ishkk. Kalau ikutkan hati, aku nak pakai baju kurung putih saja. Kalau dah pakai serba putih, orang tahu lah itu pengantin ye dok?
Toksah pakai baju halimunan yang nampak dalam-dalam tuu. Keh3. Doorgift aku bagi bunga manggar je sorang satu bawak balik. Waktu aku kecik-kecik dulu itu je yang aku kejar. Lepastu buat main naga- naga. Keh3. Lepastu tema aku buat warna-warni. Woha! Tak payah serabut yang tu tak match. Yang ni tak kena, bla bla bla. Oh. Hantaran pulak aku nak balut pakai wrapper. Tu kan hadiah kita buat si pasangan. Buat apa tunjuk kat orang ye dak? Fuh. Tak payah risau nak gubah bunga, yang tu senget ke kiri, yang ni nak tabur bunga, bla bla bla. Heish.
Bila dengar orang cakap
"Susah juga nak kawin ni.."
Aku senyum sorang-sorang. Yang hang buat bagi susah pasaipa? Buat bagi mudah lah. Boleh saja kalau mahu. ;)
p/s: Yang nak kahwin nya kakak aku. Aku pulak yang kecoh. Haha.
p/s2: Siapa-siapa rumah dekat mai lah. Oh. Rumah jauh pun boleh mai. :)
p/s3: Ayat dalam post ini sangat terabur. Bahasa jiwa bangsa bro! Aitch!
Selamat Pengantin Baru dear Kakak. :)
11 comments:
Walimatul urus itu sebenarnya mudah, cuma kita sendiri yang menjadikannya susah.. hehe..
ohh...selamat pengantin baru buat kakaknya..
kan? kan?
En Fuad: Betul. Selalu sangat nak ikut orang. Orang tu pakai macam ni. Orang tu buat ni. Orang tu hantaran banyak ni. Bla bla bla. Hisyy.
Kak Afida: :))
Kan kan kan?? :P
selamat pengantin baru buat kakaknya
setuju!
sesuatu yang mudah jangan di susah2kan..
bersederhana itu lebih baik.
dan suka idea tema kawen warna-warni.
baru meriah! woha!
Hidayu: Tenkiu. :) Mai mai, jemput datang rumah. :)
Timun Laut: Eip. Jangan curi warna tema aku. Haha. Betul lah. Bila fikir2 balik, buat apa ikut orang tuu, sat g duit aku habis, bukan orang tu tolong top up punn. :| Hehehh.
penchenta;
Selamat Pengantin baru buat kakaknya ! moga bahagia hingga ke syurga...
Kak Norsha, terima kasih. :)
Amiin. Amiin. Amiin. Semoga inilah pasangan yang bakal ke syurga. :)
Salam.
amboi, sibuk ye wedding planner sorang nih. haha
aku suka ayat 'rumah jauh pun boleh mai' tu. :D
Salam.
Memang itu ditujukan buat kauu punnn. :P
waalaikum salam pak cikk. :)
dah bagi dah alamat. Jemput mai naa. bawak orang rumah sekalii. ;)
Post a Comment