>

Wednesday, April 11, 2012

Please.

Semester ni aku daftar satu subjek Pengucapan Awam. Kelasnya cuma seminggu sekali, tiap malam rabu, jam 8-11 malam. Kebanyakan pelajar di dalam kelas akan berpakaian lebih santai, berseluar slack, seluar track, t-shirt, atau baby tee, disarung sweater sendat. Dan tiap-tiap minggu juga aku cuma berpakaian 'begitu'. Semoga anda faham maksudnya.

Tiba-tiba minggu lepas ada rakan baru menyapa.
"Bila mula berubah?"
Aku rasa dia sudah mula perasan. Setiap minggu aku cuma berpakaian 'begitu' sahaja.
"Awal semester lepas. Harap-harapnya dapat istiqamah"
"Saya dulu pun dah berubah. Hampir-hampir mahu berpurdah. Tapi tak kuat. Banyak perkara yang terasa berat. Saya masih sayang benda-benda tu. Saya masih mahu berpantun, berdebat, dan benda-benda tu akan hadkan batasan saya." Jawapan dia mengejutkan aku sebanarnya.
Cuma perbualan yang berlangsung di dalam kelas tu tak dapat berjalan dengan baik. Terpaksa berhenti saat pensyarah memandang, takut jadi popular tiba-tiba.

Dan hingga ke akhir kelas, rupa-rupanya itulah penamat perbualan kami. Kelas di larut malam takkan merelakan kami berbual panjang. Pantang pensyarah menyatakan 'class dismiss', semuanya berebut mencapai tombol. Ishk.

Aku mahu cakap padanya, betapa pentingnya meletakkan batas. Betapa batas dalam diri lah yang terbaik. Betapa kalau diri sendiri pun kita tak mampu ubah, jangan harap dunia bakal berubah. Please kawan.... :'(

8 comments:

s a r said...

assalamualaikum penchentaqu :)

erm, alhamdulillah kamu lebih awal diberi peluang untuk berubah. cuma kuat tak kuat, teguh tak teguh aja.

kalau akak dulu, sebelum nak pergi kelas, gosok baju kurung, tudung segala.. mesti kawan2 cakap: ala.. buat apa penat2 gosok baju. satu jam aja kot. pakai aja seluar. (jeans (wpun dharamkan difakulti-ketika itu :P), t-shirt dsb.)

kadg2 benda2 mcm tu jugak yang boleh patahkan semangat kita nak berubah. makanya, memang kena banyak bertabahlah. sebab hati manusia ni rapuh. ada pasang surutnya kan.

tya boleh! ganbate! :D

As said...

Tak sangka attire 'begitu' yang kakak fikir dulu rimas dan pelik, tapi itulah attire kegemaran dan rasa sangat tenang.

Subhanallah.

Meletakkan batas, merasa diri lebih selamat dan dilindungi.

p/s: Lagi konfiden ape? :P Hehe

Moga Allah thabatkan kita ameen!

~PENCHENTA~ said...

KakSARkuu~, waalaikum salam. A ah kan. Betul sangat tu. Kadang2 godaan datang tanpa kita sedar. Kadang2 cari tudung 'tu' tak jumpa, terus ada benda bisik, takpelah harini cuba pakai warna warni tu. Cantik tuu. Ustazah tu pakai boleh je. Bla bla bla. Bukan salah pun pakai. Tapi 'rasa' dia tak seronok. Rasa kita cantik, rasa kita bagus, etc. Huk.

KakAs, hahaha. Kan? Tak sangka kan? Semoga kita sama2 istiqamah.

KakSAR, KakAs, tenkiu sangat2 kakak- kakak! Sayang lebih! ;D

Mindaberbisa said...

Dari diri sendiri boleh mengubah dunia. Lihat Rasulullah SAW sendiri keperibadiannya menjangkaui pelbagai zaman.

Cik Beah said...

assalamu'alaikum.

adik, rasa rindu dekat awak. macam nak peluk-peluk je. hihi.

sihat ke tak ni? ;DDD

abu yusof said...

kalau kita tak berubah.. dunia takan berubah.. saya sokong!

~PENCHENTA~ said...

PencariAllah, Rasulullah memang buat saya cemburu. No wonder baginda jadi kekasih Allah. Cantik budi , indah bahasanya. :')

CikBeah, hihi. Waalaikumsalam. Alhamdulillah. Dia masih mahu beri saya rasa nikmat yang terjangkau dek tangan. Alhamdulillah. Meh peluk! :))))

AbuYusof, kalau kita taknak buat kopiah, kopiah takkan siap! Hahaha. :P

Bijen M. said...

Berpakaian begitu dapat menghalang dari berdebat?
Wow!
Wow!
Wow!
Wow!

sadid sigaraga